home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

7 Tip Penjagaan Kulit Bayi Yang Berguna, Pastikan Juga Anda Pilih Produk Bayi Yang Tepat!

7 Tip Penjagaan Kulit Bayi Yang Berguna, Pastikan Juga Anda Pilih Produk Bayi Yang Tepat!

Kulit bayi anda sangat lembut dan licin sehingga anda tidak boleh menahan diri dari mencium dan menyentuhnya. Walau bagaimanapun, mengekalkannya adalah tidak mudah. Berbeza dengan organ lain, kulit memerlukan hampir 9 bulan untuk berkembang dengan sempurna di dalam rahim. Kebanyakan bayi mempunyai sedikit jerawat bayi – disebabkan oleh hormon ibu. Menjaga kulit yang muda dan sensitif memakan masa dan tenaga.

Apa yang perlu dibuat untuk jerawat bayi?

Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah dengan memastikan ia sentiasa kering dan bersih dan menahan diri anda dari memecahkan jerawat tersebut kerana ia boleh menyebabkan parut kekal. Jerawat tersebut akan hilang dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika masalah ini berkekalan atau semakin buruk dengan kegatalan dan ketidakselesaan, anda harus meminta nasihat dari doktor memandangkan ia mungkin disebabkan penyakit kulit lain seperti ekzema.

Adakah produk yang direka untuk bayi benar-benar selamat?

Tidak semestinya. Banyak produk penjagaan kulit dan rambut yang dilabel “untuk bayi” mengandungi banyak bahan rengsa. Sesetengah bayi boleh menggunakan produk tersebut dengan selamat manakala ada bayi yang mengalami iritasi pada kulit. Tambahan pula, bahan tambahan seperti parabens dan phthalates – dibutyl phthalate (DBP), dimethylphthalate (DMP) dan diethyl phthalate (DEP) menjadi kebimbangan. Bukti saintifik menunjukkan bahawa pendedahan kepada bahan-bahan tersebut boleh mendatang kesan negatif terhadap kadar hormon badan manusia, menyebabkan masalah pembesaran. Walaupun kajian dalam bidang ini masih terhad kerana kebanyakannya dijalankan ke atas haiwan, tiada juga bukti yang menunjukkan ia selamat.

Bagaimana ingin memilih produk untuk bayi?

Jika anda ingin mengelakkan diri dari bahan yang berpotensi membahayakan kesihatan, berikut adalah beberapa tip untuk anda:

−Berpegang kepada yang asas. Bayi anda tidak memerlukan terlalu banyak sabun dan syampu. Sabun kosong dan air sudah cukup. Selain itu, bayi kecil tidak perlu mandi terlalu kerap. 2 ke 3 kali seminggu sudah memadai. Jika anda memandikan bayi anda terlalu kerap, anda mungkin menyebabkan kulitnya kering.

−Cari bahan semula jadi. Penggunaan produk berasaskan minyak sayur-sayuran adalah dinasihatkan. Walaupun tidak semua bahan semula jadi adalah selamat untuk kulit sensitif – sebahagiannya masih bioleh menyebabkan tindak balas alahan, sekurang-kurangnya ia adalah pilihan yang lebih selamat untuk kulit bayi.

−Ringkas adalah yang terbaik. Jika senarai bahan produk itu terlalu panjang dan anda tidak boleh menyebut kebanyakan bahannya, lebih baik gunakan produk yang lebih ringkas. Menggunakan produk dengan bahan yang lebih sedikit boleh membantu mengurangkan bayi anda terdedah kepada bahan berbahaya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Taking Care of Baby’s Sensitive Skin. http://www.webmd.com/children/features/infant-skin#1 Accessed April 06, 2017

5 Tips for Baby’s Skin. http://www.parenting.com/article/baby-skin-tips Accessed April 06, 2017

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim pada 16/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x