Ingin tahu bagaimana cara memandikan bayi baru lahir? Mari Hello Doktor bantu anda memahami cara mandikan bayi, semoga ia memberi manfaat!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ingin tahu bagaimana cara memandikan bayi baru lahir? Mari Hello Doktor bantu anda memahami cara mandikan bayi, semoga ia memberi manfaat!
Memandikan si manja baru lahir boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan. Apatah lagi dengan badan dan kulit bayi yang licin.
Pun begitu, lama-kelamaan pastinya tugasan memandikan si kecil akan menjadi mudah.
Umumnya, bayi tidak perlu dimandikan setiap hari. 3 kali seminggu mungkin sudah mencukupi sehinggalah anda lebih yakin untuk menggendalikan mereka.
Kulit si manja juga cenderung menjadi kering jika dimandikan terlalu kerap.
Hakikatnya ia terpulang kepada anda.
Sebaiknya anda disarankan memilih masa yang terluang atau kurang untuk diganggu.
Kebanyakan ibu bapa lebih memilih waktu pagi, ketika bayi lebih berwaspada.
Ada juga yang lebih gemar menjadikan amalan mandi pada waktu malam sebagai rutin sebelum tidur. Ia bertujuan untuk memberikan ketenangan kepada bayi sebelum tidur.
Sekiranya anda ingin mandikan bayi selepas menyusu, seeloknya tunggu sehingga perut mereka berada dalam keadaan selesa sedikit.
Jadi apakah cara memandikan bayi baru lahir yang paling mudah untuk dilakukan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Terdapat 2 cara untuk memandikan si manja, sama ada mandian span atau di dalam tab.
Sebelum memandikan bayi, pastikan semua keperluan sudah tersedia, seperti:
American Academy of Pediatrics mengesyorkan mandi span sehingga tunggul tali pusat tercabut sendiri – biasanya untuk tempoh 1 atau 2 minggu.
Untuk cara memandikan bayi baru lahir ini, anda perlu:
Sudah selesai cara mandikan bayi menggunakan span. Kini si manja sudah segar dan bersedia untuk dipakaikan lampin dan pakaian bersih!
Baca juga:
Apa Bayi Buat 24 Jam Selepas Keluar Daripada Perut Ibu? Fakta #4, Baby Tak Perlu Mandi!
Bagaimana pula dengan cara memandikan bayi baru lahir di dalam tab mandian?
Apabila bayi sudah bersedia untuk mandian dalam tab, bagi sesi yang pertama, ia perlu dilakukan dengan cepat.
Tahniah! Anda sudah mengetahui cara mandikan bayi.
Sarungkan bayi lampin dan pakaian bersih serta jangan lupa untuk sapukan losyen bagi melindungi tahap kelembapan kulit si manja.
Untuk bantu bayi menyukai masa mandi, anda boleh meletakkan tangan pada perut mereka dengan lembut.
Di samping itu, meletakkan kain lap basah suam pada dada dan perut juga menjadi pilihan terbaik.
Ini membolehkan bayi berasa selamat semasa mandi.
Sekiranya anda mencuba cara memandikan bayi baru lahir dan si manja tampak seakan tidak menyukainya, berikan mereka cara mandian ‘top and tail’ dan mandian yang betul secara berselang seli.
Mandian ‘top and tail’ adalah dengan menggunakan kapas dan air suam untuk membilas bahagian mata dan wajah si manja, serta kain lap pada tangan dan bahagian bawah badan.
Pada amnya, bayi akan memerlukan tempoh masa sekitar 3 bulan untuk membiasakan diri dengan rutin mandian ini.
Namun, perkara penting yang harus diingat adalah JANGAN membiarkan si manja sendirian, terutamanya dalam tab mandian walaupun untuk tempoh sesaat!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen