backup og meta

Mengapa Tulisan Tangan Penting untuk Anak Anda?

Mengapa Tulisan Tangan Penting untuk Anak Anda?

Kanak-kanak pada hari ini tidak mendapat bantuan dan ajaran yang sewajarnya untuk menulis menggunakan tangan. Ini disebabkan oleh dunia teknologi yang kian memonopoli dunia pembelajaran kini. Kebanyakan kanak-kanak lebih cenderung untuk belajar menggunakan komputer dan pelbagai lagi gadjet terkini yang ternyata hanya akan menghilangkan tradisi tulisan tangan ini. Sebenarnya, menulis menggunakan tangan sangat membantu kanak-kanak menguatkan aspek memori, perhatian, skil motor dan bahasa. Berikut merupakan beberapa sebab mengapa tulisan tangan penting untuk anak anda.

Kanak-kanak dengan tulisan tangan yang baik cenderung cemerlang di sekolah

Terdapat perkaitan yang positif di antara tulisan tangan yang baik dengan peningkatan prestasi akademik dalam aspek membaca dan menulis. Banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang masih bersekolah tadika dan mempunyai tulisan tangan yang baik, cenderung untuk membaca dengan lebih baik ketika di sekolah rendah kelak. Selain itu, mereka juga mempunyai daya tumpuan yang lebih tinggi. Ini merupakan hasil daripada latihan menulis menggunakan tangan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi. Selain meningkatkan daya tumpuan, latihan menulis menggunakan tangan juga dapat memberi kesan yang positif kepada koordinasi motor, daya penglihatan serta memori untuk berkerjasama dengan lebih efisien.

Tulisan tangan dapat menguatkan daya ingatan

Apabila kanak-kanak menulis sesuatu di atas kertas, perkara itu akan lebih mudah diingati oleh otak. Ini kerana proses menulis menggunakan tangan lebih melibatkan proses intelektual berbanding proses menulis menggunakan komputer. Ini akan membantu kanak-kanak lebih memahami kandungan penulisan mereka. Selain itu, menulis menggunakan tangan juga dapat membantu mereka untuk berfikir dengan lebih cepat. Oleh itu, latih anak anda untuk menulis menggunakan tangan dengan kemas dan teratur seawal sekolah rendah lagi untuk membantu mereka untuk lebih mudah mengingati produk pembelajaran mereka.

Tulisan tangan dapat menghasilkan kenang-kenangan yang istimewa

Kad buatan sendiri, puisi atau sebarang bentuk kenang-kenangan yang ditulis dengan tangan adalah sangat berharga dan bermakna pada masa kini. Ini kerana tulisan tangan sudah mula tidak dianggap relevan dan kebanyakan tulisan yang terdapat kini adalah ditaip menggunakan komputer dalam bentuk bercetak.

Tulisan merupakan suatu ritual dalam hidup seharian

Walaupun hidup di dunia digital, kebanyakan individu masih cenderung untuk tetap menulis sesuatu setiap hari. Sebagai contoh, individu akan lebih gemar menulis tarikh-tarikh penting, peringatan dan mesej yang perlu dicatat dalam kehidupan seharian.

Berikut merupakan beberapa tip menulis menurut usia yang diberikan oleh pakar dalam usaha memastikan anak anda mempunyai tulisan tangan yang baik kelak:

  • Belum bersekolah: Kuatkan skil motor anak anda dengan memberikan mereka mainan berbentuk tanah liat. Selain itu, biarkan mereka bermain dengan mainan dalam bentuk huruf-huruf bagi membiasakan mereka dengannya.
  • Tadika: Ajar anak anda menulis menggunakan huruf dan tulisan blok.
  • Sekolah rendah: Ajar anak anda untuk menulis menggunakan tangan secara normal dan kursif.
  • Sekolah menengah: Ajar anak anda untuk terus menulis menggunakan tangan sambil memperkenalkan mereka dengan teknik penulisan menggunakan jari pada skrin gadjet.
  • Seterusnya: Ajar anak anda untuk menulis menggunakan jari pada skrin gadjet. Selain itu, ajar juga mereka untuk menggunakan pen atau stylus pada skrin telefon pintar atau tablet.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Why Handwriting Matters for Kids. http://www.webmd.com/parenting/features/handwriting-matters-kids#1. Accessed January 11, 2017.

7 Reasons Why Handwriting Matters (and Your School Should Teach It!).

https://www.weareteachers.com/7-reasons-why-handwriting-matters-and-your-school-should-teach-it/. Accessed January 11, 2017.

Versi Terbaru

30/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pening Nak Pilih Susu Formula Yang Terbaik? Ini 7 Benda Kena Lihat Sebelum Beli Susu Anak

Sailfish Swim Academy Tawar Kelas Berenang Serendah RM120 Sebulan! Sangat Berpatutan & Berbaloi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan