Situasi anak sakit ringan seperti demam adalah sebahagian daripada proses tumbesaran. Pun begitu, ada keadaan tertentu yang boleh menjejaskan kesihatan kanak kanak.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Situasi anak sakit ringan seperti demam adalah sebahagian daripada proses tumbesaran. Pun begitu, ada keadaan tertentu yang boleh menjejaskan kesihatan kanak kanak.
Tahap perkembangan bayi bermula selepas dilahirkan sehingga bulan-bulan pertama, adalah sangat pantas.
Bahkan, sebelum anda menyedarinya, si manja yang sebesar tapak tangan akan membesar menjadi kanak-kanak riang sehinggalah memasuki usia remaja.
Tidak dinafikan, ia adalah satu proses yang panjang dan mencabar bagi setiap ibu bapa, terutamanya dalam memastikan anak sentiasa sihat.
Malangnya, anak yang paling sihat juga boleh jatuh sakit.
Disebabkan itu adalah penting untuk ibu bapa mengetahui tanda dan gejala anak sakit yang biasa terjadi.
Terdapat beberapa keadaan berkaitan kesihatan kanak kanak seperti bantut dan alahan yang mungkin tidak dapat dielakkan.
Sesetengah kanak-kanak mungkin dilahirkan dengan masalah kesihatan. Contohnya, bibir atau lelangit sumbing yang jelas kelihatan semasa lahir.
Pun begitu, ada juga masalah kesihatan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, seperti kecacatan jantung.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Setiap ibu bapa pastinya tidak mahu melihat anak sakit, bukan? Tetapi adakalanya, ia adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan.
Berikut adalah antara 10 perkara penting yang melibatkan kesihatan kanak-kanak perlu diketahui oleh ibu bapa:
Anak kecil sememangnya terdedah kepada jangkitan dalam kehidupan seharian mereka dari pelbagai tempat dan individu sekeliling.
Disebabkan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan jadual vaksinasi direka untuk melindungi bayi dan anak kecil seawal mungkin.
Bayi dan anak kecil mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti penyakit kerana sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya.
Ini sekali gus menyebabkan tubuh mereka kurang mampu melawan jangkitan.
Di bawah merupakan antara jenis-jenis suntikan imunisasi kebangsaan perlu diambil bagi kanak-kanak di Malaysia daripada sejak lahir hingga usia 15 tahun.
Di bawah adalah antara keadaan paling biasa yang boleh menyebabkan anak sakit dan kebiasaannya tidak teruk:
Bercakap tentang penyakit berjangkit, terdapat begitu banyak jenis yang boleh menjejaskan tahap kesihatan kanak kanak.
Pun begitu, berikut antara penyakit berjangkit paling kerap terjadi:
Malnutrasi merujuk kepada kekurangan, kelebihan atau ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dan/atau nutrien seseorang.
Berikut antara masalah kekurangan zat makanan yang boleh dialami kanak-kanak:
Di Malaysia, isu berkaitan kekurangan zat makanan yang sering dialami adalah terbantut dan kegemukan.
Ini biasanya disebabkan oleh diet pemakanan anak yang tidak berkhasiat atau pengambilan makanan yang tidak mencukupi.
Gangguan perkembangan neurologi adalah kecacatan dalam fungsi otak yang mempengaruhi tingkah laku, ingatan atau kemampuan anak untuk belajar.
Antara penyakit neurologi yang menjejaskan perkembangan kanak-kanak yang sering terjadi adalah:
Terdapat kemungkinan besar keadaan kesihatan kanak-kanak yang dialami di atas adalah gangguan tingkah laku dan emosi sementara.
Dalam kebanyakan kes, ia boleh bertambah baik dengan kesabaran dan pemahaman daripada ibu bapa.
Masalah neurologi adalah disebabkan oleh disfungsi otak atau sistem saraf.
Ia boleh mengakibatkan gejala psikologi atau fizikal bergantung pada kawasan otak terlibat, yang menyebabkan gangguan.
Jika anak sakit disebabkan masalah pencernaan, ia biasanya ringan dan akan pulih dengan segera.
Berikut adalah 5 keadaan yang paling biasa terjadi:
Sememangnya kulit kanak-kanak adalah sangat sensitif berbanding individu dewasa. Berikut 2 keadaan kesihatan kanak-kanak melibatkan penyakit kulit yang paling kerap dialami:
Masalah penyakit kulit lain yang turut berisiko berlaku ialah:
Penyakit yang menjejaskan sistem pernafasan – hidung, tekak dan paru-paru – adalah sangat biasa menjadi punca anak sakit.
Ini terutamanya pada si kecil yang belum mengembangkan pertahanan tubuh terhadap virus dan bakteria.
Berikut antara penyakit saluran pernafasan biasa yang boleh dialami anak:
Sesetengah masalah kesihatan yang cenderung dialami individu dewasa juga berisiko menimpa kesihatan kanak-kanak.
Jangan terkejut jika anak boleh mengalami masalah berikut jika anda leka dalam menjaga kesihatan mereka:
Mengetahui keadaan kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh adalah penting untuk proses tumbesaran mereka.
Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai kesihatan anak, bawa mereka untuk melakukan pemeriksaan doktor.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen