Walau bagaimanapun, jika anda pernah mengalami reaksi alergi yang serius terhadap bahan yang terkandung di dalam vaksin COVID-19, anda digalakkan untuk tidak mengambilnya.
Oleh sebab itu, CDC tidak menggalakkan anda mengambil dos kedua jika anda telah mengalami reaksi alergi yang teruk setelah mengambil dos pertama.
Walau bagaimanapun, mempunyai alahan bukanlah alasan untuk tidak mendapatkan vaksin.
Sakit pada bahagian suntikan dan simptom lain seperti demam dan lenguh badan bukanlah bermaksud anda tidak perlu mengambil dos kedua vaksin.
Kesemua simptom tersebut merupakan sesuatu yang lazim berlaku selepas suntikan dan akan beransur pulih.
Bahan apa dalam vaksin COVID-19 menyebabkan alahan?

Pakar berpendapat, alahan terhadap vaksin COVID-19 berlaku disebabkan oleh polyethylene glycol (PEG) yang terdapat pada vaksin. Walau bagaimanapun, mekanisme di sebalik reaksi ini masih belum diketahui.
Menurut Pfizer, vaksin yang dibangunkan oleh syarikat mereka merupakan sejenis vaksin mRNA yang dihasilkan oleh komponen sintetik dan kimia. Vaksin ini tidak mengandungi sebarang virus hidup di dalamnya.
Antara bahan aktif yang terkandung di dalam vaksin Pfizer-BioNTech ialah kalium klorida, fosfat, natrium klorida dan sukrosa (gula). Ada banyak lagi bahan lain tetapi ia terkandung di dalam jumlah yang sangat sedikit.
Baca juga:
Sakit disebabkan vaksin merupakan perkara biasa
Vaksin COVID-19 merupakan sesuatu yang baharu dan mungkin asing bagi ramai orang. Oleh sebab itu, mungkin ramai yang rasa takut dan kurang selesa untuk mengambil vaksin tersebut.
Walau bagaimanapun, sebagai rakyat yang cakna, anda perlulah tahu membezakan antara fakta dan juga mitos. Pemberian vaksin merupakan cara yang terbaik untuk kita mematahkan penyebaran wabak ini kepada golongan yang berisiko.

Ramai orang yang jatuh sakit setelah mengambil vaksin. Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud vaksin tersebut tidak baik atau mempunyai kesan yang buruk terhadap badan.
Sebenarnya, semua kesan sampingan yang dirasai ini merupakan respons semula jadi bahan terhadap vaksin tersebut. Demam dan sakit-sakit badan boleh berlaku 36 jam selepas menerima vaksinasi.
Malah, berbeza dengan pendapat orang ramai, rasa sakit-sakit inilah sebenarnya tanda vaksin yang anda terima sedang melakukan kerjanya dengan baik!
Oleh sebab itu, jangan lupa mendaftar untuk sesi vaksinasi anda ya!
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus