backup og meta

Play Pretend Jadi Superhero, Doktor & Chef, Rahsia Kanak-Kanak Mahir Berkomunikasi!

Play Pretend Jadi Superhero, Doktor & Chef, Rahsia Kanak-Kanak Mahir Berkomunikasi!

Kanak-kanak sememangnya gemar bermain play pretend dan mencipta dunia imaginasi mereka sendiri. Ada yang suka berangan menjadi superhero, doktor, guru, tukang masak malah juruwang ketika bermain. Sebenarnya, aktiviti anak 3 tahun seperti ini bukan sekadar permainan biasa.

Pada usia inilah si kecil sedang melalui fasa perkembangan yang sangat aktif dari segi emosi, sosial dan kreativiti. Walaupun sering dianggap remeh, aktiviti bermain ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda, komunikasi serta keyakinan diri anak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Parent, ini kebaikan play pretend sebagai aktiviti anak 3 tahun

1. Menggalak si manja membina perkataan dan dunia imaginasi mereka

Play pretend ialah aktiviti anak cuti sekolah yang penting. Hal ini kerana, ia mengasah perkembangan bahasa si manja anda kerana ketika ini mereka sedang membina dunia baru melalui role play. Si manja akan memaksa otak mereka untuk mengeluarkan perkataan yang mereka ketahui.

Contohnya, apabila mereka berpura-pura menjadi doktor, mereka mungkin berkata, “Sakit apa?” atau “Saya bagi ubat ya.” Ini membantu memperkaya kosa kata, membina ayat dan meningkatkan keyakinan berkomunikasi.

2. Meniru senario kehidupan sebenar  

Kanak-kanak cenderung untuk meniru atau ikut apa yang dilihatnya di kaca televisyen mahupun di alam nyata. Aktiviti anak 3 tahun seperti play pretend membantu si cilik berasa lebih berdikari dan menggalakkan mereka dengan kemahiran menyelesaikan masalah

Ibu bapa juga boleh menggunakan permainan imaginasi untuk melatih senario yang mungkin si manja alami pada masa hadapan bagi membantu mereka berasa lebih bersedia. Contohnya, berjumpa dengan doktor ketika sakit atau menjadi guru di taska. 

3. Meningkatkan penggunaan emosi   

Ingin jadikan play pretend lebih realisitik dan menyeronokkan? Ibu ayah boleh sediakan pakaian dan aksesori bersesuaian buat si kecil. Contohnya pakaian doktor, chef atau guru, boleh membantu anak lebih menghayati watak yang dimainkan.

Secara tidak langsung, imaginasi mereka juga akan berkembang dengan lebih kreatif dan anak pasti lebih teruja untuk mencuba pelbagai peranan baharu ketika bermain.

4 Cara mudah galakkan play pretend di rumah sebagai aktiviti anak 3 tahun  

aktiviti anak 3 tahun
Si cilik yang sedang mengajar patung-patungnya.

Aktiviti anak 3 tahun tidak memerlukan mainan mahal. Gunakan sahaja barang di rumah seperti kotak, sudu, kain atau anak patung. Jangan lupa untuk sertai anak bermain dan beri ruang kepada mereka untuk memimpin permainan.

Paling penting, elakkan terlalu mengawal jalan cerita dan biarkan imaginasi mereka berkembang bebas!

1. Pastikan anak-anak anda mempunyai ruang selamat untuk bermain 

Untuk sediakan ruang selamat anak anda bermain, pastikan anda buang atau simpan barang yang berbahaya dan pantau dari masa ke masa untuk memastikan si kecil anda sedang bermain dengan selamat.

Hal ini kerana, mereka akan menggunakan segala barang yang ada tanpa mengetahui ia berbahaya atau tidak. Jadi, ibu bapalah yang perlu melindungi mereka terlebih dahulu.

2. Dengar permintaan anak anda

Cuba tanya si kecil “hari ini nak jadi apa?” atau “nak main apa hari ini?” Berdasarkan jawapan mereka, ibu ayah boleh membantu menyediakan suasana dan persekitaran yang sesuai untuk imaginasi anak berkembang.

Aktiviti bersama anak 3 tahun seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat membantu meningkatkan kreativiti, keyakinan diri dan kemahiran komunikasi mereka.

Jika si cilik sering kali bermain dengan anak patung dan rumah, anda boleh menyediakan barang-barang yang diperlukan seperti patung, selimut, bantal dan sebagainya. 

Jangan risau dengan rumah yang kelihatan bersepah, ia membuktikan sel-sel otak anak anda sedang berhubung dan mereka sedang menikmati zaman kanak-kanaknya!

3. Berikan sokongan jika diperlukan 

Semasa kanak-kanak sedang bermain, orang dewasa tidak digalakkan terlibat dengan apa yang mereka lakukan. Ibu bapa perlu bersabar dan biarkan mereka bertindak sendiri. Jika mereka kelihatan buntu dan memerlukan sokongan, inilah masanya untuk anda membantu. 

4. Aktiviti bersama anak 3 tahun yang akan mengeratkan hubungan

Benar, anak-anak anda sedang bermain seorang diri. Namun, ia bukan bermaksud anda tidak boleh terlibat bersama! Jika anak-anak anda ingin bermain dengan anda tetapi anda sedang sibuk dengan urusan anda, terangkan bahawa anda boleh bersama-sama mereka untuk sesetengah waktu sahaja. 

Play pretend, aktiviti anak 3 tahun yang menyeronokkan!

Anak anda sudah bosan dengan aktiviti riadah atau aktiviti mewarna? Play pretend bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, tetapi merupakan cara mereka belajar dalam berkomunikasi, emosi, sosial dan kognitif secara serentak. Jadi, bila anda melihat anak bercakap seorang diri sambil bermain, ketahuilah mereka sebenarnya berada di dunia imaginasi yang menyeronokkan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Imaginative role play with young children . https://learnenglishkids.britishcouncil.org/parents/top-tips/imaginative-role-play-young-children . Accessed on April 22, 2026

Pretend Play: Ways Children Can Exercise Their Imagination. https://www.healthychildren.org/English/family-life/power-of-play/Pages/pretend-play-ways-children-can-exercise-their-imagination.aspx . Accessed on April 22, 2026

The Importance of Play for Children . https://nifplay.org/play-note/child-play/ . Accessed on April 22, 2026

The Power of Pretend Play for Children. https://childmind.org/article/the-power-of-pretend-play-for-children/ . Accessed on April 22, 2026

Permainan Bebas: Apakah Manfaatnya dan Mengapa Ia Penting?. https://www.unicef.org/malaysia/stories/permainan-bebas-apakah-manfaatnya-dan-mengapa-ia-penting . Accessed on April 22, 2026

Versi Terbaru

07/05/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Cuaca Panas Melanda Lagi, Apa Parent Perlu Buat Untuk Lindungi Si Manja Ketika Bermain?

Jangan Biarkan Jika Rasa Penat Otak! Ini 5 Cara Efektif Bantu Atasi Keletihan Mental


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan