home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hati-Hati Nak Beli Makanan Dalam Tin, Elakkan Tin Yang Kemek & Berkarat

Hati-Hati Nak Beli Makanan Dalam Tin, Elakkan Tin Yang Kemek & Berkarat

Seperti namanya, makanan dalam tin dibungkus dalam bekas kedap udara supaya tahan lama. Kaedah pengetinan ini telah direka pada masa perang untuk memastikan tentera mempunyai sumber makanan yang stabil.

Adakah makanan dalam tin kurang berkhasiat?

Ramai yang sering menganggap bahawa makanan dalam tin kurang berkhasiat berbanding makanan segar, kenyataan ini tidak semestinya benar. Kajian mendapati bahawa proses pengetinan dapat mengekalkan sebahagian besar nutrien seperti protein, karbohidrat, mineral, dan vitamin larut lemak.

Walau bagaimanapun, memandangkan pengetinan sering melibatkan penggunaan suhu yang tinggi, adalah sukar untuk mengekalkan vitamin larut air seperti vitamin C dan B. Vitamin ini sering hilang melalui kaedah memasak dan penyimpanan di rumah juga.

Apa yang lebih mengejutkan pula, walaupun sesetengah nutrien tertentu berkurangan, proses pengetinan sebenarnya boleh meningkatkan jumlah sebatian berfaedah lain dalam makanan. Antara contoh yang baik ialah tomato.

Memandangkan tomato melepaskan tahap antioksida yang lebih tinggi di bawah suhu yang tinggi, tomato dalam tin adalah lebih kaya dengan antioksida berbanding tomato segar.

Jadi, adakah ini bermakna makanan dalam tin itu elok?

makanan dalam tin

Tidak semestinya. Makanan dalam tin mungkin mengandungi bahan kimia yang dipanggil Bisphenol-A (BPA). BPA adalah bahan yang digunakan dalam pengeluaran pembungkus makanan dan minuman.

BPA boleh mengganggu sistem hormon dalam badan anda. Walaupun banyak organisasi kawal selia (seperti Food and Drug Administration dan European Food Safety Authority) mengkategorikan pendedahan yang rendah kepada BPA sebagai tidak berbahaya, kajian menunjukkan sebaliknya.

Bukti saintifik membuktikan kaitan antara dos BPA rendah dan masalah penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2, masalah fungsi seksual lelaki dan juga kanser yang semakin meningkat.

Selain kebimbangan mengenai BPA, bakteria juga patut dirisaukan. Proses pengetinan yang tidak betul boleh membenarkan bakteria berbahaya untuk berkembang, salah satu daripadanya ialah Clostridium botulinum.

Pengambilan makanan dalam tin yang tercemar boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius. Walaupun jarang untuk menemui bakteria dalam kebanyakan makanan dalam tin pada masa kini, risikonya masih ada. Sebab itulah penting untuk memerhatikan makanan dalam tin anda.

Jangan makan makanan dalam tin yang telah tamat tempoh atau telah rosak pembungkusannya.

Bagaimana untuk makan makanan dalam tin dengan sihat?

makanan tinggi kolesterol

Anda dinasihatkan untuk membaca label dengan teliti. Banyak produk-produk dalam tin telah menambah garam, gula, atau bahan tambahan lain yang boleh menimbulkan masalah kesihatan.

Untuk mengelakkan garam tambahan, cari produk yang dilabelkan sebagai rendah sodium atau tiada garam tambahan. Untuk mengelakkan gula tambahan, pilih buah-buahan dalam tin dengan air atau jus bukannya sirap.

Membilas makanan anda sebelum memakan boleh membantu mencuci sesetengah bahan tambahan. Tetapi tidak semua makanan dalam tin mempunyai bahan tambahan.

Yang penting adalah anda membaca senarai bahan sebelum anda membeli makanan dalam tin, sama seperti apa yang anda sepatutnya lakukan dengan mana-mana jenis makanan.

Apabila makanan segar tidak boleh didapati, makanan dalam tin boleh menjadi alternatif yang baik. Anda masih boleh makan dengan sihat menggunakan makanan dalam tin selagi anda memberi perhatian kepada label.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Canned Food: Good or Bad? https://authoritynutrition.com/canned-food-good-or-bad/. Accessed April 25, 2017.

Does canned food cause cancer? http://www.telegraph.co.uk/food-and-drink/healthy-eating/does-canned-food-cause-cancer/. Accessed April 25, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 19/11/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor