Runsing anak suka berdiam diri dan malas bergaul dengan orang kanak-kanak lain? Ini mungkin merupakan antara ciri-ciri anak introvert. Tetapi, apakah maksud introvert?
Runsing anak suka berdiam diri dan malas bergaul dengan orang kanak-kanak lain? Ini mungkin merupakan antara ciri-ciri anak introvert. Tetapi, apakah maksud introvert?

Introvert bermaksud seseorang itu mempunyai personaliti yang lebih suka menyendiri. Mereka suka bergaul, namun hanya dengan satu atau dua orang rakan sahaja.
Menurut ahli psikologi, Carl Jung, maksud introvert adalah orang yang suka berseorangan manakala mereka yang extrovert pula lebih suka bergaul dan bersembang dengan orang lain.
Introvert bukan bermaksud individu tersebut pemalu atau tidak suka berkawan. Namun, mereka lebih selesa menghabiskan masa berseorangan.
Sekiranya anak introvert di sekolah, itu bukan bermaksud mereka tidak boleh bersosial. Mereka mampu berkawan, sama seperti orang lain.
Cuma, mereka mungkin rapat dengan satu atau dua orang kawan sahaja.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Menurut Dr. Marti Olsen Laney dalam bukunya, The Hidden Gifts of an Introverted Child, ciri anak introvert boleh dilihat sejak anak berusia empat bulan.
Apabila bayi semakin membesar, personaliti mereka akan semakin terserlah.
Salain maksud introvert, penting untuk ibu bapa mengenal pasti perbezaan anak introvert dan ekstrovert supaya dapat memahami tingkah laku anak dengan lebih baik.
Antara ciri anak introvert yang boleh ibu bapa perhatikan ialah:
Salah satu ciri-ciri anak introvert ialah sifat ingin tahu yang sangat menebal.
Mereka suka bertanya mengenai keadaan di sekeliling namun mungkin perlukan sedikit masa untuk mencuba perkara-perkara baharu.

Individu yang bersifat introvert perlukan masa yang lebih panjang untuk membiasakan diri dengan orang yang baru dikenali.
Selain itu, mereka juga mudah resah sekiranya berhadapan dengan situasi yang tidak pernah dihadapi sebelum ini.
Anak yang introvert selalunya akan ‘melekat’ dengan ibu bapa sebelum berani bercakap atau bermain dengan orang lain.
Setelah mereka merasa selesa, mereka akan menunjukkan sisi yang lebih terbuka dan mesra. Namun, proses penyesuaian ini mungkin mengambil masa.
Ibu bapa mungkin risau sekiranya anak lambat memberikan respons terhadap soalan-soalan yang diberikan. Walau bagaimanapun, antara ciri-ciri anak introvert adalah mereka akan fikir dahulu sebelum bercakap.
Anak juga mungkin mereka lebih berhati-hati dalam perbualan dan tidak suka terburu-buru dalam situasi sosial.Jadi, ibu bapa perlulah bersabar ketika menunggu respons dari anak yang bersifat introvert. Mana tahu, buah fikiran mereka boleh buatkan anda terkejut!

Anak suka main seorang diri? Jangan risau, ini bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan.
Mereka yang bersifat introvert selalunya sukakan ketenangan. Selalunya, mereka lebih kreatif dan tertarik pada perkara-perkara yang melibatkan penulisan, muzik dan lukisan.
Malah, masa sendirian memberi mereka peluang untuk berfikir tanpa gangguan. Ini memberi mereka kelebihan untuk mengekspresikan diri melalui cara yang berbeza daripada orang lain.
Kadangkala, anak introvert akan rasa penat jika dipaksa bermain dengan orang lain. Bagaimanapun, itu tidak bermaksud mereka tidak suka berkawan!
Individu introvert bukanlah tidak suka bersosial, cuma mereka perlukan masa untuk ‘cas semula’ selepas bercakap dengan kawan-kawan.

Kanak-kanak introvert lebih gemar berada di tempat yang selesa dan familiar, misalnya di rumah sendiri.
Jika berada di tempat yang betul, kanak-kanak introvert boleh menjadi extrovert!
Dalam situasi sosial, anak introvert sering lebih suka menjadi pendengar. Mereka suka mendengar pandangan dan cerita orang lain serta cenderung untuk memberi perhatian kepada perincian.
Ini menjadikan orang introvert kawan yang baik dan penyokong yang setia. Bagaimanapun, sikap mereka ini mungkin boleh membuatkan mereka nampak seperti tidak berminat.
Adakah
Anak introvert tidak memerlukan rawatan khusus, tetapi ada beberapa situasi di mana sokongan daripada ahli keluarga boleh membantu:
Anak introvert mempunyai personaliti unik yang mempengaruhi cara mereka berinteraksi dan berfikir.
Mereka cenderung untuk menghabiskan masa sendirian, banyak berfikir sebelum bertindak dan menikmati perbualan dalam kumpulan kecil.
Malah, mereka juga lebih sensitif dan perlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam situasi sosial.
Dengan memahami maksud introvert dan ciri-ciri anak introvert, ibu bapa dapat memberikan sokongan untuk membantu anak berkembang secara positif.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
30/09/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor