backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Ada Anak Autisme? Ini 9 Cara Terbaik Bantu Perkembangan Anak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/11/2021

    Ada Anak Autisme? Ini 9 Cara Terbaik Bantu Perkembangan Anak

    Membesarkan anak istimewa pastinya satu cabaran. Ingin tahu cara terbaik bagi ibu bapa untuk mendidik anak autisme di rumah? Berikut 9 cara yang boleh bantu perkembangan anak. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkan di sini. 

    Bolehkah mendidik anak autisme?

    Bukan mudah menjaga dan membesarkan anak yang menghidap gangguan spektrum autisme (autism spectrum disorder, ASD).

    Wujud rasa rungsing dan bimbang apabila ada mengatakan bahawa anak dengan ASD sukar untuk dipulihkan. Tetapi benarkah?

    Jika anda sedang mencari-cari kaedah membantu dan mendidik anak autisme yang sesuai ketika berada di rumah, mungkin artikel ini akan dapat membantu.

    Ini kerana terdapat banyak cara untuk bantu perkembangan anak dengan ASD dalam memperolehi kemahiran baru.

    Cara mendidik anak autisme

    Hello Doktor akan kongsikan dengan ibu bapa cara untuk membantu anak yang menghidapi autisme bagi mengembangkan kemahiran baharu.

    Struktur dan keselamatan

    Berikut langkah untuk memudahkan tugasan harian bagi anda dan anak dengan ASD:

  • Konsisten
  • Anak ASD sukar mengaplikasi apa yang dipelajari dalam sekolah kepada tempat lain seperti rumah.

    Cuba terapkan persekitaran yang sama untuk bantu memperkukuhkan pembelajaran sekali gus bantu perkembangan anak.

    Anda mungkin boleh menjalankan terapi di lebih daripada 1 tempat untuk mendorong anak mengaplikasikan apa dipelajari di persekitaran lain. 

    Selain itu, anda perlu konsisten dalam cara berkomunikasi dengan si kecil dan cuba tangani tingkah laku yang mencabar.

    1. Rutin sama

    Untuk mendidik anak autisme, anda perlu wujudkan 1 jadual rutin yang sama setiap hari.

    Ini kerana anak ASD cenderung melakukan yang terbaik apabila mempunyai jadual rutin tersusun.

    Sediakan jadual untuk anak berkaitan waktu makan, sesi terapi, persekolahan dan waktu tidur. 

    mendidik anak autisme

    1. Ganjaran

    Galakan positif dapat bantu perkembangan anak ASD, jadi sebaiknya cuba untuk memberikan ganjaran setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik. 

    Anda boleh memberikan pujian, pelekat atau membenarkan anak bermain permainan kegemaran setiap kali mereka berkelakuan baik.

    1. Zon selamat di rumah

    Cipta ruang peribadi di rumah untuk anak boleh berehat dan berasa selamat. Ini melibatkan cara mengatur dan menetapkan had yang mudah difahami anak.

    Menggunakan petunjuk visual juga boleh membantu dengan menandakan pita berwarna dan label bergambar.

    Kaedah bukan lisan untuk berkomunikasi

    Mendidik anak autisme berkomunikasi tidak hanya melibatkan lisan. Tetapi anda boleh berkomunikasi dengan cara melihat mereka, menggunakan nada suara serta bahasa badan.

    1. Fahami isyarat bukan lisan

    Jika anda memerhatikan si kecil, anda boleh belajar menggunakan petunjuk bukan lisan yang digunakan kanak-kanak dengan ASD berkomunikasi.

    Perhatikan nada suara, ekspresi muka dan pergerakan isyarat yang digunakan mereka sebagai tanda penat, lapar atau mahukan sesuatu. 

    1. Kenal pasti punca sebalik tantrum

    Pastinya kita akan berasa kecewa dan sedih apabila berasa diabaikan. Anak autistik juga mempunyai rasa yang sama.

    Apabila anak ASD mula tantrum, ia selalu disebabkan ibu bapa tidak dapat memahami atau membaca isyarat bukan lisan mereka. 

    Kemarahan yang ditunjukkan adalah cara mereka meluahkan rasa kecewa dan cubaan memancing perhatian anda. 

    mendidik anak autisme

    1. Masa bergembira

    Anak istimewa ASD tetap seorang kanak-kanak. Mereka juga perlu untuk mempunyai kehidupan lain selain hanya menghadap terapi semata-mata.

    Tetapkan rutin untuk anak bermain. 

    Cipta cara menyeronokkan bersama yang boleh menghadirkan senyuman kegembiraan, ketawa serta membolehkan mereka keluar daripada kepompong.

    Banyak manfaat boleh diperolehi untuk bantu perkembangan anak apabila anda menemani mereka bermain tanpa sebarang tekanan.

    1. Kepekaan deria anak 

    Perhatikan tahap kepekaan dan sensitiviti deria anak ASD. Kebanyakan anak autistik sangat sensitif terhadap cahaya, suara, sentuhan, rasa dan bau. 

    Fahami pemandangan, suara, bau, pergerakan atau sentuhan yang boleh memicu tindak balas tingkah laku positif dan negatif kepada anak. 

    Wujudkan rawatan autisme tersendiri

    Untuk mendidik anak autisme dan bantu perkembangan anak dengan ASD, anda harus menyedari bahawa setiap daripada mereka mempunyai spektrum autisme unik dan tersendiri

    Rawatan terapi untuk anak perlulah disesuaikan mengikut keperluan individu. Pastinya anda lebih memahami keadaan anak anda, seperti:

    mendidik anak autisme

    • Fahami kekuatan dan kelemahan mereka
    • Kenal pasti tingkah laku yang kerap mewujudkan masalah dan isu
    • Skil yang kurang pada anak
    • Kaedah pembelajaran terbaik untuk anak – mendengar, melihat atau mempraktikkannya
    • Perkara digemari anak

    Harus diingatkan, walau apa pun rawatan pilihan anda, penglibatan anda secara langsung adalah penting untuk memastikan kejayaan. 

    Kehadiran anda dapat membantu anak untuk mendapatkan hasil rawatan maksimum.

    Dapatkan sokongan

    Dalam mendidik anak istimewa ini, sokongan daripada individu sekeliling amat diperlukan. Tidak kira sama ada secara atas talian mahupun bersemuka.

    Jika anda memerlukan bantuan, jangan malu untuk memintanya daripada pasangan, ahli keluarga, rakan baik mahupun golongan profesional.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan