backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini 7 Tanda Diabetes Anda Tidak Terkawal, BAHAYA Boleh Mengancam Nyawa!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/03/2022

    Ini 7 Tanda Diabetes Anda Tidak Terkawal, BAHAYA Boleh Mengancam Nyawa!

    Ada pesakit diabetes yang mengetahui punca penyakit diabetes, namun tidak kenal dengan jelas sebarang tanda bagi punca kencing manis ini.

    Ini kami senaraikan beberapa tanda penting bagi penyakit diabetes yang tidak terkawal yang boleh anda perhatikan.

    Penyakit diabetes tidak terkawal boleh ancam nyawa

    Punca penyakit diabetes bukan sahaja memberikan kesan terhadap kualiti kehidupan seseorang individu.

    Namun, jika paras gula darah kekal tinggi dan tidak terkawal, ia juga boleh mengancam nyawa anda.

    Individu yang tidak menguruskan diabetes mereka dengan baik amat berisiko untuk mengalami gula darah tinggi.

    Ia boleh mencetuskan pebagai tanda dan juga simptom, bermula daripada emosi sehinggalah kepada kerosakan organ.

    punca kencing manis

    Bagi diabetes jenis 1, ia berlaku kepada seseorang individu tersebut sejak dia masih kecil.

    Punca kencing manis jenis 1 ini adalah disebabkan keadaan autoimun.

    Ia berlaku apabila sistem imun menyerang sel penghasil insulin dalam organ pankreas lalu menyebabkan pankreas tidak lagi menghasilkan insulin.

    Bagi penyakit diabetes jenis 2 pula, ia berlaku apabila tubuh badan tidak dapat menggunakan insulin dengan baik atau tubuh badan tidak menghasilkan insulin dengan cukup untuk keperluan tubuh.

    Kebiasaannya, seseorang individu tersebut tidak menyedari bahawa dirinya mempunyai penyakit diabetes jenis 2 lalu tidak mengawal keadaan diabetes yang dialami. 

    10 tanda penyakit diabetes yang tidak terkawal

    Apabila seseorang itu tidak mengetahui punca kencing manis mereka, maka mereka akan mengabaikan sebarang tanda atau simptom diabetes yang berlaku.

    Ini menjadikan keadaan diabetes mereka menjadi semakin teruk dan tidak terkawal.

    Berikut ialah 10 tanda-tanda keadaan diabetes yang teruk yang boleh anda perhatikan:

    Tanda bagi punca kencing manis 1: Paras gula darah tinggi

    Bacaan gula darah yang terlalu tinggi merupakan tanda paling jelas bahawa diabetes memerlukan perhatian dan juga kawalan.

    Apabila seseorang itu mendapatkan nasihat daripada doktor, mereka akan diberitahu mengenai tahap glukosa sasaran mereka.

    Mereka perlu mendapatkan bacaan gula darah yang serupa atau hampir sama dengan sasaran yang diberikan oleh doktor.

    Sasaran gula darah ini berbeza mengikut individu. 

    Tanda bagi punca penyakit diabetes 2: Kerap buang air kecil

    Kencing dengan kerap, atau poliuria, merupakan tanda biasa bagi kedua-dua diabetes jenis 1 dan jenis 2.

    Poliuria berlaku apabila seseorang individu membuang air kecil sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

    Ini berlaku kerana tubuh badan berusaha membuang lebihan glukosa daripada aliran darah.

    Apabila paras gula tinggi, seseorang itu akan minum dengan lebih kerap dan menyebabkan mereka mengeluarkan lebih banyak air kencing.

    Tanda bagi punca kencing manis 3: Kerap berasa dahaga

    punca kencing manis

    Individu yang mengalami diabetes tidak terkawal juga akan kerap dahaga.

    Ini biasa berlaku dalam kalangan individu dengan diabetes jenis 1.

    Ia juga boleh berlaku bagi individu dengan jenis 2 apabila kadar gula dalam darah berada pada paras yang sangat tinggi.

    Glukosa darah yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi dan rasa dahaga, selain dapat mengurangkan kemampuan tubuh untuk menyerap air.

    Seseorang mungkin mengalami rasa dahaga yang teruk, kekeringan mulut yang kronik dan berasa pening.

    Walaupun seseorang itu telah minum lebih banyak air, dehidrasi masih lagi boleh berlaku.

    Tanda bagi punca penyakit diabetes 4: Kerap mendapat jangkitan

    Tahap gula darah yang tinggi juga dapat meningkatkan kerentanan seseorang terhadap jangkitan.

    Seseorang perlu berjumpa dengan doktor jika mereka mula mendapat jangkitan dengan lebih kerap, atau jika mereka memerlukan waktu yang lebih lama untuk pulih daripada luka atau jangkitan.

    Tanda bagi punca kencing manis 5: Penurunan berat badan

    punca kencing manis

    Ketidakupayaan untuk menyerap glukosa juga boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ketara.

    Seseorang yang menghidap diabetes akan mengalami penurunan berat badan bergantung kepada seberapa baik tubuhnya menggunakan glukosa.

    Ia juga bergantung kepada jumlah makanan yang diambil setiap hari.

    Sekiranya seseorang itu makan berlebihan tetapi masih mengalami penurunan berat badan, mereka perlu berjumpa dengan doktor.

    Tanda bagi punca penyakit diabetes 6: Ketoasidosis diabetes

    Dehidrasi boleh menyebabkan keadaan yang disebut sebagai ketoasidosis diabetes (DKA).

    DKA merupakan satu keadaan kecemasan yang boleh mengancam nyawa.

    Ia berlaku apabila tubuh tidak dapat mengakses glukosa sebagai sumber tenaga, dan ia mula memecahkan lemak bagi menggantikan glukosa.

    Keton merupakan hasil sampingan bagi proses ini. Apabila keton berkumpul di dalam darah, darah akan menjadi terlalu berasid.

    Tanda bagi punca kencing manis 7: Nafas berbau seperti buah

    Seseorang individu dengan paras gula darah yang tinggi mungkin menyedari bahawa nafasnya berbau seperti buah.

    Apabila tubuh badan tidak dapat mengakses glukosa daripada darah disebabkan masalah insulin, tubuh akan mula memecahkan lemak untuk mendapatkan tenaga.

    Ini akan menghasilkan bahan kimia yang disebut sebagai aseton yang memiliki bau seperti bau buah. 

    Kesimpulan 

    Tanda-tanda yang disebutkan di atas ini merupakan antara tanda-tanda paling kerap berlaku apabila diabetes anda tidak disedari dan tidak terkawal.

    Oleh itu, jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, lakukan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital berdekatan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan