backup og meta

Bagaimana Nak Tahu Kadar Gula Masih OK Selepas Makan? Ini Tipnya!

Bagaimana Nak Tahu Kadar Gula Masih OK Selepas Makan? Ini Tipnya!

Apabila anda menghidap diabetes, kadar gula dalam darah selalunya akan tinggi setiap masa. Lama-kelamaan, kondisi ini akan menyebabkan kerosakan pada badan dan mendatangkan pelbagai penyakit. Sebab itulah, penting untuk pesakit tahu bacaan kencing manis selepas makan.

Namun, untuk mereka yang baharu menghidap diabetes, pasti anda tertanya-tanya mengenai bacaan kadar gula selepas makan yang sihat.

Berapakah bacaan yang normal dan mengapa bacaan yang terlalu tinggi boleh mendatangkan bahaya?

Mari ketahui bacaan kencing manis selepas makan yang normal dan langkah yang boleh pesakit diabetes lakukan untuk kekal sihat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Bacaan gula dalam darah yang normal

bacaan kencing manis selepas makan
Alat untuk memeriksa gula darah.

Individu yang tidak menghidap diabetes mempunyai kadar gula dalam darah sekitar 70 hingga 130 mg/dl, bergantung pada masa dan waktu makan terakhir.

Bagi penghidap diabetes pula, bacaan gula mereka selalunya lebih tinggi iaitu di sekitar 200 mg/dl atau lebih.

Bacaan gula dalam darah yang terlalu tinggi boleh membuatkan kehidupan seharian pesakit terganggu. Mereka sukar untuk fokus dan rasa letih sepanjang hari. Malah, ada juga yang sering berdebar dan alami masalah untuk mengawal emosi.

Jika bacaan gula dalam darah terlalu rendah, penghidap diabetes boleh pengsan.

Tetapi, tahap gula dalam darah pesakit mungkin berbeza disebabkan beberapa faktor iaitu:

  • Usia
  • Penyakit tertentu
  • Komplikasi diabetes
  • Gula dalam darah rendah atau hipoglisemia

Namun, bagi pesakit diabetes, bahaya sebenar adalah ketika bacaan gula dalam darah kekal tinggi dalam satu tempoh masa yang lama.

Penghidap diabetes berisiko tinggi untuk menghidap penyakit seperti sakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan masalah lain.

Bagaimana pula dengan bacaan kencing manis selepas makan?  

bacaan kencing manis selepas makan
Periksa gula darah selepas anda makan.

Berapa bacaan gula kencing manis?

Bagi penghidap diabetes, mengawal kadar gula merupakan sesuatu yang sudah biasa mereka lakukan. Pesakit perlu menjaga makan supaya kadar gula tidak naik mendadak secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk memastikan bacaan kencing manis selepas makan berada dalam julat yang sihat.

Bacaan selepas makan turut dikenali dengan nama glukosa dalam darah pascaprandial.

Dengan beberapa langkah pencegahan yang mudah, pesakit kencing manis boleh mengawalnya dan mengelakkan masalah kesihatan pada masa akan datang.

Sebagai panduan, kami sertakan sekali bacaan kadar gula antara penghidap diabetes dan juga orang yang normal.

Kadar gula dalam darah normal:

  • Bacaan gula normal: Di bawah 200 mg/dl
  • Ketika berpuasa: Di bawah 100 mg/dl
  • 2 jam selepas makan: Di bawah 140 mg/dl

Pradiabetes:

  • Ketika berpuasa: 100 ke 125 mg/dl
  • 2 jam selepas makan: 140 ke 199 mg/dl

Diabetes:

  • Bacaan gula normal: 200 mg/dl atau lebih
  • Ketika berpuasa: 126 mg/dl atau lebih
  • 2 jam selepas makan: 200 mg/dl atau lebih

Bagaimana menguruskan bacaan gula darah tinggi selepas makan

bacaan kencing manis selepas makan
Antara tip mencegah diabetes.

Langkah yang mungkin berkesan bagi penghidap kencing manis menguruskan kadar gula dalam darah selepas makan ialah:

1. Ambil ubat secara berdisiplin

Jangan sesekali tinggalkan ubat diabetes. Tanpa pengambilan ubat-ubatan yang betul, pesakit boleh mengawal kadar gula dengan lebih baik.

Pesakit juga boleh mengelakkan sebarang komplikasi diabetes daripada berlaku.

2. Periksa kadar gula sebelum makan

Jika anda menghidap diabetes, ujian gula dalam darah kendiri sangat penting untuk menguruskan kencing manis dan mengelakkan komplikasi.

Anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.

3. Jaga pemakanan anda

Pesakit diabetes perlu lebih berhati-hati ketika makan. Elakkan makanan yang manis, roti, nasi, pasta dan kentang. Makanan jenis ini berisiko meningkatkan bacaan kencing manis selepas makan.

4. Jangan tinggalkan sarapan

Kajian menunjukkan, pesakit diabetes yang tidak makan sarapan mempunyai bacaan gula dalam darah yang lebih tinggi selepas makan tengah hari dan makan malam.

Jadi, jangan tergesa-gesa. Makan sarapan yang mengandungi sekurang-kurangnya 500 kalori. Namun, pastikan sarapan itu terdiri daripada 35% protein.

5. Bersenam setiap minggu

Senaman merupakan cara yang sangat baik untuk memastikan bacaan kencing manis selepas makan kekal terkawal. Malah, ia merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat yang dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit.

Bukan itu sahaja, senaman juga dapat membakar lemak serta gula yang diambil ketika makan. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi.

Kesimpulan

Penghidap diabetes perlu memeriksa bacaan kencing manis selepas makan untuk mengelakkan sebarang komplikasi. 

Untuk individu yang sihat pula, tidak salah untuk anda periksa kadar gula secara berkala.

Boleh lihat bacaan gula normal mengikut umur jika perlu.

Fakta

Secara amnya, kadar gula dalam darah yang terbaik ialah di bawah 180 mg/dl selama satu atau dua jam selepas makan. 

Namun, ini bergantung pada faktor-faktor tertentu seperti usia dan juga penyakit lain.

Jika anda menghidap kencing manis, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor sekerap mungkin. Jangan sesekali berhenti makan ubat.

Jika tidak, kencing manis anda mungkin akan menjadi tidak terkawal dan menyebabkan pelbagai masalah lain pada masa hadapan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Life’s Essential 8™ – How to Manage Blood Sugar Fact Sheet. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-lifestyle/lifes-essential-8/how-to-manage-blood-sugar-fact-sheet. Accessed on March 17, 2022.
  2. Blood sugar testing: Why, when and how. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/blood-sugar/art-20046628. Accessed on March 17, 2022.
  3. What is Diabetes? https://www.cdc.gov/diabetes/basics/diabetes.html. Accessed on March 17, 2022.
  4. The path to understanding diabetes starts here. https://www.diabetes.org/diabetes. Accessed on March 17, 2022.
  5. What is Diabetes? https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes. Accessed on March 17, 2022.

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini 7 Jenis Buah Dan Sayur TERBAIK Untuk Pesakit Diabetes

Ini Rawatan Paling Berkesan Jika Anda Menghidap Diabetes Jenis 2


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan