Alahan terhadap telur selalunya berlaku kepada bayi, kanak-kanak kecil dan orang dewasa. Diet tanpa telur merupakan diet yang mengelakkan telur dan sebarang produk yang mungkin mengandungi telur.
Baca label makanan dengan berhati-hati dan elakkan sebarang produk mengandungi telur atau bahan yang berkaitan dengan telur, termasuklah makanan yang mungkin diperbuat daripada telur.
Petua pemakanan: Pastikan anda membaca label dengan berhati-hati. Sebagai contohnya, sesetengah pengganti telur mempunyai telur putih.
Pemakanan untuk alergik makanan terhadap kacang tanah

Kacang tanah ialah salah satu allergen makanan (bahan yang mencetuskan tindak balas alahan) yang paling lazim ditemui. Alahan terhadap kacang tanah merupakan di antara alahan yang paling serius – dan boleh membawa kematian.
Petua pemakanan: Kebanyakan makanan yang dibungkus – termasuklah makanan yang dibakar, gula-gula dan makanan tradisi – boleh dicemari kacang tanah sekiranya produk mengandungi kacang tanah disediakan dalam tempat yang sama atau pihak pengilang yang sama. Sentiasa bersedia kepada kemungkinan ini dan risiko terhadap tindak balas alahan.
Pemakanan untuk alergik makanan terhadap kacang pokok
Terdapat risiko untuk pencemaran ketika proses penyediaan kacang dalam makanan.
Untuk itu, kebanyakan ahli alergi menasihatkan supaya anda menghindari semua jenis kacang pokok dan produk yang mempunyai bahan yang ditulis “kacang”, walaupun sekiranya anda hanya mempunyai alahan terhadap sejenis kacang sahaja.
Petua pemakanan: Kacang pokok selalunya digunakan dalam losen dan syampu. Pastikan untuk memeriksa label produk, termasuklah pada label makanan.
Baca juga:
Pemakanan untuk alahan terhadap ikan
Protein di dalam pelbagai jenis ikan boleh mempunyai kesamaan, maka anda mungkin perlu mengelakkan daripada semua jenis ikan, melainkan pakar alergi anda boleh menentukan jenis ikan yang akan menimbulkan tindak balas alahan.
Petua pemakanan: Anda harus mengelakkan diri daripada makan di restoran makanan laut jika anda mempunyai alergik makanan terhadap ikan. Walaupun anda meminta makanan tanpa ikan, makanan anda mungkin mengandungi protein ikan daripada sudu, minyak masak, atau tempat memanggang ikan.
Pemakanan untuk alahan terhadap kerang-kerangan

Sebagaimana ikan, pelbagai jenis kerang juga mungkin mempunyai protein yang sama. Anda perlu elakkan semua jenis kerang-kerangan, melainkan ahli alergi anda boleh menentukan jenis kerang yang akan menimbulkan tindak balas alahan.
Petua pemakanan: Mereka yang mengalami alergik makanan terhadap kerang perlu sentiasa berhati-hati dengan makanan bergoreng.
Sesetengah restoran menggunakan minyak masak yang sama untuk menggoreng udang, ayam, dan kentang goreng. Makanan laut tiruan masih menggunakan kerang-kerangan sebagai perasa. Sebelum anda menggunakannya, baca label untuk memastikannya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen