backup og meta

Nak Kulit Lebih Cantik Guna Bahan Dapur? Amalkan Soda Penaik Sahaja, Ada 8 Manfaat!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/04/2023

    Nak Kulit Lebih Cantik Guna Bahan Dapur? Amalkan Soda Penaik Sahaja, Ada 8 Manfaat!

    Soda penaik atau soda bikarbonat sebenarnya bukan hanya untuk kegunaan di dapur, tetapi ia juga boleh menaikkan seri kulit anda. Apakah kegunaan soda bikarbonat untuk kecantikan? Ikuti penerangan kami di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Adakah terdapat kegunaan soda bikarbonat untuk kecantikan? 

    Soda penaik sebenarnya amat mudah untuk didapatkan selain harganya yang amat berpatutan.

    Dalam sesetengah kes, ia juga mungkin boleh berfungsi setanding dengan produk penjagaan kulit yang lebih mahal.

    Soda bikarbonat boleh digunakan untuk pelbagai keadaan yang menjejaskan kulit.

    Sesetengah penggunaan ini disokong oleh penyelidikan, manakala yang lain pula hanya mempunyai bukti anekdot dan perlulah digunakan dengan berhati-hati.

    Ini fungsi soda penaik untuk kecantikan kulit anda

    soda penaik

    Terdapat beberapa fungsi soda bikarbonat terhadap kesihatan dan kecantikan kulit yang ramai tidak tahu.

    Antara yang paling popular ialah:

    #1. Kurangkan kemerahan chickenpox

    Anda boleh menggunakan soda bikarbonat dan mencampurkannya bersama oatmil bagi mengurangkan rasa gatal akibat chickenpox.

    Selain itu, ia juga boleh melegakan kemerahan yang disebabkan oleh keadaan ini.

    Caranya adalah dengan meletakkan satu cawan campuran soda dan oatmil dalam air mandian dan rendam badan anda selama 20 minit.

    #2. Mengurangkan jerawat

    Soda penaik adalah antiseptik semula jadi yang mempunyai sifat antibakteria.

    Ia boleh membantu mengurangkan bakteria yang menyebabkan jerawat apabila digunakan secara topikal.

    Walau bagaimanapun, anda tidak disyorkan untuk mencuci muka dengan menggunakan baking soda atau menggunakannya untuk merawat jerawat muka.

    Rawatan ini boleh digunakan dengan berhati-hati pada jerawat bahu atau belakang badan, tetapi tidak boleh digunakan pada bahagian badan yang lain atau pada muka.

    soda penaik

    Untuk merawat jerawat belakang badan, buat pes baking soda dengan mencampurnya bersama air.

    Sapu pada jerawat dan biarkan sehingga 15 minit sebelum membilas.

    #3. Ichthyosis

    Ichthyosis merujuk kepada sekumpulan keadaan kulit yang boleh menyebabkan kulit kering, menebal, dan bersisik di seluruh badan.

    Rendaman dalam air mandian yang dicampur dengan baking soda adalah kaedah rawatan yang telah lama digunakan untuk keadaan ini.

    Ada teori menyatakan bahawa baking soda boleh mengubah pH air mandian, lalu membantu mengelupaskan sisik yang disebabkan oleh keadaan ini.

    Namun, lebih banyak penyelidikan lanjut diperlukan untuk menyokong teori ini.

    #4. Soda penaik legakan jangkitan kulat

    Jangkitan kulat pada kulit dan kuku seperti onikomikosis, telah terbukti menjadi bertambah baik apabila direndam dalam larutan baking soda dan juga air.

    #5. Melegakan gigitan serangga

    Pes baking soda dan air boleh membantu mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh gigitan serangga.

    Untuk membuat pes, campurkan 1 sudu besar baking soda dengan air secukupnya.

    Kemudian, sapukan pada bahagian kulit yang digigit serangga seperti nyamuk dan biarkan sehingga 10 minit sebelum dibilas.

    #6. Soda bikarbonat boleh legakan ekzema

    soda penaik

    Soda penaik bukanlah penawar bagi masalah ekzema, tetapi ia boleh membantu melegakan kegatalan akibat keadaan tersebut.

    Persatuan Ekzema Amerika Syarikat menyarankan penggunaan mandian air suam yang dicampurkan dengan ¼ cawan baking soda bagi melegakan ekzema.

    Rendamkan badan selama 10 hingga 15 minit sebelum mengelap badan sehingga kering dan memakai krim pelembap. 

    #7. Jangkitan yis

    Kesan positif baking soda pada jangkitan kulat juga boleh menjadikannya sebagai rawatan yang berkesan untuk kegatalan, kemerahan, dan bengkak yang disebabkan oleh kandidiasis.

    Kandidiasis merupakan pertumbuhan berlebihan yis Candida pada kulit.

    Bukti kajian yang menyokong teori ini agak terhad.

    Namun anda boleh cuba berendam dalam mandian soda bikarbonat untuk membantu merawat kandidiasis. 

    Pastikan kulit anda kering sepenuhnya selepas mandi.

    #8. Psoriasis 

    Antara fungsi serbuk penaik yang lain ialah melegakan psoriasis.

    Walau bagaimanapun, sesetengah kajian menyatakan bahawa soda bikarbonat tidak memberikan kesan positif terhadap keadaan psoriasis apabila disapu dengan pes soda tersebut.

    Namun, sesetengah penghidap psoriasis menyatakan bahawa kegatalan yang dialami mereka berkurangan selepas mandi dengan mandian soda bikarbonat bersama oatmil. 

    Kesimpulan

    Telah terbukti bahawa soda bikarbonat bukan hanya berfungsi dalam masakan, tetapi berperanan dalam kecantikan dan kesihatan kulit juga.

    Boleh cuba tip yang dikongsikan jika anda alami salah satu daripada keadaan kulit seperti di atas. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan