backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ini 7 Jenis Ubat Boleh Kawal Paras Gula Darah Pesakit Diabetes, Semuanya Semula Jadi!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/09/2022

Ini 7 Jenis Ubat Boleh Kawal Paras Gula Darah Pesakit Diabetes, Semuanya Semula Jadi!

Bagi penghidap diabetes, anda semestinya sering mencari ubat kencing manis yang paling mujarab. Apa kata jika kami kongsikan senarai jenis ubat kencing manis semula jadi yang boleh anda makan di rumah.

Jangan risau, semuanya bahan semula jadi yang boleh turunkan paras gula darah anda.

Ubat kencing manis yang paling mujarab 1: Sayur brokoli

Sayur brokoli yang berwarna hijau ini amat kaya dengan kandungan sulforaphane.

Sulforaphane merupakan sejenis isothiocyanate yang mempunyai sifat atau ciri pengurangan gula dalam darah.

Kajian melalui tabung uji haiwan dan manusia telah menunjukkan bahawa ekstrak brokoli yang kaya dengan sulforaphane mempunyai kesan antidiabetik yang kuat.

Ia boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin selain mengurangkan paras gula darah dan penanda tekanan oksidatif dalam tubuh.

Selain itu, memakan jenis-jenis sayuran yang tergolong dalam kumpulan yang sama seperti brokoli ini telah dikaitkan dengan risiko diabetes jenis 2 yang lebih rendah. 

Jenis ubat kencing manis 2: Labu dan juga biji labu

ubat kencing manis yang paling mujarab

Buah labu merupakan antara pilihan sayur yang terbaik jika anda mahu mengawal paras gula darah.

Untuk makluman anda, buah labu telah digunakan sebagai ubat diabetes tradisional di kebanyakan negara lain seperti Mexico dan juga Iran.

Labu kaya dengan sumber karbohidrat yang disebut sebagai polisakarida, yang mempunyai potensi dalam mengawal paras gula darah.

Rawatan dengan menggunakan ekstrak dan serbuk labu juga telah terbukti dapat menurunkan kadar gula darah dengan ketara melalui kajian terhadap manusia dan haiwan.

Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan bagaimana labu dapat memberi manfaat kepada kawalan gula darah.

Ini terutamanya apabila ia telah dimasak seperti dipanggang atau dikukus.

Selain daripada buah labu itu sendiri, biji labu juga sangat kaya dengan lemak sihat dan juga protein.

Ini menjadikannya sebagai antara pilihan yang baik untuk mengawal paras gula darah. 

Ubat kencing manis yang paling mujarab 3: Kacang atau mentega kacang

Jangan tidak tahu, kekacang juga sebenarnya amat bermanfaat kepada pesakit diabetes.

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan kacang boleh menjadi antara cara yang berkesan untuk membantu mengawal paras gula dalam darah.

Satu kajian telah dilakukan terhadap 25 individu yang mempunyai diabetes jenis 2.

Hasil kajian menunjukkan bahawa, pengambilan kacang tanah dan juga badam sebagai sebahagian daripada diet rendah karbohidrat dilihat boleh mengurangkan paras gula darah puasa dan selepas makan.

Selain itu, tinjauan juga mendapati bahawa diet yang menumpukan kepada pengambilan kekacang sebanyak 56 gram sehari boleh mengurangkan gula darah puasa dan hemoglobin A1c (HbA1c).

Jenis ubat kencing manis 4: Sayur bendi

ubat kencing manis yang paling mujarab

Di Turki, biji sayur bendi telah lama digunakan sebagai ubat semula jadi bagi merawat diabetes.

Ini kerana, biji bendi mempunyai ciri penurun gula darah yang sangat kuat. 

Rhamnogalacturonan, polisakarida utama dalam sayur bendi, telah dikenal pasti sebagai sebatian antidiabetes yang kuat.

Selain itu, sayur bendi juga mengandungi sebatian tertentu yang boleh membantu mengurangkan gula darah dengan merencatkan enzim tertentu.

Walaupun kajian terhadap haiwan menunjukkan sayur bendi mempunyai sifat antidiabetes yang kuat, lebih banyak kajian terhadap manusia diperlukan bagi menguatkan dakwaan manfaat ini.

Ubat kencing manis yang paling mujarab 5: Kimchi

Kimchi ialah sejenis hidangan sayur jeruk yang merupakan makanan tradisional masyarakat Korea.

Makanan yang ditapai seperti kimchi ini kaya dengan sebatian yang menggalakkan kesihatan tubuh. Ini termasuklah probiotik, mineral, dan antioksidan.

Pengambilan makanan seperti ini telah dikaitkan dengan paras gula darah dan kepekaan insulin yang lebih baik.

Kajian terhadap 21 individu yang mempunyai pradiabetes mendapati bahawa, pengambilan kimchi selama 8 minggu boleh memperbaiki toleransi glukosa terhadap 33% daripada individu tersebut.

Manakala, hanya 9.5% daripada mereka yang memakan kimchi segar menunjukkan peningkatan toleransi glukosa.

Jenis ubat kencing manis 6: Oat

ubat kencing manis yang paling mujarab

Pengambilan oat juga boleh membantu mengawal paras gula darah bagi pesakit diabetes.

Ini kerana, oat mengandungi jenis serat larut yang tinggi, yang terbukti mempunyai ciri dalam mengawal paras gula darah.

Analisis 16 kajian lain juga mendapati bahawa, pengambilan oat dilihat mampu mengurangkan paras gula darah puasa dan juga HbA1c.

Ubat kencing manis yang paling mujarab 7: Buah-buahan sitrus

Antara jenis buah-buahan sitrus yang terkenal ialah seperti limau, oren dan juga lemon.

Walaupun kebanyakan buah-buahan ini bersifat manis, kajian menunjukkan bahawa buah-buahan sitrus berkemampuan dalam mengawal paras gula darah.

Buah-buahan sitrus dianggap sebagai jenis buah dengan nilai indeks glisemik yang rendah.

Ini kerana, ia tidak mempengaruhi paras gula darah berbanding jenis buah yang lain seperti buah tembikai dan nanas.

Kesimpulan 

Anda tidak perlu berhabisan ratusan ringgit dengan membeli produk ubat kencing manis yang paling mujarab yang belum terbukti.

Kebanyakan produk-produk di luar sana hanyalah produk-produk scam yang tidak berkesan sama sekali.

Jika anda benar-benar mahu mencari ubat kencing manis yang paling mujarab dan asli, ambil sahaja makanan yang dinyatakan ini. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan