Selain itu, rupa paras badut yang tidak normal seperti bibir merah dan kulit putih yang nampak pelik juga boleh mencetuskan rasa ‘bahaya’ dalam diri individu terutamanya kepada kanak-kanak.
Badut pula mempunyai raut wajah yang tidak berubah, senyum yang nampak dibuat-buat dan ekspresi yang statik setiap masa.
Bayangkanlah reaksi segelintir kanak-kanak yang melihat badut melakukan pergerakan yang sepatutnya kelakar, tapi raut wajahnya langsung tak berubah!
Ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut jadi keliru dengan badut yang berada di depan matanya.
Signal yang bercampur aduk ini akan buatkan kanak-kanak tersebut rasa takut, panik dan kemudiannya menangis kerana fikir dia mungkin berada dalam bahaya.
Selain itu, sama seperti fobia yang lain, pakar juga percaya fobia jenis ini mungkin berasal dari pengalaman tidak menyenangkan sewaktu kanak-kanak.
Sebagai contoh, seorang kanak-kanak menjadi fobia terhadap badut kerana terserempak dengan badut yang berbau busuk dengan gigi yang kuning ketika melawat sebuah sarkas di tempatnya.
Anda mungkin juga berminat:
Simptom coulrophobia
Sama seperti fobia-fobia yang lain, individu yang menghidap fobia badut akan mempunyai rasa takut yang amat sangat apabila berhadapan dengan objek yang mereka takuti.
Selain itu, simptom lain termasuklah:
- Berpeluh
- Muntah atau mual
- Rasa takut
- Degup jantung jadi pantas dan nafas laju
- Menangis atau menjerit
- Rasa marah jika dipaksa berada dalam tempat yang sama dengan badut
Bolehkah penyakit fobia ini dirawat?

Rasa takut terhadap badut akan dirawat sama seperti fobia lain iaitu dengan cara mengelakkan diri dari berjumpa objek yang boleh mencetuskan fobia tersebut.
Mujurlah fobia ini tidak akan membuatkan penghidapnya sukar untuk menjalani hari mereka dengan normal.
Bukan seperti fobia untuk tidur ataupun fobia ketika berada dalam ruang yang sempit, coulphobia masih boleh dielakkan dan tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan penghidapnya.
Walau bagaimanapun, jika anda rasa anda mempunyai coulphobia dan ingin mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh buat demikian dengan melawat klinik ataupun hospital terdekat.
Pesakit fobia jenis coulphobia boleh melalui terapi kognitif tingkah laku untuk membantu mereka kenal pasti rasa takut yang sebenar dan bezakannya dengan rasa takut yang terhasil akibat daripada imaginasi sahaja.
Dalam sesetengah kes, ubat untuk merawat kegelisahan boleh diberikan kepada pesakit untuk bantu melegakan simptom yang mampu membuatkan penghidap fobia ini stres.