backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

6 Cara Untuk Hilangkan Bisul Anda Boleh Cuba, Ada Yang Guna Ubat Doktor & Bahan Semula Jadi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/05/2024

6 Cara Untuk Hilangkan Bisul Anda Boleh Cuba, Ada Yang Guna Ubat Doktor & Bahan Semula Jadi

Kata orang lama, bisul boleh muncul di punggung kalau duduk di atas bantal. Sama ada ini benar atau tidak ia tidak penting. Apa yang lebih mustahak adalah bagaimana cara hilangkan bisul?

Mungkin ada banyak rawatan klinikal dan cara tradisional anda boleh cuba. Jom baca artikel dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa maksud, punca dan kesan ada bisul?

Buat anda yang belum tahu, bisul (boil atau furuncle) adalah sejenis ketulan bernanah yang kecil, keras dan sakit jika disentuh atau dipicit serta boleh muncul di bawah lapisan kulit atas.

Ia biasa akan muncul apabila berlaku jangkitan mikrob iaitu bakteria Staphylococcus aureus (Staph) pada liang folikel rambut atau bulu yang ada di sekitar kulit dan perlu segera dirawat.

cara hilangkan bisul
Masalah bisul akibat jangkitan kuman.

Apabila bisul sudah ‘hidup’ terlalu lama di atas kulit, ia akan mula meradang, membesar dan menyebabkan rasa sakit apabila diusik. Kesannya, anda mungkin memerlukan pembedahan minor untuk membuangnya.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan sebelum ia mengganas? Ada banyak cara hilangkan bisul yang anda boleh cuba!

Ubat bisul paling mujarab cara moden & tradisional!

Usah tunggu sehingga ia menjadi teruk baru mahu membuat sesuatu! Sebenarnya, ada cara lain selain pembedahan minor yang anda boleh cuba, terdiri daripada rawatan klinikal dan tradisional.

Pertama, dapatkan maklumat dan nasihat doktor tentang cara hilangkan bisul klinikal dengan ubatan di bawah:

  • Antibiotik – Memandangkan bisul itu terjadi gara-gara jangkitan bakteria, pengambilan antibiotik yang boleh diambil secara oral atau topikal sudah tentu boleh menghapuskan bakteria punca kondisi kulit ini. Namun, terdapat lebih 30 jenis bakteria Staph, justeru doktor perlu menentukan antibiotik mana yang paling sesuai
  • Krim untuk bisul – Dalam pada itu, anda juga boleh menyapukan krim-krim antiradang seperti kortikosteroid bagi mengelakkan bisul daripada terus meradang atau membengkak sekali gus mengurangkan rasa sakit

Kemudian, anda juga boleh amalkan cara hilangkan bisul tradisional dengan hanya ramuan di dapur termasuklah:

  • Bawang putih – Penyapuan ekstrak bahan ini yang bersifat antimikrob pada kulit dipercayai mampu membantu melawan jangkitan yang disebabkan oleh virus, kulat atau bakteria
  • Daun teh – Sapuan minyak bahan ini pada kulit juga boleh memberi kesan sama dalam melawan jangkitan bisul disebabkan ciri antibakteria dan antiseptik yang dimilikinya
  • Garam bukit – Dipercayai mampu membantu merawat kondisi kulit ini ekoran kemampuannya mengeluarkan nanah serta mengeringkan bisul sekali gus merawatnya
  • Serbuk kunyit – Popular sebagai bahan yang amat mesra kulit. Ia mempunyai sifat antiradang yang baik jika disapukan kepada bisul ketika sedang meradang atau membengkak

Selain ubat krim dan antibiotik, ada beberapa bahan dapur anda boleh cuba untuk bantu rawat bisul seperti berikut:

  • Bawang putih
  • Daun teh
  • Garam bukit
  • Serbuk kunyit
kebaikan kunyit untuk kulit
Kunyit membawa banyak manfaat kepada muka dan kulit.

Sama ada anda cuba merawat bisul cara tradisional atau moden, pastikan anda dapatkan nasihat doktor dahulu ya?

Kenapa doktor melarang anda untuk memicit bisul?

Cara hilangkan bisul adalah dengan membuang nanah di dalamnya sama ada dengan mengambil ubatan oral, topikal dan tradisional atau melalui prosedur pembedahan.

Dalam masa yang sama, individu sesekali tidak digalakkan untuk menekan atau memicit bisul sehingga ia pecah. Ini kerana dikhuatiri bakteria di dalamnya itu merebak ke kawasan kulit lain.

Menurut Pakar Bedah Am Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Azem Fathi Mohammad Azmi, jangkitan bakteria ini boleh menyebabkan kesan lebih besar.

“Apabila bakteria merebak ke kawasan tisu yang lebih dalam, ia akan menyerap masuk ke dalam saluran darah lantas mengakibatkan pelbagai komplikasi termasuk demam atau sepsis, jadi perlu segera amalkan cara hilangkan bisul,” jelas beliau lagi.

cara hilangkan bisul
Ubat sapu atau krim untuk rawatan bisul.

Bagaimana pula dengan rawatan selepas bisul pecah?

Jadi, anda bukan sahaja perlu tahu tentang cara hilangkan bisul malah langkah-langkah merawat selepas ia pecah!

Selepas bisul pecah, anda dinasihatkan supaya mencuci kawasan kulit dengan cecair antiseptik dan mengambil ubat antibiotik agar bakteria yang ada di dalam bisul itu benar-benar terhapus.

Memandangkan kondisi kulit ini boleh berlaku secara berulang kali, anda turut digalakkan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Segeralah berjumpa dengan doktor jika bisul kembali untuk tahu cara hilangkan bisul yang tepat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan