backup og meta

Ibu Ayah, Ada Komplikasi Jika Anak Gemuk! Cegahnya Dengan Cara Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    Ibu Ayah, Ada Komplikasi Jika Anak Gemuk! Cegahnya Dengan Cara Ini

    Walaupun tampak comel tetapi anak gemuk atau obesiti ini berdepan risiko komplikasi kesihatan. Ini penjelasan lanjut kesan berat badan berlebihan pada anak serta cara pencegahannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah anak gemuk 

    Amnya masalah kesihatan dan perubatan berkaitan berat badan bagi kanak-kanak adalah kurang berbanding individu dewasa.

    Namun, kesan berat berlebihan pada anak meletakkan mereka dalam keadaan berisiko tinggi menjadi remaja dan dewasa obes sekali gus cenderung mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes di kemudian hari.

    Mereka juga boleh mengalami tekanan, kemurungan dan keyakinan diri rendah.

    Banyak aspek boleh menyebabkan anak obes, seperti:

    • Faktor keluarga beri kesan berat badan berlebihan pada anak

    Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik dengan berat berlebihan berisiko mengalami keadaan yang sama. 

    Ia dikaitkan dengan tingkah laku keluarga berkongsi tabiat pemakanan dan aktiviti yang sama.

    • Diet

    Kerap mengambil makanan berkalori tinggi seperti makanan segera, pastri dan snek ringan boleh memberi kesan berat badan berlebihan pada anak.

    Gula-gula, pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman manis antara penyumbang kepada penambahan berat badan dan punca obesiti.

    Baca juga:

  • Kurang bersenam

  • Masalah anak gemuk juga berpunca daripada gaya hidup tidak aktif punca kalori berlebihan dalam tubuh.

    Menghabiskan terlalu banyak masa menonton televisyen dan menghadap gajet turut menjadi penyumbang.

    • Faktor psikologi

    Tekanan peribadi, ibu bapa dan keluarga memberi impak dan kesan berat badan berlebihan kepada kanak-kanak.

    Sesetengah anak makan berlebihan untuk menangani masalah atau emosi mahupun melawan kebosanan.

    • Faktor sosioekonomi

    Sesetengah komuniti mempunyai sumber dan akses terhad kepada pasar raya menyebabkan mereka membeli makanan yang tidak cepat rosak seperti makanan sejuk beku, keropok dan biskut.

    Ketiadaan akses ke tempat selamat untuk bersenam juga menjadi penyumbang anak menjadi obes. 

    • Pengambilan ubatan 

    Ada kalanya faktor penyumbang kepada masalah anak gemuk atau mengalami berat berlebihan ini adalah daripada pengambilan ubatan preskripsi tertentu seperti:

    • Prednisone
    • Lithium
    • Amitriptyline
    • Paroxetine
    • Gabapentin
    • Propranolol 

    Kesan berat badan berlebihan pada anak

    Anak yang obes berisiko mengalami masalah kesihatan seperti:

    kesan berat badan berlebihan

    • Diabetes jenis 2. Keadaan kronik ini menjejaskan cara badan anak menggunakan gula (glukosa). Obesiti dan gaya hidup yang tidak aktif meningkatkan risiko diabetes jenis 2
    • Kolesterol tinggi dan darah tinggi. Diet tidak sihat boleh menyebabkan anak mengalami satu atau kedua-dua keadaan ini. Faktor-faktor ini boleh menyumbang kepada pembentukan plak dalam arteri – punca arteri menyempit dan mengeras, mungkin membawa kepada serangan jantung atau strok di kemudian hari
    • Sakit sendi. Berat tambahan menyebabkan tekanan tambahan pada pinggul dan lutut. Obesiti kanak-kanak mengakibatkan kesakitan dan kadangkala kecederaan pada pinggul, lutut dan belakang
    • Masalah pernafasan. Asma lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan. Mereka juga lebih berkemungkinan mengalami apnea tidur obstruktif – gangguan berpotensi serius di mana pernafasan anak boleh terhenti seketika semasa tidur
    • Penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD). Gangguan ini biasanya tidak menyebabkan gejala, mengakibatkan deposit lemak terkumpul di dalam hati. NAFLD boleh menyebabkan parut dan kerosakan hati
    • Masalah tulang
    • Masalah kulit. Contohnya seperti ruam panas, jangkitan kulat dan jerawat

    Mengenal pasti jika wujud kesan berat badan berlebihan pada anak

    Doktor adalah individu terbaik untuk menentukan sama ada anak mengalami obes atau tidak. 

    Biasanya doktor akan mengukur berat dan ketinggian anak serta mengira Indeks Jisim Badan (BMI).

    Mereka juga akan mempertimbangkan umur dan corak pertumbuhan anak.

    kesan berat badan berlebihan

    Cara mengatasi kesan berat badan berlebihan pada anak 

    Sekiranya mempunyai anak dengan berat berlebihan, amat penting untuk mereka mengetahui bahawa anda sebagai ibu bapa ada untuk memberi sokongan.

    Dalam masa yang sama, amat penting untuk anda berbincang dengan anak mengenai berat badan mereka.

    Ini boleh membantu menetapkan matlamat berat badan seimbang berdasarkan ketinggian anak berserta garis panduan untuk mencapainya.

    Jangan pernah mengasingkan anak kerana keadaan fizikal mereka. Sebaliknya lakukan perubahan secara beransur-ansur melibatkan aktiviti fizikal dan tabiat pemakanan keluarga.

    Kesan berat badan berlebihan pada anak: Lakukan perubahan

    Banyak cara untuk melibatkan seluruh keluarga dalam amalan gaya hidup sihat, namun melakukan aktiviti fizikal adalah penting. 

    Antara cadangan yang boleh dilakukan adalah:

    kesan berat badan berlebihan

    • Menjadi teladan. Anak yang melihat ibu bapanya aktif secara fizikal akan secara tidak langsung cenderung untuk mengikutinya
    • Rancang aktiviti keluarga yang membolehkan semua orang bersenam seperti berjalan kaki, berbasikal atau berenang
    • Peka keperluan anak. Anak obes mungkin tidak selesa melakukan aktiviti tertentu. Bantu mereka untuk mencari aktiviti bersesuaian dan tidak terlalu sukar
    • Kurangkan masa skrin sama ada TV atau gajet
    • Pemakanan sihat. Lakukan aktiviti memasak dan membeli-belah barang dapur yang sihat

    Apa pun pendekatan yang anda lakukan untuk membantu mengatasi masalah anak gemuk, jangan jadikan ia sebagai satu tugasan. Sebaliknya, manfaatkan ia sebagai peluang untuk anda dan keluarga aktif serta sihat bersama.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan