home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kolesterol Dalam Diet Anak Anda - Ini Perkara Yang Ibu Bapa WAJIB Tahu!

Kolesterol Dalam Diet Anak Anda - Ini Perkara Yang Ibu Bapa WAJIB Tahu!

Bagi menjamin tumbesaran anak anda, ibu bapa perlu memastikan anak anda mengambil nutrien secukupnya dan tidak terlalu memanjakan mereka dengan makanan kegemaran mereka sahaja. Ini bertujuan mengawal tahap pengambilan kolesterol dalam diet anak anda.

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan merupakan punca utama masalah jantung dan penyakit berkaitan berat badan seperti obesiti yang sangat membimbangkan ibu bapa. Berikut merupakan soalan-soalan yang biasa timbul berkaitan kolesterol dalam diet anak anda yang perlu anda ketahui.

Apa risiko pengambilan kolesterol tinggi dalam diet anak?

makanan jatuh

Meskipun kolesterol merupakan musuh utama dalam tumbesaran dan perkembangan anak anda, mereka masih memerlukan kolesterol untuk mengekalkan keseimbangan hormon, mencipta tisu sel dan melindungi saraf.

Namun begitu, pengambilan kolesterol yang terlalu banyak boleh mengakibatkan kerosakan pada salur darah. Lebihan kolestral ini akan tersekat dalam saluran darah lalu menjadi plak yang akan menyekat peredaran darah.

Kanak-kanak yang mengamalkan diet tidak seimbang, gaya hidup tidak sihat dan mengalami masalah obesiti cenderung berisiko mendapat penyakit jantung dan strok apabila dewasa kelak.

Oleh itu, pengambilan kolesterol melebihi apa yang diperlukan harus ditegah!

Apa yang menyebabkan pertumbuhan kolesterol dalam badan?

Tahap kolesterol akan tinggi dalam badan anak anda sekiranya mereka kurang melakukan aktiviti fizikal. Selain itu faktor obesiti dan keturunan juga merupakan punca tahap kolesterol dalam badan tinggi.

Anak anda akan mengumpul kolesterol ini melalui pemakanan mereka. Contoh makanan yang mempunyai kandungan kolesterol tinggi adalah telur, daging dan produk tenusu. Kolesterol yang diperlukan dalam badan sebenarnya sudah dihasilkan oleh hati.

Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang mempunyai kolesterol tinggi dan menggantikannya dengan makanan yang lebih berkhasiat dan bernutrisi tinggi. Ini sekaligus dapat mengawal tahap kolesterol dalam badan anak anda.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keadaan ini?

makanan pejal

Berikut merupakan beberapa tip untuk membantu anak anda daripada mempunyai tahap kolesterol tinggi dalam badan:

  • Berikan anak anda pencuci mulut yang sihat seperti buah oren, epal, pisang dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh memberikan snek rendah lemak kepada mereka.
  • Elakkan pengambilan lemak tepu yang terdapat dalam daging atau telur haiwan, snek seperti biskut dan kerepek serta produk tenusu seperti keju dan mentega adalah punca utama pertumbuhan kolesterol. Selain itu, elakkan lemak trans yang terdapat dalam makanan diproses seperti donat dan makanan digoreng seperti kentang.
  • Didik anak anda untuk lebih mengutamakan pengambilan makanan sihat berbanding makanan segera.
  • Rancang aktiviti fizikal untuk anak anda. Kekal cergas untuk sekurang-kurangnya satu jam sehari boleh membantu anak anda membakar kolesterol. Selain itu, aktiviti fizikal ini juga dapat menjauhkan mereka daripada tabiat tidak sihat seperti menonton televisyen atau bermain permainan video sepanjang hari.

Kajian terbaharu menunjukkan bahawa kolesterol yang tinggi akan mengakibatkan masalah kardiovaskular kepada kanak-kanak. Pengambilan makanan segera dan pelbagai makanan tidak sihat yang lain turut meningkatkan risiko obesiti kepada mereka.

Sebagai ibu bapa, anda perlu lebih prihatin dalam membimbing anak anda agar mereka terhindar daripada masalah kolesterol tinggi dalam badan sekaligus menjamin hidup yang lebih sihat!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 01/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor