Bagi memastikan kanak-kanak tidak kelesuan apabila berada di rumah, anda boleh memberi snek yang sesuai kepada mereka.
- Air. Kanak-kanak kebiasaannya minum air dalam kuantiti yang sedikit sepanjang berada di sekolah lalu menyebabkan dehidrasi. Akibatnya, mereka akan mudah berasa lesu dan mudah untuk marah. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka minum air setiap kali selepas makan, terutamanya pada hari yang aktif.
- Bijirin. Selain diambil pada waktu sarapan, bijirin juga boleh diambil sebagai snek. Bijirin mengandungi folat, karbohidrat protein serta merupakan sumber vitamin B12 yang penting untuk daya ingatan yang kuat.
- Daging. Kebanyakan kanak-kanak di dunia kekurangan zat besi dalam badan. Antara simptom utama permasalahan ini adalah prestasi akademik yang kurang baik. Daging lembu merupakan sumber zat besi yang terbaik. Pengambilan 30 gram daging lembu sehari juga mampu mengubah kapasiti badan untuk menyerap zat besi daripada sumber lain dengan lebih baik.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen