backup og meta

Buah Yang Dilarang Untuk Penderita Diabetes, Bukan Semuanya Boleh Makan!

Buah Yang Dilarang Untuk Penderita Diabetes, Bukan Semuanya Boleh Makan!

Tahukah anda, ada beberapa jenis buah yang dilarang untuk penderita diabetes? Benar, pengambilan sayur dan buah untuk penderita diabetes sangat penting untuk memastikan badan memperoleh nutrisi yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, kebanyakan buah mempunyai kandungan gula yang berbeza-beza.

Jadi, apakah cara yang terbaik untuk pastikan buah yang diambil selamat untuk penghidap diabetes?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Bolehkah pesakit diabetes makan buah?

buah yang dilarang untuk penderita diabetes
Pengambilan buah-buahan baik untuk kesihatan penghidap kencing manis.

Menurut American Diabetes Association, pesakit kencing manis boleh makan apa-apa jenis buah asalkan mereka tidak mempunyai sebarang alahan.

Namun, ada beberapa jenis buah buahan yang dilarang bagi penderita diabetes, misalnya buah-buahan dalam tin atau buah kering yang mempunyai kadar gula yang tinggi.

Sebab itulah, penghidap kencing manis perlu baca dahulu label makanan sebelum beli.

Selain itu, pesakit perlu tahu bahawa rasa manis dalam buah berasal daripada sejenis gula yang dikenali sebagai fruktosa.

Badan akan menukarkannya kepada glukosa yang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.

Tetapi, itu tidak bermaksud pengambilan sayur dan buah untuk penderita diabetes itu tidak baik untuk kesihatan.

Sebaliknya, pengambilan buah dan sayuran sepatutnya menjadi sebahagian daripada diet harian.

Ada banyak manfaat sayur dan buah untuk penderita diabetes. Ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat yang sangat penting untuk badan.

Mujurlah, dengan sedikit perancangan, penghidap kencing manis boleh makan buah asalkan anda memilihnya dengan betul.

Buah yang dilarang untuk penderita diabetes

Penghidap diabetes tidak seharusnya mengelak daripada makan buah kerana ia merupakan sebahagian daripada diet seimbang.

Malah, menurut kajian, amalan makan buah mungkin dapat mengurangkan risiko komplikasi kencing manis.

Di bawah, kami senaraikan buah yang dilarang untuk penderita diabetes sebagai panduan.

1. Buah yang dilarang untuk penderita diabetes: Buah-buahan manis

buah yang dilarang untuk penderita diabetes
Penghidap kencing manis perlu mengelakkan buah-buahan yang mengandungi banyak gula.

 Buah-buahan manis seperti tembikai dan durian adalah antara jenis buah yang dilarang untuk penderita diabetes.

Walaupun kedua-dua buah ini kaya dengan vitamin dan mineral, namun pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.

Selain itu, buah durian juga mempunyai kalori yang tinggi. Setiap 100 gram durian pula mengandungi kira-kira 13 hingga 18 gram gula.

Kandungan gula bagi buah tembikai pula adalah kira-kira enam hingga sembilan gram setiap 100 gram tembikai.

Dalam pada itu, pesakit juga perlu kenal pasti jenis pisang untuk diabetes.

Elakkan pengambilan pisang yang masak ranum kerana kandungan gulanya lebih tinggi berbanding pisang biasa.

Sebiji pisang biasa mengandungi kira-kira lima hingga lapan gram gula.

Walau bagaimanapun, apabila pisang semakin masak, kandungan gulanya akan bertambah kepada 12 hingga 15 gram.

2. Buah yang kaya dengan karbohidrat

Selain itu, buah-buahan yang kaya dengan karbohidrat juga perlu dielakkan oleh pesakit diabetes.

Badan kita akan memecahkan karbohidrat kepada gula. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan kadar gula dalam darah semakin tinggi.

Antara buah yang dilarang untuk penderita diabetes disebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi adalah:

  • Pisang
  • Anggur
  • Durian
  • Nangka
  • Rambutan
  • Laici

3. Jangan minum jus buah

Jus buah adalah minuman yang dilarang untuk penderita diabetes kerana ia mengandungi gula yang lebih banyak berbanding buah-buahan segar.

Cara yang terbaik untuk mengambil jus buah adalah dengan cara memerahnya sendiri.

Selain itu, anda juga boleh beli jus yang tidak mengandungi gula tambahan.

Selalunya, informasi berkenaan jumlah gula dalam satu-satu produk telah dicetak dalam fakta nutrisi. Oleh itu, jangan lupa periksa dahulu sebelum beli.

4. Buah yang dilarang untuk penderita diabetes yang lain

Selain buah yang disenaraikan di atas, buah-buahan kering seperti kismis, aprikot dan prun juga mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Proses pengeringan akan membuatkan buah kehilangan air. Dalam masa yang sama, gula yang terkandung dalam buah kering akan menjadi semakin pekat.

Walau bagaimanapun, buah kering adalah sumber serat yang baik.

Namun, elakkan pengambilan yang terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.

makanan untuk diabetes
Pesakit diabetes perlu memantau saiz hidangan sebelum makan buah untuk memastikan kadar gula dalam darah tidak meningkat.

Panduan makan buah untuk pesakit diabetes

Bagi pesakit diabetes, pengambilan buah perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk memastikan kadar gula dalam darah terkawal.

Benar, ada buah dan minuman yang dilarang untuk penderita diabetes.

Namun, dengan memahami saiz hidangan atau portion yang bersesuaian, penghidap kencing manis boleh menikmati buah-buahan tanpa menjejaskan kesihatan.

Sebaiknya, hadkan pengambilan buah kepada saiz hidangan yang mengandungi sekitar 15 gram karbohidrat.

Contohnya, satu hidangan terdiri daripada sebiji buah bersaiz kecil seperti epal, oren atau separuh pisang bersaiz sederhana.

Bagi buah-buahan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti mangga atau durian, hadkan pengambilannya kepada kuantiti yang lebih kecil.

Dengan memantau saiz hidangan dan memilih buah-buahan yang sesuai, pesakit diabetes masih boleh menikmati pelbagai jenis buah tanpa menjejaskan kadar gula dalam darah.

Sayur dan buah untuk penderita diabetes

buah yang dilarang untuk penderita diabetes
Buah yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi perlu dielakkan oleh pesakit diabetes.

Pesakit diabetes disarankan untuk memilih buah-buahan yang rendah karbohidrat seperti buah beri, epal hijau atau kiwi.

Buah-buahan ini mempunyai kandungan gula yang lebih rendah dan boleh membantu mengekalkan kadar gula dalam darah yang stabil.

Walau bagaimanapun, berhubunglah dengan doktor jika anda tidak pasti mengenai jenis sayur dan buah untuk penderita diabetes.

Penjagaan yang rapi dan nasihat profesional dapat membantu mengelakkan komplikasi yang mungkin timbul akibat pengambilan buah-buahan yang tidak terkawal.

Kesimpulan

  • Hadkan saiz hidangan buah kepada kira-kira 15 gram karbohidrat
  • Pilih buah segar, elakkan pengambilan jus atau buah kering
  • Pilih buah rendah karbohidrat seperti buah beri, epal hijau atau kiwi
  • Rujuk doktor jika tidak pasti mengenai diet yang sesuai

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fruit. https://diabetes.org/food-nutrition/reading-food-labels/fruit. Diakses pada Ogos 20, 2024.
  2. Fruit and diabetes. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/food-groups/fruit-and-diabetes. Diakses pada Ogos 20, 2024.
  3. Should I Avoid Sweet Fruits? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/expert-answers/diabetes/faq-20057835. Diakses pada Ogos 20, 2024.
  4. Type 2 Diabetes and Fruits: The FAQs. https://www.dietitians.org.my/articles/type-2-diabetes-and-fruits-the-faqs. Diakses pada Ogos 20, 2024.
  5. Diabetes – causes, symptoms & treatments. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/risk-factors/diabetes. Diakses pada Ogos 20, 2024.

Versi Terbaru

14/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Senarai Makanan Patut Diambil Dan Perlu Dielak Buat Pesakit Kencing Manis!

Selain Jaga Pemakanan, 10 Cara Ini Berkesan Turunkan Bacaan Gula Darah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 7 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan