Ada kalanya tanpa disedari, sikap toksik ibu bapa boleh memberi kesan kepada anak-anak. Jom ketahui apakah yang dikatakan sebagai tingkah laku toksik ini.
Ada kalanya tanpa disedari, sikap toksik ibu bapa boleh memberi kesan kepada anak-anak. Jom ketahui apakah yang dikatakan sebagai tingkah laku toksik ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Ibu bapa toksik ini adalah mereka yang lebih mementingkan keperluan diri sendiri tanpa memikirkan sama ada apa yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya atau merosakkan.
Ibu bapa dengan sikap ini juga tidak akan meminta maaf atau mengakui apa yang dilakukan adalah salah.
Amnya, perkataan toksik yang digunakan bukanlah istilah perubatan atau konsep yang jelas.
Ia lebih kepada gaya keibubapaan yang memudaratkan tanpa kasih sayang, kemesraan dan asuhan sewajarnya kepada anak.
Ibu bapa toksik adalah istilah umum untuk mereka yang menunjukkan beberapa atau semua ciri berikut:
Ibu bapa dengan sikap ini akan lebih mementingkan diri dan tidak mengambil peduli tentang apa yang diperlukan. Pada akhirnya persoalan utamanya adalah “Bagaimana dengan SAYA?”
Penderaan tidak selalunya melibatkan pukulan atau sesuatu yang jelas secara fizikal. Ia boleh terjadi seperti memanggil nama yang anak tidak sukai atau tidak mempedulikan anak langsung.
Tidak membenarkan anak membuat keputusan sendiri dan gemar mencerobohi privasi walaupun sebagai individu dewasa.
Menjadikan sesuatu itu seperti kesalahan anak walaupun ia bukan kesilapan mereka seperti masalah perkahwinan.
Gemar bermain dengan emosi dan perasaan anak dalam permainan manipulasi tersebut.
Ibu bapa dengan sikap toksik ini juga sanggup melakukan apa sahaja agar keinginan mereka tercapai.
Baca juga:
Membesar dengan ibu bapa toksik ini boleh menyebabkan wujudnya cabaran kepada anak. Antara keburukan sikap toksik ibu bapa kepada anak-anak adalah:
Membebani anak dengan perkara yang tidak sesuai mengikut usia dan lebih banyak tanggungjawab berbanding apa yang boleh dipikul meningkatkan tahap kebimbangan dan kegelisahan mereka.
Dalam masa yang sama, ia secara tidak langsung mengakibatkan mereka berasa tidak bersedia untuk menguruskan sesuatu tugasan.
Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang gemar mendera lebih berisiko untuk mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
Apabila anak semakin berwaspada terhadap sesuatu perkara, mereka cenderung menjangkakan lebih banyak bahaya pada masa hadapan.
Ibu bapa toksik yang mengamalkan kasih sayang bersyarat membuatkan anak berasa tidak layak untuk dikasihi.
Anak akan kerap menyalahkan diri sendiri dalam segala perkara dan berasa tertekan untuk membuktikan keupayaan diri.
Anak-anak yang membesar dalam persekitaran tidak sihat ini juga mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah jantung dan sistem imun yang lemah akibat tekanan kronik dan pengalaman traumatik.
Anak-anak juga didapati sukar untuk mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu perkara apabila dewasa kelak kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengawal kehidupan sendiri.
Jika anda merasakan diri tergolong sebagai ibu bapa toksik, ada jalan keluar yang boleh dilakukan untuk menghindarinya, seperti:
Ibu bapa seharusnya berfikiran dan bersikap matang dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan anak-anak.
Biarkan anak memilih dan membuat keputusan sendiri. Tugas anda adalah untuk menyokong mereka tidak kira sama ada mereka berjaya atau gagal.
Anak adalah manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Paling penting adalah mereka mempelajari kesilapan tersebut dan memperbaiki diri.
Berkomunikasi secara terbuka berkaitan sebarang perlakuan tidak elok adalah cara terbaik.
Gemar menyogok anak dengan wang atau barang permainan agar mereka berdiam diri atau menyimpan rahsia adalah antara sikap tingkah laku toksik ibu bapa yang harus dielakkan.
Beri peluang untuk anak belajar memikul tanggungjawab dan berdikari mengikut kesesuaian usia mereka. Kepercayaan ini membantu membina keyakinan diri anak.
Mengamalkan diet seimbang, bersenam dan melakukan aktiviti yang digemari dapat membuatkan anda lebih bertenaga secara fizikal dan psikologi untuk menguruskan anak dengan lebih positif.
Ibu bapa harus menjadi pembimbing dengan mengajar anak etika dan membantu dalam akademik.
Untuk menjadi ibu bapa prihatin dan melakukan perkara yang betul, anda harus bersedia untuk menilai serta memperbetulkan diri jika wujud sebarang sikap toksik dalam hubungan dengan anak-anak.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen