backup og meta

Anak Tak Suka Makan Nasi? Ini Pilihan Makanan Pengganti Karbo

Anak Tak Suka Makan Nasi? Ini Pilihan Makanan Pengganti Karbo

Sebagai ibu bapa, anda pasti pernah berdepan situasi di mana si kecil tidak mahu makan nasi, betul tak? Jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan makanan karbohidrat yang boleh diberikan.

Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya…

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Makanan karbohidrat 

Karbohidrat atau singkatannya karbo adalah sumber tenaga utama tubuh. Ia boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan:

  • Ringkas – Mudah dicerna tubuh dan sering dijumpai dalam kek, biskut dan makanan lain dengan gula halus. Terdapat juga dalam buah-buahan dan produk tenusu
  • Kompleks – Terdapat dalam bijirin dan sayuran berkanji serta memerlukan lebih masa untuk dicernakan. Boleh ditemui dalam pelbagai jenis roti dan bijirin gandum penuh
Kanak-kanak memerlukan makanan karbo kerana: 

Digunakan tubuh sebagai sumber tenaga

Karbohidrat akan dipecahkan tubuh kepada gula ringkas yang kemudiannya beredar dalam aliran darah dan digunakan sel-sel badan untuk tenaga.

Kanak-kanak sangat aktif – sentiasa bergerak, bercakap dan belajar – mereka memerlukan banyak tenaga untuk menyemarakkan hari mereka.

Mengawal pengambilan karbohidrat dalam pemakanan kanak-kanak boleh mengehadkan jumlah tenaga mereka pada siang hari dan membuatkan mereka berasa letih.

makanan karbohidrat

Kanak-kanak juga dalam proses tumbesaran dan tubuh perlu bekerja keras untuk menjadikan mereka lebih kuat – ini juga memerlukan tenaga.

Untuk merangsang otak

Otak menggunakan glukosa – salah satu gula ringkas, sebagai sumber tenaga utamanya. Kanak-kanak memerlukan karbohidrat untuk kekal berjaga dan memastikan otak berfungsi dengan baik.

Ia penting untuk semua kanak-kanak, khususnya yang bersekolah sepanjang hari dan perlu menumpukan perhatian untuk jangka masa lama.

Mengehadkan pengambilan karbohidrat ringkas dan gula halus amat digalakkan, cuma anda tidak seharusnya mengurangkan jenis makanan karbohidrat lain daripada diet anak sepenuhnya.

Sebaiknya pelbagaikan variasi makanan dan cuba untuk masukkan karbohidrat kompleks. 

Jenis makanan karbohidrat 

Banyak makanan mempunyai karbohidrat, namun dalam aspek pemakanan kanak-kanak adalah penting untuk memilih karbo yang turut mengandungi nutrien lain.

Ini untuk memastikan tubuh tidak hanya dibekalkan dengan gula tetapi bersama nutrien lain yang turut diperlukan untuk berfungsi.

Bijian, roti & bijirin 

Apabila memilih karbohidrat dalam bentuk roti, sebaiknya pilihlah yang tinggi kandungan serat dan rendah GI kerana ia memberikan lebih nutrisi dan membuatkan anak kenyang untuk tempoh lebih lama.

Baca juga:

Sayur-sayuran

Sayuran berkanji seperti kentang, jagung, ubi keledek dan labu semuanya mengandungi karbohidrat dan merupakan makanan kaya nutrien seperti vitamin dan mineral lain serta sumber serat yang baik.

Legum / kacang 

Kekacang adalah sumber protein, vitamin B, zat besi dan folat yang baik. Ia rendah GI dan menjadikan anak kenyang lebih lama. Contoh pilihan termasuklah kacang pis dan lentil.

Buah-buahan 

Semua buah mengandungi karbohidrat – dalam bentuk fruktosa dan glukosa. 

Pengambilan buah dalam diet pemakanan kanak-kanak, bukan sahaja memberikan tubuh mereka karbohidrat tetapi juga manfaat lain seperti vitamin, mineral dan serat.

Tenusu, antara makanan karbohidrat 

Kandungan karbohidrat dalam produk tenusu dikenali sebagai laktosa. Ia kaya nutrien yang menyumbang sejumlah kalsium dan protein kepada tubuh.

makanan karbohidrat

Makanan tambahan (sekali-sekala)

Kek, pastri, pai, donut, kerepek, gula-gula dan semua minuman manis mengandungi karbohidrat.

Namun ia adalah makanan tidak berkhasiat kerana tidak memberikan manfaat pemakanan serta tinggi tenaga (kilojoule), lemak, gula dan natrium.

Makanan karbohidrat #Indeks glisemik (GI)

GI ialah ukuran kadar paras gula dalam darah yang meningkat selepas pengambilan makanan tertentu. Ia hanya boleh diukur dalam makanan yang mengandungi karbohidrat.

Pemakanan kanak-kanak: Keperluan serat pemakanan harian 

Roti putih, pasta dan nasi semuanya merupakan sumber karbohidrat, tetapi ia adalah halus dan rendah serat makanan.

Sebaiknya, jadikan separuh daripada diet pemakanan kanak-kanak adalah bijirin penuh sebagai pilihan gaya hidup lebih sihat untuk anda sekeluarga.

Terdapat banyak pilihan bijirin penuh lazat termasuklah keropok, roti, pasta, bijirin, beras perang dan tortilla jagung.

makanan karbohidrat

Cara lain untuk memasukkan lebih serat makanan adalah dengan memilih buah-buahan sepenuhnya berbanding 100% jus buah, termasuklah sayuran.

Menjadikan makanan karbohidrat sebagai diet harian 

Tidak mengapa jika anak agak liat untuk makan nasi kerana terdapat pilihan karbohidrat lain boleh diberikan.

Untuk memastikan pemakanan kanak-kanak sihat dan seimbang, pilihlah karbohidrat yang baik dengan memberikan anak bijirin penuh, buah-buahan, sayuran dan produk tenusu rendah lemak.

Dalam masa yang sama hadkan juga pengambilan makanan yang mengandungi gula tambahan serta galakkan anak untuk aktif setiap hari.

Sebagai ibu bapa juga, anda perlu menunjukkan contoh yang terbaik buat mereka. 

Ini kerana apabila anak melihat anda mengamalkan tabiat sihat, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka turut mengikutinya, sekali gus menjamin gaya hidup lebih sihat pada zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Children Need Carbohydrates. https://www.eatright.org/food/nutrition/dietary-guidelines-and-myplate/children-need-carbohydrates, Accessed on Nov 29, 2021
  2. Carbohydrates and Sugar. https://kidshealth.org/en/parents/sugar.html, Accessed on Nov 29, 2021
  3. Carbohydrates, Sugar, and Your Child. https://www.rchsd.org/health-articles/carbohydrates-sugar-and-your-child/, Accessed on Nov 29, 2021
  4. Learning About Carbohydrates. https://kidshealth.org/en/kids/carb.html, Accessed on Nov 29, 2021
  5. Nutrition for kids: Guidelines for a healthy diet. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/nutrition-for-kids/art-20049335, Accessed on Nov 29, 2021
  6. Children and Low Carb. https://www.diabetes.co.uk/diet/children-and-low-carb-diets.html, Accessed on Nov 29, 2021

 

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Elak Bagi Anak Minum Susu Berlebihan @ 3 RISIKO Ini Boleh Terjadi!

Ibu Ayah, Ada Komplikasi Jika Anak Gemuk! Cegahnya Dengan Cara Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan