home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Stevia 400 Kali Lebih Manis Daripada Gula, Jadi Benarkah Stevia Pilihan Pemanis Yang Lebih Baik?

Stevia 400 Kali Lebih Manis Daripada Gula, Jadi Benarkah Stevia Pilihan Pemanis Yang Lebih Baik?

Ada banyak kebaikan penggunaan stevia pada zaman sekarang. Seiring dengan peredaran zaman, penggunaan stevia makin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun apakah sebenarnya stevia dan selamatkah untuk dimakan dalam kuantiti yang banyak?

Jom, ikuti kupasan kami tentang stevia dalam artikel di bawah.

Apakah itu stevia?

Stevia datang daripada tumbuhan stevia rebaudiana (Bertoni), sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan.

Stevia rebaudiana mengandungi satu komponen yang bernama rebaudioside A. Inilah komponen dalam daun stevia yang memberikannya rasa yang manis!

Antara kebaikan stevia ialah potensinya sebagai alternatif kepada gula. Tumbuhan ini dikatakan adalah 200 hingga 400 kali ganda lebih manis daripada gula!

Walaupun stevia mungkin baru bagi rakyat Malaysia, namun rakyat Paraguay dan Brazil sudah lama menggunakan daun stevia ini sebagai pemanis makanan mereka.

Selain itu, antara manfaat stevia ialah sebagai ubat tradisional untuk mengubat luka terbakar, kolik, masalah sakit perut dan kadangkala sebagai alatan kontraseptif.

Kebaikan stevia

300 kali ganda lebih manis daripada gula namun tidak memberikan apa-apa kesan sampingan kepada kandungan gula dalam darah, jadi tumbuhan ini mungkin dianggap ajaib bagi sesetengah pihak.

Tambah lagi, stevia mempunyai 0 kalori! Wow, berita baik untuk individu yang ingin menguruskan badan!

Jika gula digantikan dengan stevia dalam minuman atau makanan, memang benar tumbuhan ini mampu mengurangkan gula dalam darah dan membantu mengawal berat badan.

Orang Jepun pula sudah lama menggantikan gula dengan stevia setelah negara tersebut mengharamkan pemanis tiruan dalam makanan 40 tahun lalu.

Namun, jangan terlampau taksub pula dengan tumbuhan ini! Kajian yang dilakukan terhadap kebaikan stevia masih lagi sedikit. Masih banyak lagi yang pakar belum tahu tentang stevia.

Selain itu, kesan jangka panjang pengambilan stevia juga masih belum diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak mengambil terlalu banyak stevia setiap hari.

Ingatlah untuk sentiasa bersederhana dalam apa juga amalan anda ya!

FDA dan juga stevia

kebaikan stevia

Pada tahun 1991, FDA telah mengharamkan stevia di Amerika Syarikat disebabkan sebuah kajian yang telah dijalankan oleh ahli toksikologi di UCLA.

Kajian mereka mendapati bahawa stevia boleh mengakibatkan kanser. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati stevioside boleh mengakibatkan mutasi genetik, kerosakan pada kromosom dan juga DNA.

Walau bagaimanapun, kajian ini hanyalah dijalankan di dalam makmal dan bukanlah terhadap subjek hidup.

Ada juga pihak yang mengatakan stevia bahaya kerana ia boleh akibatkan kemandulan dan membuatkan pesakit kencing manis jadi lebih teruk!

Namun, semua khabar angin di atas telah dipatahkan seiring dengan kemunculan kajian-kajian baru tentang kebaikan stevia yang lebih diyakini.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin merasai kebaikan stevia, pastikan ia datang daripada sumber yang betul dan meyakinkan.

Walau bagaimanapun, FDA masih lagi tidak membenarkan import daun dan juga ekstrak kasar stevia. Dua bahan ini tidak mendapat jaminan GRAS (generally recognized as safe) daripada FDA.

Daun dan ekstrak kasar stevia boleh mengakibatkan sakit buah pinggang, dan mungkin boleh membahayakan sistem reproduktif dan kardiovaskular anda.

Hanya steviol glycosides yang mempunyai ketulenan tinggi (95% ketulenan minimum), Rebaudioside A (turut dikenali sebagai Reb A), Stevioside, Rebaudioside D, atau steviol glycoside sahaja yang disahkan mempunyai status GRAS daripada FDA.

Manfaat Stevia sebagai ganti gula dalam minuman anda

Penggunaan pemanis tanpa kalori dalam minuman boleh membantu pesakit kencing manis untuk mengawal gula di dalam darah.

Tetapi, sebelum beli produk stevia di pasaran, cuba baca labelnya terlebih dahulu.

Walaupun kebaikan stevia tidak dapat disangkal lagi, cuba elakkan produk yang mempunyai dextrosa ataupun malodextrin.

Dektrosa adalah sejenis glukosa manakala malodextrin ialah kanji. Kedua-duanya mempunyai sedikit amaun gula dan juga karbohidrat.

Peminum kopi dan teh tegar juga boleh cuba meletakkan stevia sebagai pemanis alternatif. Bayangkan jumlah gula yang anda dapat elakkan jika anda minum kira-kira 3 cawan kopi sehari!

Anda juga boleh gunakan stevia sebagai pemanis yogurt dan pencuci mulut.

Walau bagaimanapun, penggunaan stevia dalam kek dan roti tidak digalakkan kerana stevia mempunyai rasa pahit seperti akar manis (liquorice) jika dibakar.

Stevia banyak kebaikannya!

kebaikan stevia

Stevia merupakan pemanis semula jadi yang boleh menjadi alternatif yang sihat kepada orang Malaysia yang amat gemarkan makanan manis.

Banyak kebaikan dan manfaat stevia terutamanya untuk golongan yang menghidap kencing manis dan sakit jantung.

Pada ketika ini, penggunaan stevia masih lagi selamat dan tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan sebelum penggunaan pokok stevia boleh disahkan 100% selamat.

Kepada pesakit kencing manis atau sakit jantung yang mahu menggunakan stevia sebagai pemanis alternatif, cuba berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Dapatkan konsultasi supaya anda lebih faham tentang produk stevia yang anda ingin cuba.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Calorie Control Council . n.d. Facts About Stevia. Accessed June 17 , 2020. https://steviabenefits.org/facts/.
  2. Calorie Control Council. n.d. HomeSweet Facts About Stevia. Accessed June 17 , 2020. https://caloriecontrol.org/sweet-facts-about-stevia/.
  3. Center for Science in the Public Interest. 2008. Toxicology of Rebaudioside A: A Review. August 14. Accessed June 17, 2020. https://www.cspinet.org/resource/toxicology-rebaudioside-review.
  4. FDA. 2018. Additional Information about High-Intensity Sweeteners Permitted for Use in Food in the United States. February 8. Accessed June 17, 2020. https://www.fda.gov/food/food-additives-petitions/additional-information-about-high-intensity-sweeteners-permitted-use-food-united-states.
  5. FDA. 2018. Has Stevia been approved by FDA to be used as a sweetener? March 28. Accessed June 2020, 17. https://www.fda.gov/about-fda/fda-basics/has-stevia-been-approved-fda-be-used-sweetener.
  6. Mayo Clinic. 2018. What is stevia? I’ve heard it’s good for weight control. November 7. Accessed June 2020, 17. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/stevia/faq-20057856.
  7. MyHEALTH Portal. 2015. Use of stevia as sweetener. Januari 2. Accessed June 17, 2020. http://www.myhealth.gov.my/en/use-of-stevia-as-sweetener/.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada [date}
x