Mesti ibu berasa susah hati apabila si manja mengalami cirit-birit, kan? Jom ketahui cara atasi cirit birit budak yang sesuai untuk diberikan dalam situasi sebegitu.
Artikel Ditaja Oleh 
Mesti ibu berasa susah hati apabila si manja mengalami cirit-birit, kan? Jom ketahui cara atasi cirit birit budak yang sesuai untuk diberikan dalam situasi sebegitu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Cirit-birit adalah simptom di mana pergerakan usus menjadi kerap iaitu lebih daripada tiga kali atau najis berair1. Jika najis lembut, terbentuk dan pepejal, maka ia bukanlah cirit-birit.
Cirit-birit pada si kecil selalunya disebabkan oleh gastroenteritis virus – yang berjangkit dan mudah merebak1.
Biasanya ubat tidak diperlukan sebagai cara tangani cirit birit anak. Dalam kebanyakan kes, cirit-birit berjangkit akut akan terhenti apabila badan dapat ‘menyingkirkan’ jangkitan.
Semasa cirit-birit, usus sedang cuba mengeluarkan ‘benda asing jahat’2. Pengambilan ubat anti-diarrheal semasa cirit-birit berjangkit, mungkin menyebabkan jangkitan ‘tersimpan’ di dalam badan dan ia tidak digalakkan untuk anak di bawah usia 2 tahun3.
Ia melibatkan pergerakan usus berair lebih daripada 6 kali dalam sehari2.

Dalam keadaan ini anak mungkin memerlukan larutan rehidrasi oral (ORS) untuk membantu mencegah dehidrasi. ORS dapat menggantikan elektrolit dan cecair yang diperlukan anak5.
Jadi adakah terdapat cara hilangkan cirit birit kanak kanak yang boleh dicuba?
Biasanya, rawatan perubatan tidak diperlukan untuk menguruskan cirit birit budak. Ini terutamanya jika anak cuma mengalami cirit-birit ringan. Namun dalam kebanyakan kes, ketidakselesaan akibat cirit-birit boleh dikurangkan sekiranya ada perubahan pada tabiat makan dan minum5,6.
Tabiat pemakanan yang kurang sihat yang diamalkan kebanyakan kanak-kanak sering menjadi punca kepada masalah cirit-birit yang mereka alami. Selain mencuba cara tangani cirit birit anak di atas, ibu juga boleh amalkan atasi anak cirit birit dengan panduan berikut:
Cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku dengan lebih kerap jika mereka mengamalkan diet rendah lemak6. Secara umumnya, diet pemakanan kanak-kanak disarankan mengandungi sekitar 35 hingga 40 peratus lemak untuk menyokong pertumbuhan dan fungsi tubuh yang sihat.
Susu penuh krim boleh dimasukkan dalam diet harian anak sebagai sebahagian daripada diet seimbang untuk menyokong sistem penghadaman yang sihat.
Untuk menyokong usus agar sentiasa berada pada tahap optimum, pilih susu yang diperkaya dengan nutrien seperti galacto-oligosaccharide (GOS)7, 2′-fucosyllactose (2’-FL)8, dan bifido lactis HN0199.
Ketiga-tiga nutrien ini penting dalam menyokong usus serta sistem pertahanan badan. Usus yang sihat dapat membantu mengurangkan risiko masalah pencernaan seperti cirit birit budak, di samping menyokong penyerapan nutrien dan tumbesaran sihat.
Susu Friso® Gold yang dihasilkan daripada susu NOVAS Signature Milk dengan teknologi LocNutri boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang anak anda.

Friso® Gold dengan Teknologi LocNutri berfungsi mengekalkan nutrien dalam struktur aslinya, sekali gus dapat memudahkan proses penyerapannya.
Berbeza dengan kebanyakan susu lain melalui proses pengeluaran dengan haba yang terlalu panas. Akibatnya, ia mengubah struktur dan kandungan nutrien di susu.
Friso® Gold turut mengandungi pelbagai nutrien lain seperti vitamin D, B6 dan C, mineral, omega dan DHA yang berfungsi menyokong tumbesaran dan ketahanan semula jadi badan anak.
Antara cara atasi anak cirit birit dan menyokong keselesaan penghadaman anak secara semula jadi adalah dengan memastikan mereka mendapat serat yang mencukupi6.
Antara makanan yang boleh dipertimbangkan termasuklah:
Sekiranya anda telah mencuba cara hilangkan cirit birit kanak kanak yang dikongsikan di atas, namun keadaan kesihatan anak masih tidak berubah, bawalah mereka untuk melakukan pemeriksaan pakar.
Artikel ini bertujuan untuk maklumat umum sahaja dan tidak menggantikan nasihat perubatan. Sila rujuk doktor atau profesional kesihatan untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
26/09/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa