Sekiranya si manja anda mempunyai keadaan kulit mudah iritasi, adalah amat penting menggunakan sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal.
Tidak dinafikan, di pasaran terdapat pelbagai jenis produk bayi. Namun anda perlu berhati-hati dalam memilih produk sabun mandi untuk kulit sensitif dan gatal yang bersesuaian bagi si kecil.
Jangan gusar, dalam perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan cuba membantu anda. Mungkin agak renyah, tetapi ini penting bagi penjagaan kulit bayi. Ini kerana jika tersalah pilih, kulit si manja boleh menjadi lebih teruk.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Keadaan kulit bayi sensitif
Sebelum anda mengetahui tip untuk memilih sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal bersesuaian, ayuh kita fahami secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan keadaan kulit sensitif ini.
Antara fakta penting yang perlu anda ketahui berkaitan kulit sensitif pada bayi ini adalah ia merupakan perkara biasa. Ini kerana selama 9 bulan bayi dikelilingi oleh cecair amniotik, jadi kulit mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran luar rahim.
Untuk beberapa tahun pertama kehidupan bayi, kulit mereka akan membentuk lapisan pelindung yang terdiri daripada air dan minyak – lapisan hidrolipid.
Perkembangan ini tidak berlaku serentak, bermakna sesetengah bahagian kulit mungkin dilindungi dan sebahagian lain akan terdedah.
Bahagian kulit yang tidak dilindungi ini boleh menjadi merah dan iritasi dengan cepat. Namun anda tidak perlu bimbang kerana ada cara untuk mencegah kerengsaan dan menenangkan kulit sensitif ini.
Tanda bayi mempunyai kulit sensitif
Bayi dengan kulit sensitif mengalami beberapa gejala, termasuklah:
- Ketegangan kulit
- Rasa kesemutan
- Kulit terasa sensasi menyucuk (prickling)
- Kemerahan sementara
- Kulit kering
Sudah tentu, si kecil hanya akan menangis apabila mengalami ketidakselesaan kulit ini. Jadi menjadi tanggungjawab anda untuk mengenal pasti gejala kerengsaan ini.
Apakah mungkin petua bagi memilih sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal yang bersesuaian ya?
Cara mengatasi
Terdapat dua fakta penting perlu diingatkan kepada ibu bapa dengan si kecil yang mempunyai kulit sensitif:
- Ia adalah perkara biasa
- Ia boleh diatasi dengan produk yang betul
Atas sebab ini, anda tidak perlu berasa takut mahupun bimbang dengan kulit sensitif si manja. Cuma ia mungkin memerlukan sedikit usaha dan masa untuk memastikan kulit mereka kembali lembut dan licin.
Tip memilih sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal
Inilah yang anda perlu cari apabila memilih sabun terbaik untuk si manja:.
Sabun dengan buih vs sabun tanpa buih
Ibu bapa perlu ingat bahawa sabun tanpa buih adalah yang terbaik untuk kulit bayi anda kerana ia tidak menghilangkan minyak semula jadi mereka dan membantu mengekalkan sifat perlindungan semula jadi kulit.
Sabun tanpa buih juga mempunyai pH seimbang dan menggunakan formulasi yang tidak merengsakan kulit.
Diuji pakar dermatologi dan disyorkan oleh pakar pediatrik
Produk yang mendapat kelulusan daripada pakar merupakan pilihan terbaik untuk bayi anda dengan kulit sensitif
Melembap dan menghidratkan
Amat penting untuk memastikan kulit bayi anda sentiasa lembap dan terhidrat bagi membantu memastikan ia licin dan sihat dengan memilih sabun yang mempunyai ciri pelembap dan penghidratan.
Pastikan sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal tiada warna dan wangian
Memandangkan anda perlu berdepan dengan keadaan kulit sensitif bayi, adalah penting untuk sentiasa mencari bahan-bahan selamat yang tidak akan memburukkan sebarang keadaan kulit pada si kecil.
Baca label dengan teliti dan elakkan sabun badan yang mengandungi pewangi sintetik, paraben, sulfat, minyak mineral atau pewarna tiruan.
Petua mandikan si kecil dengan sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal
Kini anda sudah mengetahui tip untuk memilih sabun mandi bayi untuk kulit sensitif.
Berikut pula, penulis kongsikan petua untuk memandikan si manja dengan keadaan kulit sensitif ini.
- Jangan mandikan anak terlalu kerap kerana ia boleh mengeringkan kulit mereka. 2-3 kali seminggu adalah baik sehingga mereka mula merangkak.
- Mandikan mereka setiap hari dengan air suam untuk menghilangkan perengsa kulit.
- Elakkan menggunakan sabun yang keras kerana ia meningkatkan sensitiviti kulit untuk si kecil.
- Gunakan sabun cecair dengan sifat pembersihan yang lembut untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.
- Gosok kulit anak anda dengan lembut dan bukannya menggosok dengan kuat.
- Elakkan anak daripada berendam dalam mandian air suam untuk tempoh yang lama.
- Hanya bilas bayi dalam mandian air suam jika mereka dalam keadaan bersih pada waktu malam.
Pastikan anak selesa semasa menggunakan sabun mandi untuk kulit sensitif dan gatal
Sesetengah anak mungkin akan mendapati masa mandi bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kerana keadaan kulit mereka yang kering dan sensitif. Bahkan mungkin mereka melihat masa mandi sebagai sesuatu yang menakutkan.
Untuk anak yang lebih besar usianya, ikuti langkah-langkah ini supaya mereka sentiasa selesa dan mendapati masa mandi menjadi lebih menyenangkan.
- Mandi bersama anak anda supaya mereka berasa selamat
- Benarkan anak anda memilih mainan kegemaran mereka untuk bermain di dalam bilik mandi
- Benarkan anak anda duduk atau bermain di dalam tab mandi tanpa air di dalamnya dengan pengawasan anda
Kesimpulan
Untuk mengelakkan iritasi, tindak balas alahan dan kekeringan, adalah penting untuk memilih sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal-gatal yang bersesuaian dengan si manja.
Sentiasa baca label sesuatu produk sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Adalah penting untuk membaca tentang bahan yang digunakan dalam produk dan mengetahui bagaimana bahan tertentu boleh membahayakan bayi terutamanya dalam sabun mandi baby.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keadaan kulit bayi, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
[embed-health-tool-child-growth-chart]