Jika senarai kandungan tersebut tidak menakutkan anda, mungkin dua senarai ramuan seterusnya mungkin akan menggerunkan anda. Yang pertama, organisma diubahsuai secara genetik (genetically-modified organisms (GMO)). Ia mengandungi glysophate, yang merupakan karsinogen yang bertanggungjawab untuk kanser.
Ramuan yang kedua adalah carageenan – iaitu derivatif rumput laut merah yang ditambah kepada makanan untuk menjadikan tekstur makanan lebih likat dan mengelakkan daripada terurai. Terdapat kajian turut mengaitkan carageenan kepada masalah berkaitan keradangan usus serta kanser.
Walaupun terdapat sesetengah syarikat telah menggunakan pendekatan bebas GMO dan carageenan dalam penyediaan produk susu alternatif, namun masih terdapat syarikat pengeluaran masih memasukkan bahan-bahan ini ke dalam produk mereka.
Risiko penyakit
Lebih membimbangkan, produk susu alternatif cenderung mengandungi jumlah gula atau pemanis tiruan yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi, seperti yang kita ketahui, menyumbang kepada pelbagai risiko penyakit kronik. Ini termasuk obesiti dan penyakit jantung, serta masalah kesihatan seperti keradangan dan tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, ia mungkin lebih baik sedikit daripada pengambilan minuman soda yang lebih banyak kandungan gula.
Jika dilihat daripada aspek persaingan sesama pengeluar, terdapat sesetengah produk susu alternatif ini mungkin telah diperkayakan dengan kandungan nutrisi untuk menampakkan ia sebagai satu produk yang lebih “sihat” dan mampu menarik minat pembeli.
Tetapi hakikatnya, komposisi nutrien tambahan yang terkandung di dalam produk ini mungkin tidak dapat membekalkan badan kita dengan vitamin dan mineral yang diperlukan sama seperti produk tenusu.
Menurut penjelasan daripada pakar, badan kita mungkin tidak akan dapat menyerap zat dan nutrien daripada produk susu alternatif berasaskan tumbuhan sama seperti penyerapan produk tenusu.
Ini kerana secara hakikatnya, badan kita memproses setiap jenis makanan atau cecair yang dimakan secara berbeza. Berdasarkan teori ini, didapati bahawa struktur dan komponen produk tenusu, apabila dibandingkan dengan produk susu alternatif, menjadikan kandungan nutrisi lebih “bioavailable” – satu istilah yang digunakan oleh pakar pemakanan.
Kesimpulannya
Jika anda mempunyai anak berusia 5 tahun ke bawah, yang mungkin mempunyai masalah berkaitan intoleransi atau alahan kepada susu lembu, mungkin susu alternatif merupakan pilihan terakhir untuk membantu anak anda memperolehi nutrisi yang diperlukan. Tetapi sebaiknya, dapatkan nasihat dan berundinglah dengan pakar pediatrik atau pakar pemakanan yang bertauliah sebelum memberikan anak anda sebarang produk susu alternatif. Ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah dan dipandang remah.
Janganlah secara membuta tuli membuat keputusan untuk mendengar dan mempercayai saranan mahupun nasihat daripada jiran sebelah rumah ataupun Dr Google, terutamanya dalam hal berkaitan kesihatan dan penjagaan diri serta keluarga.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut: