Pastinya ia perkara yang menakutkan apabila melihat najis bayi berdarah. Tetapi apakah punca najis berdarah itu? Adakah didasari oleh masalah kesihatan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pastinya ia perkara yang menakutkan apabila melihat najis bayi berdarah. Tetapi apakah punca najis berdarah itu? Adakah didasari oleh masalah kesihatan?
Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel Hello Doktor ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Najis bayi berdarah boleh kelihatan berbeza bergantung pada puncanya. Warna dan intensitinya dapat membantu doktor mengenalpasti punca pendarahan.
Antara simptom yang mungkin dialami anak:
Berikut antara sebab najis berdarah dialami kanak-kanak:
Lebih 90% kanak-kanak mengalami berak berdarah disebabkan fisur dubur – luka kecil pada lapisan dalam dubur yang biasanya berpunca daripada berak keras.
Cirit-birit juga boleh merengsakan lapisan dalaman ini dan menyebabkan fisur.
Jika ini penyebab si kecil berak berdarah, anda akan melihat kesan darah merah terang pada najis atau tisu tandas selepas membasuh dubur.
Fisur dubur juga boleh mengakibatkan rasa sakit dan kegatalan yang teruk semasa atau selepas buang air besar.
Jangkitan bakteria, virus dan parasit dalam saluran penghadaman anak boleh mengakibatkan cirit-birit berdarah.
Jika najis bayi berdarah disebabkan jangkitan pada usus, mereka cenderung akan demam panas, sakit perut, kelesuan dan mudah meragam.
Merupakan keadaan kronik yang menyebabkan kerengsaan usus.
Terdapat 2 jenis IBD yang melibatkan fungsi sistem imun tidak normal:
IBD biasanya didiagnosis pada remaja dan individu dewasa. Tetapi 4% anak kecil bawah usia 5 tahun mengalami gejalanya.
Simptom IBD yang biasa adalah:
Anak yang pernah mengalami sembelit atau cirit-birit kerap berisiko terkena abses anus dan rektum.
Abses berlaku apabila rongga dubur dipenuhi jangkitan – biasanya bakteria dan nanah. Fistula dubur berkembang apabila abses tidak sembuh dan pecah pada permukaan kulit.
Kedua-dua keadaan ini amat menyakitkan!
Selain mudah marah, si kecil dengan keadaan ini akan mempunyai benjolan atau bengkak sekitar dubur dan mengeluarkan lendir.
Polip kolorektal jarang dialami anak kecil. Polip juvenile adalah jenis polip paling biasa menjadi punca najis bayi berdarah dan kesakitan perut.
Ia tumbuh pada usus besar dan berkembang sebelum berusia 10 tahun – terutama antara usia 2 hingga 6 tahun.
Baca juga:
Pemeriksaan doktor bagi mendiagnosis masalah najis bayi berdarah dilakukan dengan memeriksa bahagian luar dubur dan rektum.
Ujian lain yang mungkin dilakukan adalah:
Rawatan akan bergantung kepada penyebab pendarahan, seperti:
Cara terbaik untuk atasi sebab najis berdarah adalah melalui 3F:
Pastikan pengambilan cecair harian anak mencukupi dan mengambil makanan tinggi serat.
Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal – turut dapat menurunkan risiko fisur dubur.
Memastikan dubur anak dicuci selepas berak dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan jika mereka alami fisur dubur.
Basuh dan lap dubur dengan perlahan setiap kali selepas anak membuang air besar, okay?
Berendam air suam dapat mengurangkan ketidakselesaan disebabkan fisur dubur. Rendaman air cetek ini dapat membersihkan perineum.
Berikan anak berendam dalam tab mandian mereka. Tambahkan garam atau serbuk penaik untuk memberikan kesan menenangkan.
Sehingga luka sembuh, sapukan jeli petroleum atau krim zink oksida sekitar dubur.
Ia membantu melindungi dubur daripada kerengsaan dan memudahkan pengeluaran najis.
Ubat antiparasit dan antibiotik boleh digunakan untuk merawat jangkitan saluran pencernaan berpunca daripada parasit dan bakteria sebab najis berdarah.
Antibiotik juga boleh mengubati abses dan fistula, IBD – terutamanya kolitis ulseratif bahagian kiri dan penyakit perianal.
Ubatan seperti 5-aminosalicylates, boleh digunakan untuk merawat keadaan najis bayi berdarah disebabkan penyakit Crohn dan kolitis ulseratif.
Ubat lain yang boleh digunakan merawat IBD:
Pembedahan mungkin disaran untuk membuang polip atau merawat kawasan pendarahan.
Adakalanya pendarahan dapat dihentikan dengan suntikan bahan kimia semasa endoskopi GI atas atau bawah.
Endoskopi GI turut digunakan untuk mendiagnosis sebab najis berdarah.
Lakukan pemeriksaan doktor jika anak mengalami berak berdarah, terutamanya jika mereka kelihatan sangat sakit atau mengalami:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen