Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak. Kepentingan nutrien adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal dalam menyokong perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memahami jenis-jenis nutrien penting yang diperlukan oleh anak mereka untuk membesar dengan baik.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Kepentingan nutrien untuk perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak
Pemakanan yang baik dan sihat bagi kanak-kanak adalah diet yang mengandungi segala jenis nutrien penting yang akan membantu menyokong perkembangan mereka.
Kepentingan nutrien seperti kalsium, protein, DHA, zat besi, vitamin dan banyak lagi adalah sesuatu yang perlu disedari dan diutamakan oleh itu bapa dalam pemakanan anak-anak.
Mengapa? Jika anda ingin tahu, masalah kekurangan nutrisi atau malnutrisi menjadi cabaran besar dalam kalangan kanak-kanak di Asia Tenggara.
Ini ditunjukkan dalam dapatan kajian Tinjauan Pemakanan Asia Tenggara II (SEANUTS II) oleh FrieslandCampina dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijalankan dari tahun 2019 hingga 20211.
SEANUTS II merupakan kajian pemakanan penting yang diterajui oleh universiti dan institusi penyelidikan terkemuka di empat negara; Vietnam, Thailand, Malaysia dan Indonesia, dengan membabitkan hampir 14,000 kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun1.
Kajian ini adalah kesinambungan daripada SEANUTS yang dibentangkan pada tahun 20121.
Hasil kajian SEANUTS II di Malaysia
Berdasarkan kajian SEANUTS II, kanak-kanak di Asia Tenggara berdepan dengan pelbagai masalah berkaitan kekurangan nutrisi. Ini termasuklah masalah tumbesaran terbantut, berlebihan berat badan atau obesiti, isu kekurangan kalsium dan vitamin D serta anemia1.
Berikut merupakan dapatan kajian SEANUTS II mengenai masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak di Asia Tenggara.
Kepentingan nutrien penting elak tumbesaran terbantut
Kesan kekurangan nutrien antara faktor utama yang boleh mengakibatkan tumbesaran anak terbantut.
Kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti DHA untuk perkembangan otak, kalsium dan vitamin D untuk kesihatan tulang, serta vitamin C dan zat besi untuk pertumbuhan yang optimum.
Menurut dapatan kajian SEANUTS II, dianggarkan 1 daripada 7 kanak-kanak berusia kurang 5 tahun di Semenanjung Malaysia adalah terbantut1,2.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan maksud bantut adalah gangguan dalam perkembangan kanak-kanak disebabkan kesan kekurangan nutrien berkhasiat, jangkitan berulang dan rangsangan psikososial yang tidak mencukupi3.
Kanak-kanak yang mengalami masalah bantut didapati berisiko mempunyai perkembangan yang lemah, serta prestasi sekolah dan tahap intelektual yang rendah1.
Kekurangan nutrien kalsium dan vitamin D
Secara purata, pengambilan jenis nutrien kalsium dan vitamin D dalam kalangan kanak-kanak tidak mencukupi, menurut SEANUTS II4.
Menurut SEANUTS II, sebanyak 70% kanak-kanak di empat negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia masih tidak memenuhi keperluan purata kalsium, dan 84% untuk pengambilan Vitamin D4.
Masalah kekurangan kalsium dan vitamin D ini banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia 0.5 hingga 12 tahun1.
Kepentingan nutrien kalsium & vitamin D
Badan kita memerlukan kalsium untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Malah jantung, otot dan saraf juga memerlukan kalsium untuk dapat berfungsi dengan baik5.
Kesan kekurangan nutrien kalsium kepada anak boleh mengakibatkan mereka menghadapi masalah kesihatan berkaitan tulang yang lemah seperti penyakit riket6 dan tidak mencapai potensi ketinggian maksimum sebagai individu dewasa.
Oleh sebab tubuh tidak menghasilkan kalsium, maka ia mestilah diperolehi daripada sumber makanan sihat lain seperti5:
- Produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt
- Sayuran berdaun hijau: contohnya, brokoli dan bayam
- Ikan seperti ikan sardin dan salmon
- Makanan sihat dan minuman diperkaya dengan kalsium seperti susu dan bijirin sarapan
Untuk menyerap kalsium, badan juga memerlukan vitamin D. Ia adalah vitamin larut lemak yang telah lama diketahui membantu tubuh menyerap dan mengekalkan kalsium dan fosforus; kedua-duanya penting untuk membina tulang.
Vitamin D merupakan vitamin yang digunakan tubuh untuk perkembangan tulang yang sihat. Ia juga memainkan peranan penting dalam sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan menyokong fungsi sistem imun tubuh7,.
Vitamin D boleh diperolehi melalui cahaya matahari, makanan sihat seperti susu, telur, ikan berlemak dan keju.
Kepentingan nutrien DHA dalam mencegah malnutrisi
Asid dokosaheksanoik (DHA) ialah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak kanak-kanak dan membantu meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak.
Nutrien ini penting bagi membantu sel otak berhubung, mempengaruhi fungsi pemikiran dan proses pembelajaran mereka8.
Berdasarkan kajian, tahap DHA yang rendah pada peringkat awal usia kanak-kanak dikaitkan dengan keupayaan celik huruf yang lemah9.
Antara jenis nutrien lain yang turut memainkan peranan penting untuk meningkatkan fungsi kognitif adalah seperti vitamin E, kolin, zink, selenium dan zat besi yang boleh diperolehi daripada makanan sihat seperti kekacang, ayam dan telur10.
Selain itu, susu yang diperkaya juga boleh membantu membekalkan DHA untuk anak anda. Jadi, menyediakan pemakanan harian seperti susu adalah langkah yang baik.
Cara lain yang boleh anda lakukan untuk membantu perkembangan otak dan merangsang kemahiran kognitif anak adalah dengan bermain. Antara jenis permainan yang boleh dicuba seperti blok binaan dan lego, susun suai gambar dan permainan role-play11.
Pengambilan sarapan penting elak kesan kekurangan nutrien
Apabila menyebut mengenai kepentingan nutrien yang mencukupi dalam pemakanan, kebanyakan daripada kita mesti akan terfikir hidangan tengah hari atau malam, betul tak?
Ini kerana kita sering mengabaikan keperluan bersarapan. Malah berdasarkan kajian SEANUTS II, 11.7% kanak-kanak berusia antara 6-12 tahun di Malaysia tidak bersarapan pagi4.
Ini jelas menunjukkan ramai ibu bapa di Asia Tenggara kurang memberi perhatian terhadap kepentingan sarapan untuk anak.
Ajar anak bersarapan pagi setiap hari
Hakikatnya, sarapan pagi penting kerana ia merupakan hidangan makanan sihat pertama selepas semalaman tidur.
Sarapan pagi juga boleh membantu membekalkan tenaga kepada anak untuk menjalani kehidupan harian, selain memastikan anak rasa kenyang sebelum memulakan harinya.
Pun begitu, ia juga bergantung kepada jenis sarapan yang diambil. Ini kerana kebanyakan sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia masih tidak membekalkan nutrien mencukupi terutamanya vitamin D dan kalsium.
Apa kata anda tambahkan segelas Susu Dutch Lady 123 yang tinggi dengan vitamin D dan mengandungi kalsium buat si kecil?
Sarapan yang diambil bersama segelas Susu Dutch Lady, dapat memenuhi kepentingan nutrien harian yang disyorkan dengan mudah.
Contohnya, minum segelas susu ini bersama 2 keping roti, boleh meningkatkan pengambilan kalsium yang disarankan dalam diet harian sehingga 37.9% berbanding hanya 5.9% tanpanya. Pengambilan vitamin D yang disarankan dalam diet harian pula boleh ditingkatkan sehingga 19.3% berbanding 0% tanpanya.
Susu tepung Dutch Lady untuk kanak-kanak membantu atasi masalah tumbesaran anak
Sebagai ibu bapa, sudah tentu anda inginkan yang terbaik untuk si kecil. Memahami kepentingan nutrien mencukupi dalam diet harian mereka dapat mencegah malnutrisi yang boleh membawa kepada masalah seperti bantut, anemia dan tulang lemah.
Salah satu caranya adalah dengan memberikan anak pilihan susu yang bernutrisi.
Fakta
Menambah susu ini dalam diet anak anda setiap hari, mampu membekalkan mereka dengan khasiat dan kepentingan nutrien yang diperlukan.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai susu yang boleh membantu memberikan nutrien yang diperlukan anak anda di sini.
[embed-health-tool-child-growth-chart]