Sebelum kelahiran, rahim yang mengandungi air ketuban merupakan rumah pertama bayi anda. Sebagai salah satu daripada sistem sokongan kehidupan bayi, air ketuban ini akan meliputi sepenuhnya bayi anda ketika mereka berada dalam rahim. Kadangkala, amaun air ketuban ini mungkin terlalu banyak atau terlalu sedikit, seterusnya mengakibatkan infeksi kepada plasenta.
Dari manakah datangnya air ketuban?
Air ketuban ini akan melalui sistem peredaran darah ketika awal minggu ke-14 kehamilan. Ketika permulaan trimester yang kedua, bayi akan mula menelan air ketuban dan kemudiannya mengeluarkannya melalui sistem urin. Seterusnya, mereka akan mengulangi proses ini dalam tempoh beberapa jam demi memastikan amaun air ketuban berada pada tahap yang sama.
Secara amnya, kebanyakan cecair air ketuban ini datangnya daripada sistem urin bayi dalam kandungan anda. Oleh itu, bayi memainkan peranan pentung dalam mengekalkan amaun air ketuban dalam rahim anda. Jika sistem ini tidak berjalan seperti sepatutnya, ia akan mengakibatkan amaun air ketuban menjadi terlalu banyak atau terlalu sedikit dan seterusnya mengakibatkan pelbagai komplikasi lain.