backup og meta

Anak Suka Main Buaian Di Taman Permainan? Ini 9 Manfaat Untuk Perkembangan Si Kecil!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

    Anak Suka Main Buaian Di Taman Permainan? Ini 9 Manfaat Untuk Perkembangan Si Kecil!

    Perasaan yang paling mengujakan semasa kecil adalah ketika ‘terbang di udara’ bersama buaian gantung. Mana mungkin dilupakan sapaan angin pada wajah yang menyegarkan, betul tak?

    Sebenarnya permainan buaian yang terdapat di taman ini bukan sahaja untuk keseronokan semata-mata, tetapi ia sebenarnya turut mempunyai kebaikan untuk kesihatan dan perkembangan anak.

    Kalau ingin tahu apakah manfaatnya, teruskan membaca artikel ini, okay?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Buaian gantung pokok

    Kalau di kampung-kampung, mungkin kita dapat melihat kewujudan buaian yang digantungkan pada dahan pokok. Tetapi di bandar, sudah tentu buaian boleh didapati dengan mudah di taman permainan.

    Menurut American Academy of Pediatrics (AAP) peralatan di taman permainan, termasuklah buaian, mempunyai kesan yang sama terhadap perkembangan kanak-kanak seperti ketika mereka berada di sekolah.

    Lebih daripada sekadar hiburan, hayunan buaian adalah cara terbaik untuk anak melakukan senaman yang diperlukan badan dan otak mereka.

    Kebaikan buaian gantung

    buaian gantung

    Buaian menenangkan dan mewujudkan rasa keterujaan, sensasi terbang yang menginspirasi atau jatuh yang mendebarkan – bergantung kepada berapa kuat anda menunjal kaki.

    Aktiviti menyeronokkan ini juga mempunyai banyak faedah untuk perkembangan dan kesihatan, seperti:

    1. Merangsang deria

    Tindakan mengimbangkan kedudukan, menunjal kaki dan memegang rantai sambil mengayun merangsang perkembangan deria yang pantas.

    Dengan integrasi deria, otak anak boleh menyusun dan mentafsir maklumat dengan lebih baik dan menjadi asas untuk mereka belajar serta membangunkan tingkah laku akademik, sosial dan emosi lebih rumit di kemudian hari.

    Buaian gantung pokok #2. Merangsang otak

    Gerakan hayunan merangsang beberapa bahagian otak berbeza pada masa yang sama. Laluan otak yang saling berkaitan ini akan membantu anak dengan irama, kawalan otot dan menjadikan mereka lebih fokus. 

    3. Menggalakkan interaksi sosial

    Bermain di taman permainan secara tidak langsung mengajar anak untuk berkongsi, bergilir-gilir dan berinteraksi antara satu sama lain. 

    Ketika ini anak sedang berlatih berkomunikasi antara satu sama lain, menyatakan idea dan minat secara lisan serta belajar cara bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.

    Komunikasi ini dapat meningkatkan kemahiran interaksi mereka dan menyediakan diri untuk situasi sosial masa hadapan.

    Baca juga:

    4. Membina kesedaran spatial

    Kesedaran spatial adalah mengetahui di mana badan berada di ruang berkaitan dengan objek atau individu lain.

    Inilah antara faedah berayun iaitu kesedaran badan dipertingkatkan – melibatkan pemahaman anak tentang pergerakan yang boleh dan patut dilakukan diri.

    Bagaimana keadaan ini terjadi? Di dalam sendi badan, terdapat reseptor yang apabila diaktifkan, menandakan lokasi sendi tersebut. Jadi apabila anak menunjal kaki ketika berayun, badan turut mengambil perhatian mengenai pergerakan sendi. 

    Berayun juga melibatkan sistem vestibular – terletak jauh di dalam telinga. Sistem ini bertanggungjawab untuk kedudukan badan di udara dan bagaimana ia bertindak balas terhadap daya graviti.

    Ini kerana bermain buaian melibatkan gerakan bolak-balik, maka badan sentiasa melaraskan pemahaman tentang kedudukannya, membolehkan otak memproses dan berlatih memahami cara menahan badan dalam kedudukan semasa graviti menolak dan menarik.

    5. Meningkatkan kemahiran motor kasar dengan bermain buaian gantung

    Membolehkan anak melakukan perkara melibatkan otot besar dalam badan mereka. Kemahiran ini dibangunkan dengan tindakan mengayun seperti menunjal kaki, berlari serta melompat ke buaian.

    Kemahiran motor kasar membantu mengembangkan kekuatan otot.

    buaian gantung

    Semasa anak membantu menolak rakan di atas buaian, mereka sedang membina otot tangan kanan dan kaki. Manakala ketika mereka cuba mengekalkan keseimbangan diri di atas buaian, otot teras sedang diperkuatkan.

    Otot-otot ini penting dalam pergerakan lain dan membantu mewujudkan tabiat sihat serta gaya hidup aktif.

    6. Membangunkan kemahiran motor halus

    Kemahiran motor halus melibatkan otot dan pergerakan lebih kecil. Apabila anak mengayun buaian, mereka melakukan perkara seperti memegang buaian dan menggerakkan tangan dan jari.

    Tindakan ini mengembangkan otot lebih kecil di tangan yang membantu dengan kemahiran penting seperti memegang pensel dan melibatkan barangan kecil.

    Bermain buaian gantung #7. Menguatkan teras

    Berayun di atas buaian adalah senaman yang baik secara amnya. 

    Ia boleh memulihkan sendi, otot, tendon dan ligamen – menggerakkan otot teras yang membantu anak menjadi lebih kuat dan meningkatkan keseimbangan mereka. Teras yang kuat juga dapat mengurangkan risiko kecederaan.

    8. Menenangkan

    Anak mungkin tidak menyedari bahawa mereka sedang memikirkan sesuatu yang boleh menyebabkan tekanan serta kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan mereka.

    Berita baiknya, berayun di buaian boleh membantu memberikan ketenangan kepada anak yang hiper atau kegelisahan. Mengapa?

    Gerakan hayunan ke depan dan belakang boleh menenangkan anak yang mengalami hari sukar atau terlalu dirangsang di sekolah mahupun ketika aktiviti lain.

    buaian gantung

    9. Memberikan kegembiraan ketika bermain buaian gantung

    Berayun juga merupakan penggalak mood yang sebenar. Ia mengenai kebebasan ‘terbang’ di udara sambil mengawal kelajuan dan ketinggian.

    Bahkan, selalunya anak yang sedang bermain buaian akan berada dalam keadaan ketawa atau menjerit kegembiraan, betul tak? Jarang sekali untuk kita melihat mereka bermasam muka atau menangis.

    Berikan anak keseronokan 

    Bermain di luar sememangnya terbukti dapat meningkatkan mood dan kesejahteraan keseluruhan anak. Mereka akan lebih gembira apabila terdedah kepada cahaya matahari dan udara segar.

    Kenapa? Ini kerana cahaya matahari merangsang bahagian otak yang berperanan untuk perasaan gembira.

    Menggalakkan anak bermain di luar, termasuklah bermain buaian – tidak kiralah sama ada buaian gantung pokok atau terdapat di taman permainan – dapat membantu mendedahkan mereka kepada perkara yang meningkatkan emosi mereka.

    Jadi, jangan lupa bawa anak untuk bermain buaian di taman nanti, okay? 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan