backup og meta

Bila Masa Sesuai Perkenalkan Susu Lembu Pada Anak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    Bila Masa Sesuai Perkenalkan Susu Lembu Pada Anak?

    Ibu nak bagi si kecil minum susu lembu? Namun anda tidak pasti boleh atau tidak berikan susu pada anak. Ini penjelasan yang perlu ibu ayah ketahui. 

    Waktu sesuai perkenalkan susu lembu

    Anda mungkin mengetahui bahawa susu lembu tidak boleh diberikan kepada bayi yang berusia kurang daripada setahun.

    Ia disebabkan susu yang diproses daripada lembu ini tidak mempunyai nutrien yang mencukupi mengikut keperluan anak kecil.

    Di samping itu, faktor lain disebabkan protein dan lemak dalam susu tersebut sukar untuk dicerna oleh bayi. 

    Maka tempoh terbaik memperkenalkan susu lembu pada anak adalah setelah mereka berusia lebih setahun. 

    Bagi anak yang berusia antara 1 hingga 2 tahun hanya boleh minum susu penuh. 

    Ini kerana ia mengandungi lemak susu yang diperlukan oleh otak si manja yang sedang berkembang.

    Sesetengah kanak-kanak mungkin akan berdepan masalah ketika minum susu lembu.

    Contohnya, berdepan dengan alahan susu yang boleh menyebabkan:

  • Ruam atau kerengsaan, terutamanya sekitar mulut atau dagu
  • Ketidakselesaan perut
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Bengkak
  • Kegatalan 
  • Jika alahan susu mempengaruhi sistem pernafasan anak, petanda yang boleh dikenal pasti adalah seperti:

    • Kesesakan hidung kronik
    • Hidung berair
    • Batuk
    • Berdehit
    • Kesukaran untuk bernafas

    Sekiranya simptom yang dinyatakan di atas dialami oleh anak anda, dapatkan pemeriksaan dengan doktor.

    Namun, jika si manja mengalami simptom yang dinyatakan di bawah, bawa anak untuk mendapatkan rawatan perubatan kecemasan segera:

    • Keadaan sangat lemah atau pucat
    • Mempunyai masalah gatal pada seluruh badan
    • Mengalami bengkak pada kepala atau leher
    • Mengalami cirit-birit berdarah
    • Mengalami reaksi alahan yang mengancam nyawa

    berikan susu pada anak

    Alahan kerana susu daripada lembu

    Alergi teruk boleh menyebabkan pendarahan pada usus yang cenderung kepada anemia. Pun begitu hanya 1 hingga 3% kanak-kanak di bawah usia setahun yang mempunyai alahan susu.

    Ia keadaan yang lebih jarang untuk berlaku pada kanak-kanak yang berumur lebih daripada 1 hingga 3 tahun.

    Intoleransi laktosa berlaku apabila usus kecil tidak menghasilkan enzim laktase yang mencukupi. Keadaan tersebut akan menjejaskan proses pencernaan laktosa. 

    Laktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam susu dan produk tenusu lain. Jika berlaku, ia boleh mengakibatkan kembung perut dan cirit-birit.

    Jika situasi tersebut dialami anak, pakar pediatrik mungkin mengesyorkan pemberian susu soya. Namun, kebanyakan kanak-kanak yang alah kepada susu ini juga akan alah kepada soya.

    Selalunya, kanak-kanak akan dapat mengatasi alahan atau intoleransi apabila mencecah usia 1 tahun.

    Pun begitu, apabila mempunyai 1 alergi makanan, kecenderungan mengalami alahan makanan lain adalah tinggi. 

    Seandainya anak tidak boleh mengambil produk tenusu atau soya, dapatkan nasihat pakar pediatrik tentang makanan lain yang membantu memberikan protein dan kalsium.

    Sekiranya anak anda sememangnya alahan terhadap susu diperbuat daripada lembu, hindari daripada berikan susu atau, sebarang produk tenusu seperti keju, aiskrim, yogurt atau mentega kepada si kecil.

    Panduan pemberian susu lembu

    Menurut US Department of Agriculture (USDA), berikut adalah jumlah susu harian yang disyorkan kepada kanak-kanak dan remaja:

    produk tenusu

    • 2 hingga 3 tahun – 2 cawan (480 ml)
    • 4 hingga 8 tahun – 2 ½ cawan (600 ml)
    • 9 hingga 18 tahun – 3 cawan (720 ml)

    1 cawan (240 ml) susu adalah bersamaan dengan:

    • 240 ml yogurt
    • 56 gram keju yang diproses
    • 240 ml puding yang diperbuat daripada susu

    Sekiranya anda mula berikan susu pada anak seawal usia setahun, itu tidak bermakna anda boleh menghentikan penyusuan susu badan secara terus. 

    Sebaliknya, lakukan transisi peralihan susu badan kepada susu yang dihasilkan daripada lembu ini secara perlahan-lahan.

    Susu rendah lemak atau tanpa lemak

    Dalam kebanyakan kes, ibu bapa tidak digalakkan untuk memberikan susu sebegitu kepada anak yang masih kecil melainkan jika mereka berisiko untuk obesiti.

    Kanak-kanak pada usia ini memerlukan kandungan lemak susu yang lebih tinggi bagi mengekalkan kenaikan berat badan normal dan membantu badan menyerap vitamin A dan D.

    Kepekatan protein dan mineral dalam susu tanpa lemak adalah terlalu tinggi untuk anak di bawah usia setahun.

    Selepas berusia 2 tahun, barulah boleh untuk anda berikan susu pada anak daripada jenis susu rendah lemak atau susu skim.

    Itupun jika anda lihat si kecil membesar dengan baik, mempunyai masalah berat badan berlebihan atau sebarang masalah kesihatan.

    susu lembu

    Beri secara perlahan-lahan

    Sebaiknya, jika anda ingin mencuba untuk memberikan si manja susu lembu, berikan dalam jumlah yang sedikit sebagai percubaan.

    Jika anak tidak mahu menerimanya, jangan memaksa. Cuba berikannya susu tersebut sekali lagi pada masa yang lain. 

    Pun begitu, jika wujud alahan, hindari terus sebarang produk tenusu dan dapatkan nasihat doktor jika anda mahu cuba memberikannya sekali lagi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan