backup og meta

Anak Nak Makan Kek Tapi Ada Alahan? Nah, Cuba Resepi Kek Hari Jadi Bebas Gluten!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2022

    Anak Nak Makan Kek Tapi Ada Alahan? Nah, Cuba Resepi Kek Hari Jadi Bebas Gluten!

    Pening fikirkan kek hari jadi untuk anak sebab perlu pilih yang bebas gluten? Tenang, kami ada resepi kek hari jadi kanak-kanak yang boleh anda cuba di rumah. 

    Tetapi sebelum itu, ayuh kita fahami serba sedikit mengenai masalah intoleransi gluten yang dikenali sebagai penyakit seliak.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa perlu cari resepi kek hari jadi kanak-kanak bebas gluten?

    Situasi anak yang tidak boleh mengambil makanan bergluten ini dikenali sebagai penyakit seliak – keadaan autoimun menyebabkan kerosakan teruk pada villi, unjuran seperti jari pada yang melapisi usus kecil.

    Gluten adalah protein yang terdapat dalam makanan seperti gandum, rai, barli dan bijirin lain  – pencetus kepada simptom penyakit seliak. 

    Bagi individu yang mengalami penyakit ini, tubuh mereka tidak dapat menyerap nutrien penting daripada makanan dan menghantarnya ke dalam aliran darah.

    Villi yang rosak tidak akan dapat menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar. Jika keadaan tersebut berlaku, mereka akan mengalami kekurangan zat makanan.

    Baca juga:

    Simptom & gejala penyakit seliak

    Pelbagai gejala boleh terjadi kepada anak yang mengalami penyakit seliak ini. Bayi mungkin tidak menambah berat dan panjang seperti sepatutnya – dipanggil kegagalan untuk berkembang.

    Kanak-kanak lebih tua pula boleh berdepan masalah:

    • Cirit-birit 
    • Sembelit
    • Najis berwarna pucat dan berbau busuk
    • Sakit perut dan kembung
    • Kehilangan berat
    • Keletihan 
    • Sakit kepala
    • Ruam kulit yang menyakitkan – biasanya pada remaja dan dewasa, terutamanya sekitar siku dan lutut

    Ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala. 

    Simptom boleh terjadi pada bila-bila masa – ada yang mungkin mengalaminya pada kali pertama mengambil gluten. Tidak kurang juga yang mula mengembangkannya selepas bertahun-tahun makan makanan mengandungi gluten dengan selamat.

    Lama-kelamaan, anak anda mungkin tidak mencapai ketinggian sepatutnya, mengalami anemia dan luka mulut serta berkemungkinan mengembangkan masalah tingkah laku.

    resepi kek hari jadi kanak-kanak

    Kesan termakan makanan mengandungi gluten

    Sebelum kami kongsikan resepi kek hari jadi kanak-kanak bebas gluten, mesti ada yang tertanya-tanya, apa akan jadi kalau anak termakan makanan dengan gluten, betul tak?

    Sebagai ibu bapa, pastikan kalian melakukan pelbagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan anak daripada termakan makanan bergluten. 

    Jangan bimbang – termakan dalam kuantiti yang sedikit boleh menyebabkan keradangan ringan pada usus. Namun anak anda mungkin tidak mengalami gejalanya secara serta-merta.

    Biasanya, lapisan usus kecil akan diperbaharui sepenuhnya setiap 3-4 hari, maka sel yang rosak akan digantikan dengan sel baru. Namun, pendedahan berulang kepada gluten boleh membawa kerosakan berterusan pada lapisan usus.

    Diet tanpa gluten kanak-kanak

    Terdapat pelbagai variasi makanan sihat bebas gluten secara semula jadi untuk dinikmati si kecil seperti buah-buahan, sayuran, daging, ayam, ikan, kacang, legum dan kebanyakan produk tenusu – selagi anak tidak mempunyai alahan kepada kategori makanan tersebut.

    resepi kek hari jadi kanak-kanak

    Makanan bebas gluten adalah satu-satunya cara untuk memastikan anak dengan penyakit seliak kekal sihat serta menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan untuk membesar. Tiada ubat atau suntikan yang dapat menghilangkannya. 

    Namun, itu tidak bermakna si kecil tidak boleh menikmati kek hari jadi. Ini kerana terdapat alternatif bijirin, tepung dan kanji yang secara semula jadi tanpa gluten dijual di pasaran.

    Kek coklat tanpa gluten, resepi kek hari jadi kanak-kanak

    Kek coklat bebas gluten yang mudah ini sangat ringkas dan mempunyai tekstur sempurna.

    Bahan-bahan untuk resepi kek hari jadi kanak-kanak

    Untuk kek:

    • 320gram (g) gula pasir
    • 285g adunan tepung bebas gluten serba guna
    • 65g serbuk koko tanpa gula
    • 6g serbuk penaik bebas gluten
    • 8g baking soda
    • 6g gram
    • 2 biji telur – suhu bilik
    • 260ml cawan susu atau susu tanpa tenusu
    • 110ml minyak sayuran
    • 4ml ekstrak vanila bebas gluten
    • 150ml air mendidih untuk mengaktifkan koko

    resepi kek hari jadi kanak-kanak

    Untuk aising:

    • 115g mentega atau mentega tanpa tenusu
    • 4ml ekstrak vanila bebas gluten
    • 50g serbuk koko tanpa gula
    • 450g gula serbuk
    • 40-60ml susu atau susu tanpa tenusu

    Resepi kek hari jadi kanak-kanak #Cara penyediaannya 

    1. Panaskan ketuhar hingga 180°C. Letakkan rak di tengah ketuhar. Griskan dua loyang kek bulat 8 inci; ketepikan.
    2. Dalam mangkuk adunan yang besar, pukulkan gula, tepung, koko, serbuk penaik, soda penaik dan garam sehingga sekata dan tiada gumpalan.
    3. Masukkan telur, susu, minyak dan vanila. Pukul dengan pengadun pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
    4. Kacau dalam air mendidih – kaedah double boiler.
    5. Tuang adunan secara rata ke dalam loyang kek. Bakar selama 35 hingga 38 minit, atau sehingga pencungkil gigi yang dimasukkan di tengah keluar bersih.
    6. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk dalam loyang selama 5 minit, kemudian keluarkan kek dan biarkan sejuk di atas redai.
    7. Untuk aising: Dalam mangkuk adunan sederhana, pukul mentega dan vanila sehingga licin dan berkrim. Masukkan serbuk koko dan pukul sehingga sebati. Masukkan gula serbuk sedikit demi sedikit. Masukkan susu secara perlahan-lahan. Jika perlu, anda boleh tambahkan susu untuk mendapatkan konsistensi diingini.
    8. Aisingkan kek.
    9. Anda boleh tambahkan buah-buahan segar untuk menjadikan kek lebih menarik.

    Selamat mencuba resepi kek hari jadi kanak-kanak ini! 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan