Bulan ini birthday anak dan anda bercadang untuk mengadakan sambutan secara kecil-kecilan tetapi tidak tahu hendak bermula di mana? Malah masih tercari-cari menu hari jadi anak yang bersesuaian?
Tepat sekali pemilihan anda untuk membaca perkongsian artikel Hello Doktor ini, kerana kami akan membantu memberikan panduan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini
Sambutan majlis hari jadi bajet
Sebelum memikirkan apakah mungkin menu hari jadi bajet untuk anda hidangkan kepada para tetamu, apa kata kita ketahui terlebih dahulu apakah perancangan yang perlu dilakukan.
Bukan mudah untuk merancang majlis walaupun hanyalah untuk sambutan ulang tahun kelahiran anak, lebih-lebih lagi bagi menentukan jenis makanan sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu.
Berikut antara beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membuat perancangan sambutan hari jadi bajet untuk si kecil.
Merancang menu hari jadi
Antara faktor yang perlu difikirkan adalah:
1. Membuat belanjawan
Apabila merancang sesuatu majlis, ini boleh menjadi perkara yang membimbangkan apabila bercakap mengenai bajet atau aspek kewangan. Namun, seperkara perlu diingat, anda bukan sahaja melabur untuk mengadakan majlis tetapi bagi mencipta kenangan.
Tentukan bajet yang munasabah dan pastikan anda tidak terlebih belanja. Kira bilangan tetamu, kos kek, penyediaan makanan, belon, hiasan, aktiviti untuk anak serta hadiah yang akan diberikan.
Jangan lupa catatkan setiap kali pembelian dilakukan. Ini penting agar anda tidak terlebih belanja!
2. Pemilihan masa
Semasa merancang majlis, adalah amat penting untuk menentukan tempoh masa acara. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan menu hari jadi nanti.
Sebagai contoh, jika anda merancang untuk mengadakan majlis bermula pukul 11 atau 12, tetamu akan mengharapkan hidangan makanan tengah hari.
Jadi pilihlah masa yang sesuai – di antara atau selepas waktu hidangan utama jika anda sekadar ingin menghidangkan menu hari jadi bajet.
3. Tema pilihan
Biasanya tema untuk majlis hari jadi kanak-kanak adalah watak kartun. Namun, jangan lupa dapatkan pandangan si kecil – memandangkan ini adalah sambutan untuk mereka.
Apabila sudah membuat keputusan, anda boleh merancang hiasan, makanan dan aktiviti mengikut tema.
Sebagai contoh, jika anak sukakan watak ‘Dora The Explorer’, mungkin anda boleh menggunakan tema hutan sebagai latar belakang majlis.
4. Tempoh persiapan
Elakkan daripada menunggu hingga ke saat akhir untuk mula melakukan persediaan majlis. Sebaiknya mula merancang beberapa bulan lebih awal – kerana anda boleh mencari tawaran jualan istimewa bagi lebih penjimatan!
Kini terdapat banyak kedai menjual pelbagai barangan parti pada harga yang berpatutan.
5. Aktiviti untuk anak
Oleh sebab anda sedang merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi bajet, jadi memasukkan badut dalam agenda bukanlah perkara terbaik.
Anda boleh melakukan perkara yang diminati anak. Misalnya jika anak sukakan seni, anjurkan acara melukis atau mewarna.
Permainan seperti musical chairs atau menghasilkan slime DIY adalah antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.
Baca juga: