Susu untuk anak 1 tahun ke atas adalah antara sumber nutrien dan khasiat penting dalam diet pemakanan si kecil. Tetapi jika diambil secara berlebihan, 3 kesan buruk ini boleh terjadi pada mereka!
Dapatkan info lain tentang Keibubapaan, di sini.
Susu untuk anak
Susu adalah bahagian penting dalam diet anak kerana ia menyediakan kalsium dan vitamin D, membantu proses pertumbuhan tulang yang kuat.
Kebanyakan susu untuk anak yang berusia di bawah 2 tahun haruslah susu lembu penuh krim (whole milk) bagi memenuhi keperluan lemak makanan untuk tumbesaran dan perkembangan otak.
Sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau memiliki sejarah keluarga dengan obesiti, kolesterol tinggi atau masalah jantung, doktor mungkin akan mengesyorkan pengambilan susu kurang lemak.
Manakala susu yang diberikan pada anak berusia 2 tahun, anda boleh menukar kepada susu rendah lemak atau tanpa lemak.
Secara umumnya, ketika anak berusia antara 12 hingga 18 bulan merupakan masa yang sesuai untuk beralih kepada penggunaan botol susu kepada cawan.
Tetapi elakkan daripada melakukannya secara mendadak.
Sebaiknya, secara perlahan-lahan kurangkan sesi penyusuan botol, bermula pada waktu hidangan makanan.
Tawarkan kepada si kecil untuk minum susu lembu penuh krim secara terus daripada cawan.
Namun, ada perkara yang perlu ibu fahami.
Sesetengah anak mungkin tidak akan menyukai rasa susu penuh krim kerana ia berbeza berbanding susu ibu atau formula yang sering digunakan.
Jika itu situasi yang dialami, ibu boleh mencampurkan susu penuh krim ini dengan susu formula atau susu ibu.
Secara perlahan-lahan, kurangkan kuantitinya sehingga ia menjadi 100% susu lembu penuh krim.
Bagaimana pula dengan pengambilan harian susu untuk anak 1 tahun ke atas?
Jumlah saranan susu untuk anak 1 tahun dan ke atas
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), air dan susu adalah 2 jenis minuman terbaik untuk diberikan kepada anak kecil.
AAP mengesyorkan kuantiti susu untuk anak 1 tahun hingga 2 pada 2-3 cawan (473 hingga 708 mL).
Manakala untuk anak yang berusia 2 hingga 5 tahun pula boleh mengambil susu antara 2-2.5 cawan (473 hingga 591 mL) susu rendah lemak atau krim setiap hari.
Berdasarkan garis panduan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun boleh minum sehingga 591 mL susu setiap hari, ia mungkin idea terbaik untuk membataskan pemberian susu.
Eh, kenapa pula?
Jika anak anda merupakan seorang yang minum susu dengan kuat/banyak, tabiat itu berkemungkinan boleh mengganggu amalan pemakanan seimbangnya.
Bagi anak kecil berusia 2 tahun, terutamanya yang cerewet tentang pemakanan, mereka berkemungkinan akan lebih memilih susu berbanding makanan lain.
Menghadkan pengambilan susu ketika memperkenalkan pelbagai makanan dapat membantu anak mengembangkan tabiat makan lebih baik.
Pun begitu, seandainya anak mengamalkan pemakanan pelbagai dan seimbang, tumbesaran normal serta tidak mempunyai sejarah keluarga dengan obesiti, mereka boleh mengambil susu dalam jumlah yang disarankan.
Risiko pengambilan susu untuk anak 1 tahun ke atas secara berlebihan
Walaupun susu adalah minuman berkhasiat untuk si kecil, pengambilan terlalu banyak boleh menjadi tidak sihat.
Berikut adalah risiko utama sekiranya anak minum susu terlalu banyak:
1. Sembelit
Satu masalah biasa yang kerap berlaku jika anak minum susu terlalu banyak adalah sembelit.
Keadaan ini kerana susu mengenyangkan tetapi tidak mengandungi serat.
Maka anak berisiko untuk sembelit kerana minum terlalu banyak susu dan kurang mengambil makanan yang mengandungi serat.
Ia boleh menjadi 1 masalah bagi anak yang minum susu lebih daripada 473 hingga 591 mL susu setiap hari.
Baca juga: