Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk zuriat mereka. Disebabkan itu, banyak yang perlu dilakukan dan disediakan oleh mereka termasuklah pengambilan vaksin anak.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk zuriat mereka. Disebabkan itu, banyak yang perlu dilakukan dan disediakan oleh mereka termasuklah pengambilan vaksin anak.
Meskipun banyak golongan berhaluan kiri seperti mereka yang menyokong idealisme anti-vaksin, janganlah anda sebagai ibu bapa terpedaya dan percaya dengan golongan ini.
Buat anda yang masih mempunyai persoalan mengenai vaksin anak, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk meneliti jawapan pakar tentangnya!
Tidak dinafikan, wujud segelintir ibu bapa di negara kita sendiri yang masih ragu-ragu mengenai kepentingan pengambilan vaksin anak.
Lebih-lebih lagi di musim pandemik COVID-19 ini, makin ramai ibu bapa yang takut dan risau untuk membawa anak ke hospital bagi mendapatkan imunisasi.
Sebenarnya, tiada apa yang kalian perlu risaukan kerana segala prosedur akan dilakukan dengan cermat dan teliti oleh petugas di mana-mana pusat kesihatan.
Lagipun, ia adalah satu kewajipan yang sangat dituntut oleh ibu bapa bagi memastikan kesihatan si kecil berada pada tahap yang baik.
Jika masih mempunyai soalan tentang vaksin anak, sila teruskan pembacaan anda!
Pakar Perunding Pediatrik dan Ketua Perkhidmatan Klinikal Pediatrik di Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul akan membantu kita semua dalam merungkai setiap soalan lazim tentang vaksin anak.
Infeksi adalah salah satu penyebab kematian kanak-kanak di seluruh dunia. Dianggarkan kira-kira 1.5 kematian kanak-kanak adalah disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah melalui pengambilan vaksin.
Sebagai contoh, demam campak telah menjadi punca kepada sekitar 2 juta kematian kanak-kanak pada setiap tahun. Dengan mengambil vaksin, jumlah ini dapat dikurangkan kepada 140,000 kematian setahun.
Ini kerana pengambilan vaksinasi akan menghalang infeksi dari terus merebak serta menghilangkannya dengan lebih cepat. Untuk pengetahuan anda, inilah yang dikenali sebagai imuniti kelompok.
Jadi, adalah sangat penting untuk si kecil anda mengambil vaksin dalam usaha negara serta dunia menghapuskan sejenis penyakit secara total – seperti yang berlaku kepada virus smallpox pada 1980.
Di Malaysia, vaksin yang disarankan untuk kanak-kanak mengikut Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) adalah seperti berikut:
Atas beberapa faktor yang tertentu, ibu bapa akan disarankan oleh doktor untuk memberi anak vaksin tambahan untuk melindungi dari penyakit seperti pneumokokus, rotavirus, cacar air dan meningitis.
Pada abad ini, Malaysia telah mengalami peningkatan kes demam campak yang mendadak sehingga mengatasi jumlah kes difteria dan polio. Ini berlaku akibat penurunan jumlah pengambilan vaksin di seluruh dunia.
Ini adalah punca kepada penurunan tahap imuniti kelompok pada tahap paling minimum lantas menyebabkan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin muncul semula.
Dalam pada itu, ia juga berlaku akibat tindak-tanduk ibu bapa sendiri yang percaya dengan kefahaman anti-vaksin.
Contohnya, ada golongan yang percaya bahawa vaksin MMR boleh menyebabkan anak autisme sedangkan tiada bukti saintifik tentangnya. Inilah antara punca pengambilan vaksin anak menurun.
Jadual imunisasi yang telah ditetapkan akan memberikan perlindungan optimum mengikut kumpulan umur dan populasi. Tiada sebarang kesan sampingan sekiranya ia ditangguhkan.
Pun begitu, kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun adalah sangat berisiko tinggi mendapat penyakit. Inilah sebab mereka perlu diberikan vaksin seawal kelahiran lagi dan diberikan dos tambahan seiring perjalanan usia.
Selain itu, penangguhan pengambilan vaksin anak akan mengakibatkan kesan vaksinasi itu menjadi suboptimum (kurang berkesan) atau menyebabkan mereka perlu mengambilnya semula.
Jadi, sila berbincang dengan doktor sekiranya anda terlepas atau terlambat memberikan vaksin kepada anak ya?
Pertama sekali, sila periksa sama ada vaksinasi tersebut adalah sangat penting atau boleh ditangguhkan. Kemudian, periksa juga polisi pusat kesihatan yang anda ingin kunjungi.
Dengan ini, anda dapat mengetahui sama ada tempat yang kalian ingin pergi itu adalah dikhaskan untuk pesakit COVID-19 sahaja atau tidak.
Dalam pada itu, anda juga perlu pastikan sama ada terdapat tempat untuk menunggu yang selamat untuk meminimumkan risiko jangkitan.
Akhir sekali, pastikan anda sentiasa melindungi anak anda dan diri sendiri. Pakai penutup muka, amalkan penjarakan sosial serta minimumkan interaksi dengan individu ketika temu janji bersama doktor di hospital.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen