backup og meta

Jadual Vaksin Bayi Ini Bantu Ibu Ayah Ingat Tarikh Imunisasi Si Kecil

Jadual Vaksin Bayi Ini Bantu Ibu Ayah Ingat Tarikh Imunisasi Si Kecil

Penting ke untuk tidak terlepas jadual vaksin bayi? Sudah tentu amat penting. Ini kerana si manja, khususnya bayi baru lahir antara kelompok individu yang cenderung terjejas imun. 

Ini bermakna mereka lebih terdedah kepada jangkitan yang mungkin membawa kepada kematian atau komplikasi jangka panjang. 

Sebab itulah penting untuk memastikan bayi mendapatkan suntikan vaksinasi bagi mencegah penyakit seperti hepatitis B, radang paru-paru dan campak.

Secara amnya, bayi akan menerima sebahagian besar vaksin ini dalam tahun pertama kehidupan mereka. Oleh itu, sangat mustahak bagi ibu bapa mengikuti jadual imunisasi bayi dengan sebaiknya.

Jika bimbang si manja mungkin terlepas janji temu suntikan imunisasi, anda boleh memanfaatkan Jadual Vaksin Bayi Hello Doktor. 

Ingin tahu bagaimana cara menggunakannya? Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasan mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kepentingan

Mengapa perlu guna Jadual Vaksin Bayi

Alat penjadualan vaksinasi bayi ini dapat membantu ibu bapa mengikuti jadual imunisasi untuk anak dengan lebih teratur.

Dengan menggunakan alat yang disahkan doktor ini, anda akan dapat:

  • Buat profil untuk setiap anak anda
  • Terima makluman vaksinasi melalui saluran pilihan anda (SMS, emel, messenger, Kalendar Google)
  • Lihat jadual imunisasi bayi sepintas lalu. Ini bermakna anda boleh menyemak jika mereka terlepas jadual suntikan. Selain itu, anda boleh melihat senarai vaksin yang perlu diambil bayi kemudian nanti
  • Membuat persediaan awal. Dengan alat ini, anda akan dapat merancang jadual keluarga lebih awal. Sebagai contoh, anda akan tahu masa yang tidak sesuai untuk bercuti kerana si kecil perlu mengambil suntikan vaksin
  • Ketahui lebih lanjut mengenai vaksin yang diambil anak. Bukan sahaja alat ini menawarkan butiran tentang vaksin, tetapi turut terdapat artikel disahkan doktor yang membincangkan pelbagai manfaat imunisasi

Baca juga:

Cara pendaftaran

Daftar Jadual Vaksinasi Bayi

Apabila anda sudah bersedia untuk memanfaatkan alat jadual vaksin ini, ikuti langkah berikut:

  1. Klik ke Jadual Vaksinasi Bayi Hello Doktor.
  2. Pilih jantina bayi, masukkan tarikh lahir mereka (atau tarikh jangkaan bersalin) dan nama (atau nama panggilan).
  3. Klik jadual.
  4. Sekiranya belum mempunyai akaun Hello Doktor, anda perlu membuat pendaftaran dengan menggunakan sama ada alamat emel, akaun Facebook atau akaun Google.
  5. Kemudian, anda akan ditanya sama ada ingin menerima pemberitahuan mengenai jadual imunisasi anak. Anda boleh memilih untuk menerima notifikasi melalui teks (SMS), emel, FB messenger atau Kalendar Google.

Itu sahaja! Mudah, bukan? Kini si manja anda mempunyai jadual vaksin bertanda!

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Ciri-ciri

Apa yang ada dalam Jadual Vaksin Bayi?

Sebaik sahaja anda telah memasukkan jantina, nama panggilan dan tarikh lahir bayi, alat tersebut akan secara automatik merancang jadual imunisasi mereka. Sekali imbas, ia akan kelihatan seperti ini:

vaksinasi

Anda boleh mengklik pada setiap jadual untuk melihat vaksin khusus dan tarikh cadangannya.

vaksinasi

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vaksin khusus, faedah dan langkah berjaga-jaga, cuma klik pada butang Lihat Lebih Lanjut.

jadual vaksin

Ini akan membawa anda ke carta yang menunjukkan jadual vaksinasi anak secara keseluruhan.

vaksinasi

Jika anda mengklik pada vaksin tertentu, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang jadual cadangan, faedah dan kontraindikasi. Hanya tukar tab untuk menavigasi.

jadual vaksin

Peringatan

Apa yang ibu ayah perlu tahu!

Alat jadual vaksinasi bayi ini bertujuan untuk mengikuti jadual imunisasi kanak-kanak. Walau bagaimanapun, panel pakar kami ingin mengingatkan ibu bapa bahawa:

Jadual imunisasi mungkin berbeza

Apa yang kami ada dalam alat itu ialah jadual yang dicadangkan. Oleh itu, si manja mungkin mendapat suntikan tertentu pada tarikh yang berbeza daripada apa yang terdapat dalam penjadualan.

Alat ini berdasarkan jadual imunisasi bayi di Malaysia

Jadual tersebut adalah berdasarkan jadual imunisasi kanak-kanak di Malaysia. Jangan terkejut jika anda melihat jadual yang berbeza dalam talian. Berkemungkinan besar, itu adalah berdasarkan program imunisasi negara lain.

Pada asasnya, jadual bergantung pada kesihatan anak dan ketersediaan vaksin.

jadual vaksin

Bayi terlepas tarikh dalam jadual vaksin? 

Jika alat ini menghantar peringatan bahawa anak anda terlepas dos suntikan, jangan panik.

Anak anda tidak perlu “bermula semula”. Mereka hanya perlu mendapatkan suntikan yang terlepas sahaja. Berbincanglah dengan pakar pediatrik mereka tentang tarikh suntikan baharu.

Vaksin tambahan

Jadual imunisasi bayi dalam alat ini tidak lengkap. Ini bermakna si manja mungkin menerima suntikan vaksin lain bergantung kepada cadangan yang diberikan pakar pediatrik mereka.

Contohnya, anak anda mungkin menerima vaksin untuk cacar air, COVID-19 atau Japanese encephalitis.

Vaksin selamat

Akhir sekali, pakar ingin menegaskan bahawa vaksin adalah selamat dan berkesan dalam mencegah beberapa penyakit dan komplikasinya. Kesan sampingan vaksin selalunya bersifat sementara.

Risau tentang imunisasi anak anda? Jangan teragak-agak untuk berbincang dengan doktor untuk lebih mendapatkan kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Jadual Imunisasi. http://www.myhealth.gov.my/jadual-imunisasi/, Accessed on April 8, 2022
  2. Why are immunizations important for my infant’s health? https://www.nichd.nih.gov/health/topics/infantcare/conditioninfo/immunization#, Accessed on April 8, 2022 
  3. Ask CDC – Vaccines & Immunizations. https://www.cdc.gov/cdc-info/vaccines-immunizations.html, Accessed on April 8, 2022 
  4. Vaccine efficacy, effectiveness and protection. https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/vaccine-efficacy-effectiveness-and-protection, Accessed on April 8, 2022 
  5. Malaysia Updates Child Immunisation Schedule With Hexavalent Vaccine. https://codeblue.galencentre.org/2020/11/17/malaysia-updates-child-immunisation-schedule-with-hexavalent-vaccine/, Accessed on April 8, 2022  
  6. Child Immunisation. https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/587f137c6a2ed.pdf, Accessed on April 8, 2022  

 

Versi Terbaru

15/12/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

13 Suntikan Vaksin Ini Penting Untuk Diberikan Pada Si Kecil, Ibu WAJIB Baca!

Apa Beza Suntikan MMR, MR Dan Measles?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan