backup og meta

Si Kecil Susah Makan? Jom Cuba Resipi Makanan Bayi 1 Tahun Ini, Pasti Anak Tak Tolak!

Si Kecil Susah Makan? Jom Cuba Resipi Makanan Bayi 1 Tahun Ini, Pasti Anak Tak Tolak!

Anda sedang mencari resepi makanan bayi 1 tahun yang menarik sebab si kecil agak cerewet makan? Melayani kerenah anak yang picky eater ini sememangnya amat menguji kesabaran. 

Tetapi usah bimbang, dalam artikel ini terdapat menu makanan anak 1 tahun yang susah makan boleh dicuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Anak cerewet makan

Sebelum mengetahui apakah antara resepi makanan bayi 1 tahun untuk dicuba, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai isu cerewet makan ini.

Istilah picky eater atau cerewet makan sering digunakan untuk menggambarkan pelbagai tingkah laku makan si kecil. 

Antara ciri-ciri anak cerewet makan:

  • Bayi menolak sudu atau memalingkan muka daripada makanan
  • Menutup mulut semasa anda cuba menyuap makanan
  • Meludahkan makanan
  • Meragam atau keletihan ketika waktu makan 
  • Enggan mencuba makanan baru

Ia sebenarnya keadaan normal untuk bayi semasa mereka belajar merasai tekstur makanan baharu. 

Keadaan ini biasanya bermula apabila anak berusia sekitar setahun, tetapi mungkin berlaku lebih awal.

Selera makan dan jumlah pengambilan makanan si kecil berbeza mengikut makanan dan/atau hari.

Menu makanan anak 1 tahun yang susah makan

Tidak dinafikan untuk memenuhi selera si kecil yang cerewet makan ini agak susah. Tetapi sebagai ibu bapa, pastinya anda mahukan si kecil mendapat nutrien yang mencukupi untuk tumbesarannya.

Jadi mungkin anda boleh cuba untuk memasukkan buah-buahan dan sayuran berwarna-warni – sudah tentu kaya dengan nutrien, daging yang tinggi zat besi serta bijirin berkhasiat.

Pastikan setiap jenis makanan itu dipotong dalam kepingan yang cukup kecil dan sesuai dengan anak untuk mengelakkan risiko tercekik.

Teknik first aid untuk bayi tercekik.
Teknik first aid untuk bayi tercekik.

Untuk meningkatkan minat si kecil terhadap menu untuk anak yang susah makan, mungkin anda boleh mencuba menaikkan rasanya dengan rempah seperti kayu manis, herba dan jus lemon.

Jenis makanan kegemaran anak yang cerewet makan:

  • Buah epal
  • Avokado
  • Pisang 
  • Kekacang 
  • Beri biru
  • Keju
  • Ayam 
  • Timun 
  • Telur 
  • Cili benggala
  • Raspberi
  • Salmon
  • Strawberi
  • Roti gandum penuh
  • Yogurt

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Resepi makanan bayi 1 tahun

Seperti individu dewasa, bayi juga mempunyai selera makan yang tersendiri. 

Namun tiada salahnya untuk anda mencuba beberapa menu makanan kanak-kanak yang dikongsikan di bawah ini. Mungkin si kecil akan menyukainya. Selamat mencuba!

Bebola nasi ayam

Berikut adalah resepi nasi untuk bayi 1 tahun yang patut anda cuba. Si kecil pasti tidak akan menolaknya!

Bebola nasi ayam.
Bebola nasi ayam.

Bahan-bahan menu makanan kanak-kanak ini:

  • Nasi 
  • Dada ayam
  • Lobak merah – dipotong dadu
  • Telur 
  • Tepung 

Cara penyediaan:

  1. Kisarkan semua bahan nasi, telur, lobak dan ayam – tidak perlu terlalu halus.
  2. Hasil kisaran tersebut, bentukkan bebola kecil – mengikut saiz yang sesuai.
  3. Kemudian, golekkan bebola pada tepung sebelum digoreng – tidak perlu deep fry.

Resepi makanan bayi 1 tahun #Sup makaroni ayam

Bahan-bahan:

  • Isi ayam – dihiris kecil
  • 1 cawan makaroni – direbus sampai kembang
  • 1 biji bawang Holland – dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • ½ inci halia – diketuk
  • Daun bawang – dihiris
  • ½ batang lobak merah – dipotong dadu
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1-2 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang Holland, bawang putih, halia dengan minyak zaitun sehingga keperangan.
  2. Masukkan ayam dan lobak – kacau sebentar. 
  3. Kemudian tuangkan air mengikut konsistensi yang diingini.
  4. Biarkan sehingga sup mendidih, masukkan makaroni.
  5. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.

Si kecil lebih berjiwa western? Apa kata anda cuba resipi makanan anak 1 tahun di bawah ini:

Mac & Cheese Bites

Bahan-bahan menu makanan kanak-kanak ini:

  • 1 cawan makaroni
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam
  • 2 sudu besar tepung serbaguna
  • ½ cawan susu
  • 1 ½ cawan keju cheddar – dicincang

Cara penyediaan:

  1. Masak makaroni mengikut arahan pada pakej dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dalam periuk, masukkan tepung dan biarkan mendidih selama seminit.
  3. Tuang susu secara perlahan dan biarkan ia mendidih untuk tempoh beberapa minit sehingga berbuih.
  4. Masukkan secawan keju dan kacau sehingga cair.
  5. Tuang makaroni dan kacau sebati, ketepikan – untuk menyejukkannya.
  6. Untuk menjadikan saiz gigitan kecil – panaskan ketuhar sehingga 190°C.
  7. Semburkan kuali mufin mini dengan mentega – agar tidak melekat.
  8. Cedukkan 1 sudu besar makaroni ke dalam setiap bekas mufin. 
  9. Tambahkan baki keju sehingga menutupi bekas mufin sepenuhnya.
  10. Bakar selama 15 minit atau sehingga keju cair dan berbuih.
  11. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk selama 10 minit. 

Tip

Sekiranya tidak habis, ia boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan dimasukkan ke dalam peti sejuk sehingga 5 hari.

Resepi makanan bayi 1 tahun #Bebola ayam bersama sos tomato & carrot

Bahan-bahan bebola ayam:

  • 1 keping roti putih
  • 1 biji bawang merah – dicincang
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • ½ biji epal – dikupas dan diparut
  • 1 sudu kecil sage – dicincang
  • 1 sudu kecil thyme – dicincang
  • 25gram (g) keju Parmesan – diparut
  • 300g paha ayam – dipotong dadu
  • Garam 

Bahan-bahan sos:

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 2 biji bawang merah – dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 400g lobak merah – dikupas dan dihiris
  • 500ml stok ayam 
  • 400g tomato cincang
  • 1 sudu besar puri tomato
Bebola ayam bersama sos tomato.
Bebola ayam bersama sos tomato.

Cara penyediaan resepi makanan bayi 1 tahun:

  1. Untuk bebola daging, masukkan roti ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Tuang ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan ayam ke dalam pengisar dan kisarkan. Kemudian campurkan epal, bawang, herba, keju dan roti yang dikisar tadi. Perasakan secukupnya dan kisar.
  3. Bentukkan hasil kisaran kepada bebola kecil.
  4. Untuk sos pula, panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bawang merah – tumis selama 2 minit.
  5. Masukkan lobak dan bawang putih – goreng selama 2 minit. Tambahkan puri tomato dan stok ayam.
  6. Biarkan ia mendidih dan reneh selama 20 minit sehingga lobak menjadi lembut.
  7. Kemudian tambahkan tomato dan renehkan selama 10 minit lagi.
  8. Goreng bebola ayam dalam kuali sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ia ke dalam periuk berisi sos dan biarkan selama 5 minit.

Jangan putus asa mencuba resepi makanan bayi 1 tahun

Semoga perkongsian artikel mengenai resepi makanan bayi 1 tahun yang susah makan ini bermanfaat untuk anda.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Taylor, C. M., Wernimont, S. M., Northstone, K., & Emmett, P. M. (2015). Picky/fussy eating in children: Review of definitions, assessment, prevalence and dietary intakes. Appetite, 95, 349–359. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26232139/#, Accessed on Nov 1, 2022
  2. Fussy eaters. https://www.nhs.uk/conditions/baby/weaning-and-feeding/fussy-eaters/,  Accessed on Nov 1, 2022
  3. 40+ Toddler Meals for Picky Eaters. https://littlesproutslearning.co/40-toddler-meals-for-picky-eaters/,  Accessed on Nov 1, 2022
  4. 10 Tips for Parents of Picky Eaters. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/nutrition/Pages/Picky-Eaters.aspx, Accessed on Nov 1, 2022
  5. 7 tips for winning over a picky eater. https://www.unicef.org/parenting/food-nutrition/7-tips-winning-over-picky-eater, Accessed on Nov 1, 2022 

Versi Terbaru

04/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Suka Suap Makanan Sendiri? Ibu, Jangan Halang! Ini Kepentingannya

Ini 7 Sebab Parents Patut Elak Beri Biskut Baby Pada Si Manja, #4 Paling BAHAYA!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan