Pernah dengar tak mengenai anak yang mempunyai kecenderungan kinestetik atau personaliti kinestetik ? Tidak dinafikan istilah personaliti kinestetik itu agak janggal, bukan? Tetapi sebenarnya setiap kanak-kanak mempunyai cara tersendiri untuk berinteraksi dengan dunia sekeliling mereka.
Kalau ingin tahu lebih lanjut mengenai istilah ini, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Gaya pembelajaran Auditori, Visual & Kinestetik
Sebelum kita bercakap mengenai kecenderungan kinestetik, mari kita lihat jenis-jenis gaya pembelajaran yang ada.
Gaya pembelajaran Auditori
Anak auditori belajar melalui deria pendengaran mereka. Ini bermakna mereka mengingati dan memahami konsep baharu apabila diterangkan dengan lantang – walaupun diri sendiri yang bercakap.
Mereka juga boleh mengekalkan pengetahuan dengan lebih baik apabila idea baharu digandingkan dengan bunyi bukan lisan seperti muzik, paluan gendang atau tepukan.
Cara mengenali anak auditori
Anak yang tergolong di bawah kategori ini selalunya menyukai muzik dan boleh mengingati perkataan daripada lagu yang didengar.
Mereka juga mudah menerima arahan yang dituturkan dan jika tidak memahaminya, anak akan meminta untuk diberikan penjelasan sekali lagi.
Anak auditori suka membaca dengan kuat – walaupun ketika bersendirian. Bahkan mereka juga lebih gemar jika ada yang membacakan cerita berbanding membacanya sendiri.
Pemahaman anak juga lebih kuat apabila guru menerangkan sesuatu di dalam kelas.
Gaya pembelajaran Visual
Selain anak dengan kecenderungan kinestetik atau auditori, terdapat 1 lagi gaya pembelajaran iaitu visual.
Mereka yang tergolong dalam kategori ini dapat belajar dengan baik apabila melibatkan deria penglihatan dan ‘lebih cepat tangkap’ apabila melibatkan warna terang, gambar rajah, video, demonstrasi dan bahan edaran.
Daripada tiga gaya pembelajaran berbeza ini, gaya visual paling sesuai dengan kaedah pengajaran bilik darjah tradisional.
Cara mengenali anak visual
Anak dalam kategori ini sering duduk di barisan hadapan kelas, ‘menyerap’ apa sahaja yang ditulis oleh guru.
Mereka suka melukis dan mewarna. Jika anak membaca buku cerita, mereka boleh menceritakan semula sehingga butiran yang kecil.
Anak akan gemar berkata, “Tolong tunjukkan”, apabila mempelajari sesuatu sebelum mencuba sendiri.
Gaya pembelajaran Kinestetik
Untuk gaya pembelajaran ini, anak akan menyerap maklumat dengan baik melalui sentuhan, pergerakan dan gerakan (motion).
Perkataan kinestetik merujuk kepada keupayaan untuk merasakan kedudukan dan pergerakan badan. Ini bermakna untuk memahami sesuatu perkara, mereka perlu menyentuh, merasai dan menggerakkannya.
Cara mengenali anak dengan kecenderungan kinestetik
Jika anak bermaksudkan “Biar saya pegang itu”, setiap kali menyebut “Biar saya lihat itu”, menunjukkan mereka adalah pelajar kinestetik.
Mereka adalah kanak-kanak yang sukakan set binaan, kit model, paparan interaktif di muzium.
Jika anak dalam kategori ini ditawarkan pilihan dalam kelas seni, mereka akan memilih tanah liat berbanding pensil dan warna.
Kecenderungan kinestetik yang perlu difahami
Merupakan gaya pembelajaran khusus yang berlaku dengan pengalaman merasai atau menyentuhnya.
Anak dengan kecenderungan ini akan mengalami kesukaran untuk belajar di sekolah dengan cara pendidikan tradisional kerana badan tidak mempunyai hubungan dengan apa yang mereka lakukan – mendengar tanpa pergerakan.
Ini bermakna otak terlibat tetapi badan mereka tidak – menjadikannya lebih sukar untuk memproses maklumat. Anak perlu bangun dan bergerak untuk memasukkan sesuatu ke dalam ingatan.
Kekuatan anak kinestetik
- Koordinasi tangan-mata yang hebat
- Tindak balas pantas
- Memori motor sangat baik
- Pengkaji (experimenters) yang cemerlang
- Pandai bersukan
- Berprestasi baik dalam seni dan drama
- Tahap tenaga yang tinggi
Gaya pembelajaran kinestetik untuk anak dengan kecenderungan kinestetik
Kini sebagai ibu bapa, anda sudah mengetahui ciri-ciri anak kinestetik. Ayuh lakukan teknik gaya pembelajaran kinestetik berikut untuk meningkatkan lagi keupayaan mereka.
Biarkan mereka berdiri
Dalam keadaan berdiri, badan mereka terlibat dan berhubung dengan proses pembelajaran. Ini sekali gus meningkatkan kefahaman dan kuasa pengekalan (retention) mereka.
Gabungkan sesi belajar dengan senaman, seperti meminta mereka untuk melakukan jumping jack.
Lakukan kombinasi aktiviti yang dapat membuatkan mereka bertenaga dan mengukuhkan idea dipelajari dalam otak.
Anak dengan gaya pembelajaran ini memerlukan saluran yang betul untuk menyalurkan lebihan tenaga mereka walaupun ketika belajar.
Penggunaan pen, pensil dan highlighter sebagai contoh aktiviti kinestetik
Ajari mereka untuk menggariskan, highlight atau warnakan petikan penting atau garis penting semasa membaca.
Beritahu anak untuk menggunakan pensil untuk melukis carta aliran dalam buku – membolehkan mereka memecahkan petikan kepada beberapa bahagian kecil. Biarkan mereka melekatkan sticky note untuk menunjukkan idea utama.
Teknik relaksasi untuk anak dengan kecenderungan kinestetik
Ketika dalam situasi belajar, ia mengehadkan keupayaan mereka untuk bergerak. Jadi teknik regangan dan relaksasi boleh membantu mereka untuk kekal fokus dalam kecerdasan kinestetik.
Tip
Gunakan kreativiti sebagai contoh aktiviti kinestetik
Anda harus menyedari bahawa kreativiti adalah cara paling berkesan untuk menarik perhatian dan fokus agar anak dapat mengekalkan maklumat dengan cara berkesan bagi kecerdasan kinestetik.
Jika ada topik yang tampak sukar, gunakan bahan yang boleh membantu mereka memanipulasi seperti blok untuk menggambarkan konsep matematik.
Biarkan anak melukis bagi menggambarkan topik yang mereka pelajari atau menghasilkan storyboard untuk menerangkan idea kepada seseorang. Ini kerana anak akan lebih mengingati sesuatu dengan ‘membina’ berbanding yang dibaca.
Perkara paling utama perlu diingat adalah anak dengan kecenderungan kinestetik memerlukan sentuhan dan pergerakan untuk mengingati apa yang mereka pelajari. Jadi anda harus sentiasa mencari idea untuk menjadikan sesuatu pembelajaran itu aktif dan praktikal.
[embed-health-tool-vaccination-tool]