Ada kalanya perbezaan antara seorang individu dengan individu lain adalah mengenai perkara yang mereka lakukan, ini termasuklah juga dalam hal melibatkan anak bijak. Jadi orang cerdik suka buat apa ya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ada kalanya perbezaan antara seorang individu dengan individu lain adalah mengenai perkara yang mereka lakukan, ini termasuklah juga dalam hal melibatkan anak bijak. Jadi orang cerdik suka buat apa ya?
Sebagai ibu bapa, anda boleh perhatikan beberapa tingkah laku anak yang menunjukkan bahawa mereka mempunyai otak bijak. Ayuh, teruskan membaca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Terdapat beberapa tanda boleh dilihat oleh ibu bapa yang menunjukkan anak mereka mungkin mempunyai IQ yang lebih tinggi.
Anak bijak dengan kecerdasan tinggi selalunya menunjukkan atau melakukan beberapa perkara berikut:
Sudah tentu, ingatan yang baik adalah penting untuk kanak-kanak belajar dan mengekalkan maklumat baharu, baik di rumah atau di sekolah.
Working memory bukan sahaja berkaitan dengan pembelajaran – daripada tadika hingga ke universiti – tetapi turut melibatkan keputusan yang dibuat dalam aktiviti harian.
Namun, dalam masa yang sama ibu bapa perlu berhati-hati ya, kerana dikatakan anak dengan ingatan yang kuat ini juga pandai berbohong.
Anak yang cerdik sering belajar membaca dengan cepat dan lebih awal berbanding kanak-kanak sebaya lain dan menganggap membaca sebagai 1 kepuasan serta keseronokan.
Secara purata, anak yang sangat pintar mula membaca sebelum umur 4 tahun, sedangkan kebanyakan kanak-kanak lebih hampir kepada umur 6 atau 7 tahun untuk mencapai kebolehan ini.
Baca juga:
Orang cerdik suka buat apa? Biasanya mereka gemar bertanya kerana rasa ingin tahu yang mendalam. Jika anak suka bertanya, ia menandakan mereka mempunyai keinginan semula jadi untuk belajar.
Diharapkan ibu bapa dapat bersabar ya dalam melayani kerenah anak dengan soalan yang tidak berkesudahan.
Terdapat kajian yang menunjukkan wujud hubungan antara muzik dan kepintaran. Jadi sebab itu, jika ditanya orang cerdik suka buat apa? Maka jawapannya adalah bermain muzik.
Ini kerana latihan muzik dipercayai memberi kesan kepada otak dan membuka kunci keupayaan untuk pemikiran kreatif.
Sukar tidur
Anak sukar tidur malam? Pastinya situasi tersebut sedikit sebanyak boleh mendatangkan kesukaran untuk anda sebagai ibu bapa, betul tak?
Tetapi tahukah anda, sebenarnya dikatakan anak yang sukar tidur ini adalah bijak? Ini disebabkan otak mereka sangat dirangsang sehingga menyukarkan untuk melelapkan mata.
Kedegilan jika dilihat dari sudut positif, ia dianggap sebagai tanda keazaman yang tinggi.
Bagi anak dengan sikap keras kepala ini, mereka biasanya akan cuba berunding untuk mendapatkan apa yang dimahukan – ini juga adalah tanda kepintaran!
Kanak-kanak cerdik ini sering digambarkan seperti ‘individu dewasa kerdil’ kerana kematangan awal, kesedaran lebih tinggi dan kecenderungan untuk bersembang dengan mereka yang dewasa berbanding kanak-kanak lain.
Gemar berbual dan bercakap mengenai pelbagai subjek juga merupakan tanda kecerdasan pada kanak-kanak yang perlu diperhatikan.
Adakah anak sangat fokus pada satu-satu perkara tertentu atau suka belajar mengenai sesuatu yang diminatinya?
Anak anda yang sedang belajar di tadika mungkin tergolong dalam kanak-kanak cerdik jika mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan artistik atau gemar bermain dengan kiraan nombor.
Jadi, jangan lupa untuk menyokong hobi atau minat si kecil ya?
Anak bijak mempunyai kesanggupan untuk bertahan dengan sesuatu tugas atau perkara sehingga mereka berjaya menguasainya.
Ini kerana mereka mempunyai daya tumpuan yang menakjubkan dan dapat menyelesaikan sebarang tugasan tanpa gangguan sehingga selesai.
Selain itu, mereka juga memiliki keinginan naluri untuk sentiasa memperbaiki diri dan melakukan lebih baik dalam bidang atau perkara yang disukai. Maka, jika si kecil terlalu fokus dalam minat tertentu, ia juga boleh menjadi tanda IQ yang tinggi!
Kanak-kanak cerdik akan dapat mengenali pengulangan pada usia awal tetapi bukan hanya melibatkan corak warna atau bentuk mudah, bahkan melibatkan tingkah laku, aktiviti dan tindakan berulangan dengan lebih mudah.
Sebagai contoh, mereka mungkin menyedari berapa buah kereta berwarna merah yang melalui kawasan rumah selepas bersarapan pagi hingga berapa banyak batu bata yang boleh dimuatkan dalam trak mainan.
Anak yang bijak adalah lebih gemar memikul tanggungjawab dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan.
Mereka juga akan mengawal selia prestasi diri sendiri dan mencari jalan untuk menjadi lebih baik.
Jadi, mereka mempunyai sifat kepimpinan disebabkan keyakinan yang wujud dalam diri.
Seperkara yang kita tidak boleh sangkal, anak yang bijak tentulah kerana ibu bapanya yang juga mempunyai kecerdasan tinggi. Ini kerana genetik turut memainkan peranan penting dalam kebijaksaan anak.
Jadi, jika anda cemerlang dalam bidang atau mata pelajaran tertentu, percayalah anak juga akan mengikut jejak langkah ibu bapanya!
Walaupun anak anda mungkin tidak menunjukkan sebarang ciri-ciri di atas, tetapi mereka tetap berpeluang menjadi bijak pada masa hadapan. Setiap anak mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan mereka sendiri.
Paling penting, sentiasalah menyokong mereka dalam pendidikan dan menyediakan persekitaran yang memupuk kepada pembelajaran.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen