backup og meta

Vitamin D: Vitamin 'Wajib' untuk Ibu Hamil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    Vitamin D: Vitamin 'Wajib' untuk Ibu Hamil

    Tubuh anda memerlukan kira-kira 13 vitamin penting untuk berfungsi dengan baik. Di antara semua vitamin, vitamin D merupakan salah satu vitamin yang paling penting, khususnya untuk wanita hamil.

    Kenapa vitamin D amat penting?

    Vitamin D menggalakkan tubuh anda menyerap kalsium, iaitu mineral yang membantu pertumbuhan tulang, gigi, jantung, otot, dan saraf bayi anda. Semasa hamil, anda perlu mengambil 1,000 miligram kalsium setiap hari, supaya vitamin D boleh berfungsi dengan baik dan memastikan badan anda mendapat khasiat daripada makanan atau suplemen yang anda ambil.

    Kekurangan vitamin D semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan rangka dan tumbesaran bayi. Selain itu, ia juga boleh menjejaskan berat badan bayi dan bayi anda juga mungkin mengalami kekurangan vitamin semasa lahir. Bayi juga berkemungkinan mengalami riket (yang boleh menjurus kepada keretakan dan kecacatan), ketidaknormalan perkembangan tulang, dan perkembangan fizikal terbantut. Kekurangan vitamin D semasa hamil juga boleh memberikan kesan kepada tumbesaran tulang dan fungsi imun tubuh bermula bayi lahir sehingga dewasa nanti.

    Ibu hamil yang mengalami kekurangan vitamin D berisiko mendapat obesiti, kulit lebih gelap, serta perlu mendapatkan perubatan tertentu (steroid, ubat merendahkan kolesterol), dan keadaan malserapan lemak.

    Berapa banyak vitamin D yang perlu anda ambil?

    Kebanyakan pakar menyarankan pengambilan harian vitamin D perlulah antara 600 Unit Antarabangsa (IU) dan 2,000 IU. Jumlah ini perlu diteruskan sehingga tempoh laktasi, atau mungkin juga perlu dinaikkan. Sementelah anda boleh mendapatkan vitamin D melalui sinaran cahaya matahari, jadi anda boleh ‘berjemur’ sekitar 10 minit untuk mendapatkan vitamin D. Walau bagaimanapun, sinaran ultra ungu (UV) boleh meningkatkan risiko perubahan pigmentasi, menyebabkan warna kulit tidak sekata. Oleh itu, kebanyakan doktor menyarankan supaya wanita hamil mendapatkan vitamin D daripada makanan atau suplemen, dan mengelakkan pancaran matahari.

    Sumber makanan vitamin D

    Minyak hati ikan, ikan berlemak, dan telur ialah sumber makanan sihat vitamin D.

    Makanan utama yang mengandungi vitamin D termasuklah:

  • Minyak hati ikan kod
  • Ikan berlemak seperti trout
  • Cendawan Portabello
  • Bijirin seperti Sultana Bran
  • Produk soya seperti tauhu, susu kacang soya dan yogurt soya
  • Produk tenusu seperti mentega, susu dan yogurt
  • Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan