backup og meta

Ibu, Ini 5 Jenis Vitamin Yang Diperlukan Anak, Jadikan Mereka Lebih Sihat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    Ibu, Ini 5 Jenis Vitamin Yang Diperlukan Anak, Jadikan Mereka Lebih Sihat!

    Si kecil diberikan makanan yang kaya dengan pelbagai nutrien. Namun, ada sesetengah kanak-kanak mungkin memerlukan vitamin tambahan. Jom ketahui jenis-jenis vitamin untuk anak 1 tahun ke atas.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Vitamin anak untuk otak

    Bagi kanak-kanak yang diberikan pilihan daripada setiap kumpulan makanan asas bersama peluang bereksperimen dengan pelbagai rasa, warna dan tekstur, pasti mereka mendapat pemakanan seimbang serta kaya vitamin.

    Walau bagaimanapun untuk sesetengah kanak-kanak, suplemen mungkin penting untuk diberikan.

    Mineral dan/atau vitamin untuk anak 1 tahun ke atas mungkin diperlukan jika amalan diet keluarga anda menghadkan kumpulan makanan tertentu.

    Sebagai contoh, jika keluarga anda vegan – mengamalkan diet sayuran yang ketat termasuk tidak mengandungi makanan berasaskan haiwan seperti telur atau makanan tenusu.

    vitamin untuk anak 1 tahun

    Ini kerana terdapat keperluan mineral dan vitamin anak untuk otak yang mungkin kekurangan dalam diet vegan ini. 

    Antaranya vitamin B12, vitamin D, zat besi, vitamin A, kalsium, zink dan riboflavin.

    Tempoh kanak-kanak adalah masa kritikal untuk pertumbuhan dan perkembangan otak, jadi pengambilan suplemen dan vitamin tertentu mungkin disyorkan.

    Memenuhi keperluan vitamin harian juga penting untuk membantu menjaga kesihatan anak dan mengelakkan jangkitan penyakit.

    Sebagai contoh, riket, merupakan penyakit di mana tulang menjadi lemah dan cacat serta dikaitkan dengan pengambilan vitamin D yang tidak mencukupi.

    Ia juga boleh berlaku jika anak tidak mendapat pendedahan cahaya matahari yang mencukupi – terutamanya pada kanak-kanak yang mempunyai kulit berpigmen lebih gelap.

    Jenis-jenis vitamin untuk anak 1 tahun ke atas

    Berikut adalah beberapa suplemen tambahan serta vitamin anak untuk otak dan tumbesaran yang diperlukan:

    #1. Vitamin A

    Vitamin A penting untuk bayi dan kanak-kanak. Terdapat kemungkinan ada si kecil yang tidak mendapat vitamin ini dengan secukupnya. 

    Ia diperlukan untuk sistem imunisasi tubuh yang sihat, membantu penglihatan dalam cahaya malap dan menjaga kesihatan kulit si kecil.

    Sumber vitamin A yang baik termasuklah:

    • Produk tenusu
    • Lobak merah, ubi keledek dan mangga
    • Sayuran hijau gelap seperti bayam, kubis dan brokoli

    vitamin untuk anak 1 tahun

    Vitamin untuk anak 1 tahun ke atas #2. Vitamin D

    Vitamin D hanya terdapat dalam beberapa jenis makanan seperti ikan berlemak dan telur. Ia juga ditambah dalam beberapa makanan seperti sapuan roti dan bijirin sarapan pagi. 

    Tetapi sukar untuk dapat memenuhi keperluan vitamin ini melalui makanan sahaja.

    Sumber utama vitamin D adalah cahaya matahari pada kulit. Tetapi dalam masa yang sama, pastikan anda menjaga keselamatan kulit anak di bawah sinaran matahari.

    #3. Vitamin C

    Vitamin C penting untuk kesihatan umum dan sistem imun si kecil. Ia juga membantu tubuh mereka menyerap zat besi.

    Sumber vitamin untuk anak 1 tahun ke atas yang baik adalah seperti:

    Baca juga:

    4. Vitamin B12

    Jenis vitamin ini berfungsi menjaga kesihatan sel-sel saraf dan darah, sekali gus membantu menghasilkan DNA – bahan genetik dalam semua sel.

    Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan anemia yang dikenali sebagai anemia megaloblastik, yang menjadi punca individu letih dan lemah.

    Sekiranya anak tidak makan atau hanya mengambil sedikit makanan berasaskan haiwan, suplemen B12 adalah penting!

    Vitamin untuk anak 1 tahun ke atas #5. Zat besi 

    Adalah sejenis mineral dan komponen utama protein yang memindahkan oksigen daripada paru-paru ke tisu.

    Zat besi juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, metabolik dan fungsi sel, sintesis hormon serta tisu penghubung.

    Terdapat 2 jenis zat besi – heme dan bukan heme.

    Daging, makanan laut dan ayam mengandungi kedua-dua jenis zat besi ini. Manakala tumbuhan dan makanan yang diperkaya hanya mengandungi zat besi bukan heme. 

    Untuk anak 1 tahun hingga 3, memerlukan 7 mg zat besi sehari. Jadi diet pemakanan harian mereka harus mengandungi:

    • Daging tanpa lemak
    • Makanan laut
    • Kekacang
    • Sayur-sayuran
    • Bijirin penuh
    • Bijirin diperkaya

    Dalam masa yang sama sertakan juga makanan yang mengandungi vitamin C secara semula jadi seperti betik, lada benggala, brokoli, strawberi dan nanas.

    Ini kerana seperti dinyatakan tadi, vitamin C membantu dalam proses penyerapan zat besi.

    vitamin untuk anak 1 tahun

    Memastikan keperluan vitamin untuk anak 1 tahun ke atas mencukupi

    Cara terbaik memastikan nutrien serta vitamin anak untuk otak dan tumbesaran mencukupi adalah dengan memberikan mereka pelbagai makanan berkhasiat dalam diet harian.

    Gabungkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, protein tanpa lemak, lemak sihat dan produk tenusu (jika anak tidak mempunyai alahan laktosa) dalam pemakanan harian mereka. 

    Diet yang sihat dan seimbang juga haruslah menghadkan pengambilan gula tambahan dan makanan diproses serta lebih memfokuskan buah secara keseluruhan berbanding jus buah.

    Jika anda berasakan anak tidak mendapat nutrisi mencukupi melalui pemakanan semata-mata, suplemen dan vitamin boleh menjadi kaedah selamat serta berkesan untuk memenuhi keperluan nutrien harian. 

    Untuk mengetahui dengan lebih khusus vitamin untuk anak 1 tahun ke atas yang sesuai dan terbaik, berbincanglah dengan doktor. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan