Bukan semua kanak-kanak beruntung dan dapat tinggal dengan ibu bapa masing-masing. Kadang-kadang, mereka terpaksa tinggal di rumah kampung dan menjalani kehidupan bersama atuk nenek.
Bukan semua kanak-kanak beruntung dan dapat tinggal dengan ibu bapa masing-masing. Kadang-kadang, mereka terpaksa tinggal di rumah kampung dan menjalani kehidupan bersama atuk nenek.

Walaupun perkara tersebut merupakan amalan di negara kita dan mungkin memberikan keselesaan untuk anak-anak, ada juga kesan tertentu dari perspektif kesihatan fizikal dan mental yang perlu difahami.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai kesan terhadap fizikal dan mental anak-anak yang terpaksa tinggal bersama datuk dan nenek di kampung halaman.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Tidak dinafikan, ada banyak kebaikan jika anak-anak menjalani kehidupan bersama atuk nenek. Tetapi ada juga keburukannya, seperti di bawah:

Kanak-kanak yang tinggal di rumah kampung bersama datuk dan nenek selalunya akan mempunyai sokongan emosi yang kuat dalam kehidupan mereka.
Malah, kehadiran datuk dan nenek dapat membantu kanak-kanak berasa selamat dan stabil. Sokongan ini sangat penting untuk kesihatan mental mereka.
Selain itu, datuk dan nenek juga sering mengajarkan nilai-nilai tradisional yang dapat membantu membentuk identiti dan keyakinan diri dalam diri anak-anak.
Bagaimanapun, kanak-kanak yang tinggal dengan datuk dan nenek cenderung untuk mengambil makanan yang tinggi kalori dan lemak.
Sekiranya makanan tersebut diambil secara berlebihan, ia boleh menjejaskan kesihatan anak.
Selain itu, kanak-kanak yang tinggal dengan datuk dan nenek mungkin tidak mendapat peluang untuk melakukan aktiviti fizikal seperti mereka yang tinggal bersama ibu bapa muda.
Kadangkala, wujudnya kekangan fizikal, misalnya masalah pergerakan yang menyebabkan datuk dan nenek tidak boleh meluangkan masa dengan kanak-kanak.
Dalam pada itu, kanak-kanak juga berisiko dijangkiti penyakit respiratori atau alahan jika tinggal di rumah kampung yang lazim berlaku dalam kalangan warga emas.

Perpisahan dengan ibu bapa juga mungkin akan mencetuskan rasa sunyi dalam kalangan anak-anak disebabkan kurangnya kasih sayang.
Malah, kehidupan dengan datuk dan nenek yang mungkin lebih konservatif boleh mempengaruhi cara kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya.
Perkara tersebut juga mungkin menjadikan anak kurang berkeyakinan ketika berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan seharian.
Dalam pada itu, perbezaan gaya hidup dan perbezaan generasi juga boleh menyebabkan konflik atau salah faham yang boleh menganggu perkembangan emosi anak.
Tanda kesunyian dalam kalangan kanak-kanak
Bagi mengelakkan masalah yang mungkin timbul apabila anak tinggal bersama datuk dan nenek, ada beberapa langkah boleh diambil. Antaranya:

Pastikan ada komunikasi dua hala antara ibu bapa serta datuk dan nenek mengenai keperluan anak serta gaya asuhan yang diinginkan.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menjelaskan harapan mereka supaya anak mendapat asuhan seharusnya, menepati apa yang ingin diterapkan kepada anak-anaknya.
Bincang dengan datuk dan nenek mengenai pemakanan seimbang diperlukan anak-anak. Elakkan memberi mereka makanan manis atau tinggi kalori terlalu kerap.
Walaupun tinggal bersama datuk dan nenek, pastikan ibu bapa luangkan masa untuk melawat secara berkala.
Perkara tersebut penting bagi mengekalkan hubungan ibu bapa dan anak terus rapat. Anak juga tidak akan rasa sunyi atau tertekan ketika berada di rumah datuk dan nenek.
Pastikan sebarang peraturan dan disiplin yang dipraktikkan keluarga juga dilakukan ketika anak menjalani kehidupan bersama atuk nenek.
Pendekatan yang konsisten ketika berada di bawah penjagaan oleh datuk dan nenek dapat membantu perkembangan sikap positif dalam diri anak.

Jangan lupa, menjaga anak boleh menjadi satu cabaran bagi datuk dan nenek, terutamanya jika mereka sudah berusia.
Sokongan emosi dari ibu bapa dan ahli keluarga lain boleh membantu mereka menguruskan tekanan dan mengelakkan keletihan dari segi fizikal serta mental.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
08/11/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Siti Fatihah
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor