backup og meta

4 Gaya Keibubapaan Yang Selalu Diamalkan Di Malaysia, Mana Satu Gaya Anda?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/04/2022

    4 Gaya Keibubapaan Yang Selalu Diamalkan Di Malaysia, Mana Satu Gaya Anda?

    Tahukah anda – gaya keibubapaan atau gaya asuhan yang anda amalkan boleh memberi impak kepada kesihatan mental, keyakinan diri, malah perkembangan personaliti anak anda sepanjang proses tumbesaran mereka

    Antara beberapa faktor bagaimana gaya keibubapaan anda boleh menjejaskan hubungan antara ibu bapa dan anak termasuklah dari cara berinteraksi, bimbingan dan kaedah disiplin yang diamalkan anda. Jika ketiga-tiga faktor ini dipertimbang ibu bapa, perkembangan anak akan jadi lebih positif apabila dewasa

    Sebenarnya, hubungan antara gaya keibubapaan dan tingkah laku anak telah dikenal pasti oleh Diana Baumrind, pakar psikologi perkembangan dari University of California, Berkeley sejak tahun 1960-an lagi. 

    Namun, beberapa kajian serupa mendakwa sebenarnya gaya keibubapaan dan tingkah laku anak tiada kaitan pun, dan ia bukanlah bersifat menyeluruh dalam menentukan bagaimana sikap anak kelak. 

    Berdasarkan kajian, berikut kami kongsikan contoh gaya keibubapaan dan kesannya dalam menyokong perkembangan kanak-kanak.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

    4 gaya keibubapaan yang semua ibu ayah perlu diketahui

    Berdasarkan kajian, berikut kami kongsikan contoh gaya keibubapaan dan kesannya dalam menyokong perkembangan kanak-kanak.

    #1. Authoritarian Tiger – Dengar Cakap Ibu Ayah, Jangan Membantah!

    gaya keibubapaan

    Salah satu gaya asuhan yang paling terkenal adalah “authoritarian” atau “authoritarian tiger“. Antara ciri-ciri gaya asuhan ini adalah anak-anak harus mendengar perintah dan peraturan yang ditetapkan ibu bapa.

    Selalunya dalam gaya asuhan ini, rundingan dan tolak ansur tidaklah selalunya wujud. Di samping itu, ibu bapa dengan gaya keibubapaan authoritarian juga kurang melibatkan anak-anak mereka dalam proses penyelesaian masalah. Sebaliknya, anak-anak ini akan diberi peraturan sebagai panduan. 

    Kajian mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan dengan gaya asuhan “Authoritarian Tiger” boleh berdepan dengan isu keyakinan diri. Walau bagaimanapun, gaya asuhan ini mungkin berkesan untuk kanak-kanak yang memerlukan bimbingan ketat dan tegas.

    Baca juga:

    #2. Authoritative Dolphin – Belajar Dari Kesilapan Dan Perbaikinya

    gaya keibubapaan

    Satu lagi gaya asuhan yang biasa diamalkan di kalangan ibu bapa adalah gaya “authoritative dolphin“. Sama seperti namanya yang merujuk kepada badan ikan lumba-lumba, gaya asuhan ini melibatkan sikap tegas ibu bapa, tapi masih fleksibel.

    Dalam gaya asuhan ini, masih wujud peraturan dan hukuman tertentu yang ditetapkan untuk anak. Tetapi dalam masa yang sama, ibu bapa turut membenarkan anak menyatakan pandangan mereka mengenai perkara tertentu.

    Akan tetapi, tidak semua pandangan yang diberi akan diterima. Sebaliknya, ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini akan menggalakkan anak belajar melalui pemahaman seperti dari perbincangan dan role modeling

    Ibu bapa dengan gaya asuhan ini turut ‘melaburkan’ masa dan tenaga untuk memantau perkembangan tingkah laku anak sebelum sebarang masalah terjadi. Ia dilakukan secara halus melalui teknik disiplin positif seperti memberi pujian mahupun hadiah pada anak.

    Atas asuhan tersebut, anak-anak yang membesar dengan gaya keibubapaan ini akan menjadi lebih bertanggungjawab dan tahu menilai sebarang risiko sebelum melakukan sebarang keputusan. 

    #3. Permissive Kangaroo – Peraturan Itu Ada, Tapi Ia Boleh Dilanggar Sekali-Sekala

    Satu lagi gaya asuhan ibu bapa yang terkenal adalah gaya permisif, atau lebih dikenali sebagai “Permissive Kangaroo“. Selalunya, ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini bersifat lebih santai dan hanya akan bertindak jika timbul sebarang masalah serius.

    Oleh sebab sifat mereka yang sedemikian, ibu bapa “permissive kangaroo” tidaklah terlalu tegas, mudah memaafkan, dan memilih untuk memberi anak-anak peluang kerana mereka masih “kecil”. 

    Di bawah gaya asuhan permisif, ibu bapa masih memberi hukuman, namun bentuk hukuman tersebut mungkin tidak konsisten dan fleksibel. Contohnya jika mereka “menghukum” dengan menarik sesuatu milik anak, mereka mungkin boleh “berlembut hati” hanya apabila anak mula mengamuk.

    Kanak-kanak yang dibesarkan di bawah gaya asuhan ini digalakkan meluahkan perasaan mereka. Tetapi malangnya, apa yang diluahkan itu mungkin tidak akan mendapat bimbingan sewajarnya dari ibu bapa. Dek kerana itu, mereka cenderung mengalami gangguan personaliti seperti memberontak, agresif dan suka mendominasi.

    #4. Negligent Panda – Bebas Berdikari Untuk Melakukan Apa Sahaja

    gaya keibubapaan

    Negligent panda” adalah ibu bapa yang memberi bimbingan dan didikan yang terlatih. Bagi ibu bapa dengan gaya asuhan ini, fleksibiliti penting buat anak-anak untuk membuat pilihan, berbanding diikat dengan peraturan ketat.

    Dan sebenarnya dalam sesetengah kes, walaupun kanak-kanak tersebut diberi kebebasan membuat pilihan, namun hasilnya sangat holistik dan sihat! 

    Contohnya seperti dalam Kaedah Pembelajaran Montessori – di mana kanak-kanak mengamalkan aktiviti kendiri, pembelajaran secara langsung dan kreatif untuk memperkasakan pemikiran kritis.

    Kesimpulannya, kanak-kanak yang diberi pilihan berpotensi memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, berbanding mereka yang selalu dimarahi. Akan tetapi, gaya asuhan ini juga masih memiliki kekurangannya yang tersendiri.

    Terdapat kanak-kanak yang yang menjadi terlalu bergantung kepada ibu bapa dan tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri dek gaya asuhan ini!

    Jadilah ibu bapa yang terbaik dengan gaya keibubapaan paling tepat

    Untuk membesarkan anak dengan keyakinan diri yang tinggi, bijak berdikari dan mampu membuat keputusan bergantung kepada cara didikan ibu bapa itu sendiri. 

    Tapi jangan risau, ada pelbagai cara bagaimana anda boleh menjadi ibu bapa yang terbaik buat si manja! Antaranya seperti menggalakkan anak berkongsi masalah yang mereka hadapi di sekolah, dan tanya mereka bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu.

    Dalam masa yang sama, ibu bapa juga boleh berkongsi pengalaman peribadi dan cara penyelesaian yang boleh dilakukan. 

    Satu lagi cara untuk membina asas psikologi yang baik dalam diri anak anda adalah dengan menjelaskan kepada mereka bahawa melakukan kesilapan itu adalah tidak salah. Ia memberikan mereka peluang untuk belajar dan berkembang.

    Sebagai ibu bapa, anda juga boleh membantu anak mengenal pasti hobi dan mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang dipelajari untuk menggalakkan aspek perkembangan mental mereka.

    Walau apapun, wahai ibu bapa sekalian, adalah normal jika anda tidak “masuk” atau dengan mana-mana gaya keibubapaan seperti yang dibincangkan di atas ini. Anda mungkin menggabungkan keempat-empat gaya asuhan dan itu adalah perkara biasa. 

    Perkara yang paling penting adalah untuk mengekalkan hubungan positif dengan anak-anak dan menjalankan tanggungjawab serta peranan mengikut kesesuaian keadaan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan