backup og meta

5 Ubat Anxiety Ini Boleh Beli Sendiri Tapi Mesti Dengan Surat Doktor!

5 Ubat Anxiety Ini Boleh Beli Sendiri Tapi Mesti Dengan Surat Doktor!

Adakah penyakit anxiety boleh sembuh ? Anxiety atau kegelisahan merupakan antara gangguan mental yang diakui secara perubatan. Ia sememangnya satu gangguan yang boleh menyukarkan kehidupan seorang individu. Oleh sebab itu, terdapat rawatan khusus bagi merawat penyakit ini seperti penggunaan ubat anxiety.

Apakah jenis-jenis ubat tersebut?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Apa maksud gangguan anxiety?

Kenapa boleh kena anxiety?

Kegelisahan atau keresahan adalah satu bentuk kerisauan yang berlaku secara tidak menentu dan berterusan tanpa sebab yang jelas.

Ia boleh mempengaruhi kehidupan seharian seseorang dan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan jangka panjang jika tidak dirawat.

tip untuk anxiety
Antara tip menghadapi anxiety.

Kegelisahan yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah lain seperti:

  • gangguan tidur
  • kesukaran untuk menumpukan perhatian
  • boleh meningkatkan risiko penyakit jantung

Ubat anxiety disorder

Adakah penyakit anxiety boleh sembuh?

Perlu diketahui bahawa tiada penawar untuk gangguan anxiety ini.

Namun, ia masih boleh dirawat menerusi penggunaan beberapa jenis ubat anxiety hospital.

Antara ubat biasa yang digunakan untuk gangguan anxiety ialah benzodiazepines, buspirone, antidepresan, penyekat beta dan minyak aromaterapi.

Lihat penerangan lanjut di bawah ini: 

#1. Benzodiazepines

Benzodiazepines adalah salah satu ubat yang kerap digunakan untuk merawat kegelisahan.

Ia berfungsi dengan meningkatkan kesan neurotransmitter tertentu dalam otak yang dikenali sebagai GABA.

Ini membantu untuk menenangkan otak dan mengurangkan perasaan kegelisahan.

Benzodiazepines biasanya digunakan untuk merawat kegelisahan akut dan juga gangguan kegelisahan biasa.

Walau bagaimanapun, penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan ketagihan dan beberapa kesan sampingan termasuklah mengantuk dan kehilangan koordinasi.

Ubat ini hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor.

#2. Buspirone

Buspirone adalah ubat yang dihasilkan khusus untuk merawat kegelisahan kronik.

Berbeza dengan Benzodiazepines, ia tidak menyebabkan ketagihan.

Ubat ini berfungsi dengan cara mempengaruhi neurotransmitter yang terlibat dalam tindak balas kegelisahan.

Ia juga biasa digunakan untuk merawat gangguan kegelisahan umum.

Kesannya mungkin lebih lambat berbanding Benzodiazepines, akan tetapi ia mempunyai kesan sampingan yang lebih sedikit.

Ubat ini juga memerlukan preskripsi daripada doktor yang merawat anda.

#3. Ubat anxiety di farmasi: Antidepresan

ubat anxiety
Ubat antidepresan juga merawat anxiety.

Walaupun kebanyakan ubat penenang depression digunakan untuk merawat kemurungan, namun beberapa jenis antidepresan juga berkesan dalam mengubati kegelisahan.

Ubat ini bertindak dengan cara menyeimbangkan bahan kimia dalam otak yang mempengaruhi mood dan emosi.

Antidepresan boleh membantu merawat pelbagai jenis kegelisahan termasuk gangguan kegelisahan umum dan gangguan panik.

Kesannya mungkin boleh dilihat dalam tempoh beberapa minggu selepas pengambilannya.

Antara kesan sampingan ubat ini termasuklah sakit kepala, mual dan gangguan tidur.

Ubat ini turut memerlukan preskripsi doktor anda.

#4. Ubat anxiety: Penyekat beta (beta-blockers)

Penyekat beta biasanya digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Akan tetapi, ia juga boleh membantu mengurangkan gejala fizikal kegelisahan seperti degupan jantung yang cepat.

Ia berfungsi dengan menghalang kesan hormon adrenalin.

Ubat ini boleh digunakan untuk merawat kegelisahan situasi seperti fobia sosial.

#5. Minyak aromaterapi

ubat anxiety
Minyak aromaterapi boleh menenangkan otak.

Minyak aromaterapi seperti minyak lavender dan chamomile boleh membantu meredakan kegelisahan.

Minyak ini bukanlah sejenis ubat khusus, namun ia adalah remedi atau rawatan alternatif bagi beberapa gangguan mental.

Minyak aromaterapi boleh memberikan kesan menenangkan kepada otak anda apabila dihidu.

Ia boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rutin harian untuk membantu mengurangkan stres dan kegelisahan.

Minyak ini juga selamat digunakan kerana ia adalah antara kaedah semula jadi dalam merawat kegelisahan.

Menariknya, minyak ini boleh didapati TANPA preskripsi doktor.

Kesimpulan

Kegelisahan adalah masalah yang serius dan memerlukan rawatan yang sesuai.

Terdapat pelbagai pilihan ubat yang boleh membantu mengurangkan gejala kegelisahan yang anda alami bagi persoalan adakah penyakit anxiety boleh sembuh.

Namun pemilihan ubat ini adalah bergantung kepada perbincangan bersama doktor yang merawat.

Perhatian!

Setiap jenis ubat juga mungkin tidak memberikan kesan yang sama kepada individu lain yang menggunakannya.

Oleh itu, amat penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anxiety disorders. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anxiety/diagnosis-treatment/drc-20350967. Diakses pada Oktober 27, 2023.

Anxiety Medication. https://www.helpguide.org/articles/anxiety/anxiety-medication.htm#:~:text=SSRI%20antidepressants%20for%20anxiety,-Many%20medications%20originally&text=Their%20use%20is%20limited%20to,Paxil%2C%20Lexapro%2C%20and%20Celexa. Diakses pada Oktober 27, 2023.

Treatment Options for Anxiety and Anxiety-Related Disorders. https://www.anxiety.org/treatment-options-therapy-for-anxiety-disorders. Diakses pada Oktober 27, 2023.

Medication for Anxiety Disorders. https://nyulangone.org/conditions/anxiety-disorders/treatments/medication-for-anxiety-disorders. Diakses pada Oktober 27, 2023.

Anxiety and panic attacks. https://www.mind.org.uk/information-support/types-of-mental-health-problems/anxiety-and-panic-attacks/treatment/. Diakses pada Oktober 27, 2023.

Versi Terbaru

07/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ini Maksud Sebenar Anxiety Attack, Ada 6 Cara Untuk Bantu Anda Kawal Jika Ia Berlaku!

Pantang Larang Anxiety, Elak Ambil 5 Makanan Ini, Boleh Buat Anda Kemurungan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan