Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
4 Punca Anak Kerap Sembelit, Antara Sebabnya Ibu Suka Bagi Makanan Ini!
Corak usus setiap kanak-kanak adalah berbeza seperti juga orang dewasa dan suatu kebiasaan pada anak anda boleh menjadi suatu yang berbeza bagi kanak-kanak yang lain. Perkara lazim yang ibu bapa sering berdepan dalam membesarkan anak adalah masalah sembelit kanak-kanak.
Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pergerakan usus sebanyak 1 atau 2 kali sehari. Sementara kanak-kanak lain 2 atau 3 kali sehari sebelum melepaskan najis yang normal.
Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mungkin mempunyai najis yang keras, kering, dan sukar atau menyakitkan. Keadaan ini mungkin berlaku setiap hari atau kurang kerap.
Jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, ia kemungkinan petanda mereka mengalami sembelit.
Masalah sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu juga.
#2 Menahan
Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit.
Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras.
Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.
#3 Darah pada najis
Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan luka di sekeliling dinding dubur.
#4 Perut jadi keras
Perut keras boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.
Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya.
Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.
Selain daripada simptom-simptom di atas, anda juga dapat melihat bahawa anak anda menyilang kakinya, riak wajah tidak menyenangkan, meregang, menepuk punggungnya, atau memusingkan tubuhnya di atas lantai.
Punca masalah sembelit kanak-kanak
Pelbagai faktor boleh menjadi punca anak sembelit.
Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah sembelit kanak-kanak, termasuk:
Tahan air besar. Anak anda mengabaikan keinginan untuk membuang air besar kerana dia takut akan tandas atau tidak mahu berhenti daripada bermain. Sesetengah kanak-kanak akan menahan buang air besar apabila mereka jauh dari rumah kerana mereka tidak selesa menggunakan tandas awam
Perubahan diet. Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat boleh menyebabkan sembelit. Salah satu sebab biasa menyebabkan kanak-kanak sembelit apabila mereka bertukar daripada diet cecair semua kepada diet yang mengandungi makanan pepejal
Perubahan rutin. Sebarang perubahan pada rutin anak anda – seperti melancong, cuaca panas atau stres – boleh mengganggu fungsi usus. Kanak-kanak juga lebih cenderung untuk mengalami sembelit apabila mereka mula bersekolah luar dari rumah
Pemakanan punca menyebabkan masalah sembelit kanak-kanak
Selain daripada punca-punca di atas, pemakanan memainkan fungsi yang penting dalam kesihatan anak anda, terutama semasa tahun-tahun terawal kehidupannya.
Sesetengah jenis makanan tertentu boleh menyebabkan sembelit dalam kalangan bayi.
Makanan manis
Gula-gula, biskut, dan snek adalah antara makanan manis yang digemari oleh kanak-kanak.
Jenis-jenis makanan sebegini selalunya mengandungi amaun gula yang banyak dan juga kurang fiber (serat).
Bawa anak berjumpa doktor jika alami simptom di atas.
Pisang
Pisang ialah salah satu buah-buahan yang berkhasiat dan banyak manfaat.
Pisang mengandungi banyak vitamin serta nutrien. Tetapi pisang boleh menjadi punca sembelit kanak kanak jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Anda boleh memberikan anak anda sebiji pisang pada selang 2-3 hari sekali.
Makanan tambahan serat tanpa preskripsi atau pelembut najis. Jika anak anda tidak mendapat serat yang cukup di dalam diet, tambahkan makanan tambahan serat tanpa preskripsi seperti Metamucil atau Citrucel. Walau bagaimanapun, anak anda perlu minum sekurang-kurangnya 32 auns (lebih kurang 1 liter) air setiap hari bagi membolehkan produk ini berfungsi dengan baik. Periksa dengan doktor bagi mengetahui dos yang tepat untuk umur dan berat anak anda
Supositori gliserin boleh digunakan untuk melembutkan najis bagi kanak-kanak yang tidak boleh menelan pil. Tanya doktor kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk menggunakan produk ini
Laksatif atau enema. Jika bahan najis yang terkumpul menyebabkan sekatan, doktor akan menyarankan supaya menggunakan laksatif atau enema bagi membantu menghilangkan sekatan tersebut. Contohnya termasuklah polyethylene glycol (Glycolax, MiraLax, lain-lain) dan minyak mineral
Jika terdapat sebarang keraguan mengenai keadaan masalah sembelit anak, bawalah mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Constipation in Children, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/abdominal/Pages/Constipation.aspx, Accessed May 30 2019.
Constipation in Children, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation-in-children/symptoms-causes/syc-20354242, Accessed May 30 2019.
Constipation in children, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation-in-children/diagnosis-treatment/drc-20354248, Accessed May 30 2019.
Constipation in Children, https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/constipation-children, Accessed May 30 2019.
Why is my infant constipated?, https://www.gutsense.org/constipation/infant.html, Accessed May 30 2019.
Constipation in children. https://www.nhs.uk/conditions/baby/health/constipation-in-children/. Accessed Aug 28, 2022.
Constipation in children. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/constipation-in-children. Accessed Aug 28, 2022.
Versi Terbaru
28/04/2025
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim