Risau Bila Ruam Merah Tumbuh Pada Kulit Bayi, Ibu Kena Peka PENYEBAB Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Ibu tahu tak yang sabun pencuci baju untuk anak juga boleh menjadi punca alahan kulit si manja? Usah risau, ada cara untuk mengesahkan sama ada anak ada alahan atau tidak. 

Penggunaan sabun pencuci baju untuk anak

Di pasaran penuh dengan produk pencuci pakaian bayi yang kononnya disyorkan oleh pakar dermatologi. 

Biasanya untuk si manja, kebanyakan ibu akan memilih menggunakan sabun pencuci baju hipoalergenik lembut bagi membantu melindungi kulit bayi yang halus dan sensitif

Jadi bilakah masa yang sesuai untuk mula membasuh pakaian atau barangan si manja dengan produk cucian keluarga biasa? 

Menurut pakar dermatologi, tiada waktu yang khusus untuk menukar produk sabun basuh baju. Ini kerana ia bergantung pada keadaan kulit bayi dan sejarah keluarga anda. 

Bagi kanak-kanak dengan alahan kulit, mungkin lebih cenderung terdedah kepada risiko alergi produk pencuci pakaian. 

Sejarah keluarga yang mengalami dermatitis atopik (ekzema) juga boleh menyebabkan bayi mempunyai risiko tinggi untuk mengalami alahan kepada sabun pencuci baju. 

2 jenis alahan kulit kanak-kanak

Bagi sesetengah kanak-kanak, pakaian atau bahan pencuci boleh menyebabkan dua jenis masalah kulit:

  • Kerengsaan

Ruam yang gatal dan merah ini biasanya timbul dengan segera – misalnya apabila anak anda memakai sweater bulu. 

Pun begitu, kerengsaan hilang dengan cepat apabila mereka menghilangkan perengsa.

Alahan kulit ini juga muncul sebagai ruam gatal yang merah, tetapi biasanya tidak bersentuhan langsung. 

Sekiranya anak anda benar-benar alergi terhadap bahan pencuci pakaian atau pelembut kain, anda mungkin tidak akan melihat kemerahan atau gatal hingga tempoh seminggu.

Tip hentikan alahan kesan sabun pencuci baju

Sekiranya pencuci pakaian atau pelembut kain mengganggu kulit anak anda, pakar mengesyorkan supaya ibu bapa:

sabun pencuci baju

  1. Gunakan bahan pencuci dan pelembut kain tanpa pewarna, bebas pewangi

Selalunya aroma dan pewarna yang menjadi punca masalah. 

Sebilangan besar bahan pencuci pakaian dan pelembut kain juga boleh menjadi faktor penyumbang alahan kulit. Ini termasuklah beberapa produk yang dipasarkan untuk cucian bayi. 

Jadi, berwaspadalah. Cari pencuci berlabel bebas aroma/wangian dan tanpa pewarna.

  1. Kekal dengan 1 jenis sabun

Jangan membeli sebarang jenama yang mempunyai promosi. 

Mengubah pencuci boleh menjadikannya lebih sukar untuk mengetahui apa yang menyebabkan masalah kulit pada si manja.

  1. Bilas pakaian 2x

Sebaiknya, basuhlah pakaian anak sebanyak 2x setiap kali sesi membasuh. Ini adalah untuk memastikan semua sisa sabun pencuci baju dikeluarkan daripada pakaian.

  1. Basuh sebelum dipakai

Tidak dinafikan ada sesetengah individu yang mengamalkan tabiat memakai terus pakaian yang baru dibeli di kedai. Ia bukanlah 1 tabiat yang digalakkan. 

Bahkan, bukan semua kanak-kanak boleh terus memakai pakaian daripada kedai. 

Ini kerana sesetengah kulit kanak-kanak mungkin akan mengalami ruam kerengsaan kesan daripada pembebasan formaldehid yang ada pada pakaian baharu.

Jadi seeloknya, basuh setiap pakaian anak sebelum memakaikannya pada mereka. 

Punca lain alahan kulit

Dalam kebanyakan kes berkaitan masalah kulit, ia selalunya tidak berkaitan dengan sabun pencuci baju.

Alergi terhadap makanan, ubat-ubatan, debunga, tumbuh-tumbuhan atau gigitan serangga juga boleh menyebabkan ruam kulit yang gatal.

Ruam gatal kemerahan yang timbul mungkin bukan disebabkan oleh pencuci pakaian jika anak anda juga mempunyai:

  • Kesukaran untuk bernafas, nafas berdehit atau batuk
  • Bengkak pada kelopak mata atau bibir
  • Mengalami muntah atau cirit-birit

Sabun pencuci sebagai pencetus alahan atau tidak?

Kaedah paling cepat dan mudah untuk mengetahui adakah ruam disebabkan oleh bahan pencuci atau sesuatu yang lain adalah dengan memeriksa lampin anak anda. 

Ia adalah bahagian di mana pakaian tidak menyentuh kulit mereka. Jika ruam ada, alahan kulit bukan disebabkan oleh sabun pencuci baju. 

Bahkan, jika ruam dicetuskan oleh bahan pencuci biasanya ia akan menjadi lebih teruk pada bahagian lengan dan kaki. 

Ini kerana pada kawasan itu, pakaian akan lebih ketat dan lebih bersentuhan dengan kulit. 

ruam kulit

Kesimpulan

Sesetengah bahan pencuci pakaian mengandungi bahan kimia yang mencetuskan dermatitis sentuh. Ini adalah ruam yang berlaku apabila sesuatu yang merengsakan kulit menyentuhnya.

Bayi dan kanak-kanak dengan keadaan ekzema mungkin lebih cenderung mendapat masalah dermatitis ini berbanding mereka yang tidak mengalaminya. 

Berundinglah dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan cadangan mengenai sabun pencuci baju yang bersesuaian digunakan untuk si manja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

Kulit kering sekitar mulut boleh berpunca daripada pelbagai masalah, termasuk dermatitis perioral, alergi dan kerengsaan akibat penggunaan produk tertentu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Pening Kepala Kalau Bau Perfume Kuat Sangat? Mungkin Anda Ada Alahan Minyak Wangi

Tahukah anda, ada individu yang akan alami alahan kulit jika mereka terdedah dengan minyak wangi? Alahan jenis ini berbahaya dan perlukan perhatian doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Alahan, Alahan Kulit 11/01/2021 . 3 minit bacaan

Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

Sekiranya ada masalah kulit ini, anda haruslah bijak untuk memilih sabun untuk ekzema! Bagaimana untuk memilihnya? Jom klik artikel ini untuk tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Dermatitis, Kesihatan Kulit 11/01/2021 . 3 minit bacaan

Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

Alahan juga boleh tercetus melalui barang kemas anda seperti alahan emas dan perak. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Adakah ia hanya berpunca daripada emas?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Alahan, Alahan Kulit 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kulit tangan mengelupas

Ish, Gatalnya Tangan Lepas Masak! Jangan Terkejut, Berpeluh Di Dapur Juga Boleh Jadi Punca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
ruam ketiak kulit

Usah Abaikan Ruam Di Ketiak! Kenal Pasti Punca & Cara Mudah Rawat Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
jenis alahan

7 Barang Di Rumah Yang Boleh Jadi Punca Alahan! Jaga-Jaga, Kondom Turut Tersenarai!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
dermatitis atopik dan ekzema

Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan