home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Pisang: Nilai Tinggi dengan Harga Rendah

Pisang: Nilai Tinggi dengan Harga Rendah

Khasiat pisang sememangnya diketahui umum. Ia adalah salah satu buah yang paling banyak dimakan di seluruh dunia, dan boleh didapati dengan harga rendah!

Pisang adalah sumber sihat bagi serat, potasium, vitamin B6, vitamin C, dan pelbagai antioksidan dan fitonutrien yang lain.

Dengan penduduk dunia yang memakan begitu banyak buah ini, tidaklah menghairankan jika ramai individu yang bertanya: Adakah buah ini begitu baik untuk anda?

Artikel ini akan menerangkan manfaat kesihatan pisang yang berpotensi, seperti meningkatkan kesihatan jantung dan menggalakkan keteraturan.

Fakta nutrisi pisang

Karbohidrat di dalam pisang

pisang

Pisang adalah sumber yang kaya dengan karbohidrat, yang terbentuk terutamanya sebagai kanji dalam buah ini yang tidak matang dan gula dalam buah ini yang telah masak atau telah matang.

Jenis gula yang paling biasa dalam buah ini yang telah masak ialah sukrosa, fruktosa, dan glukosa.

Dalam buah ini yang telah masak, jumlah kandungan gula boleh mencapai lebih daripada 16% berat segar pisang tersebut.

Pisang mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah secara relatif iaitu 42-58, bergantung kepada tahap kematangan buah pisang tersebut.

GI adalah ukuran seberapa cepat karbohidrat dalam makanan memasuki aliran darah anda dan meningkatkan gula darah.

Serat sebahagian daripada khasiat pisang

Sebilangan besar kanji dalam buah ini yang tidak matang adalah resistant starch, yang merupakan sebarang produk pencernaan kanji atau kanji yang tidak dicerna dan diserap dalam perut atau usus kecil dan terus ke usus besar.

Dalam usus besar anda, kanji ini ditapai oleh bakteria untuk membentuk butyrate, asid lemak rantaian pendek yang kelihatannya mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan usus.

Pisang juga merupakan sumber jenis serat lain yang baik, seperti pektin. Sesetengah pektin dalam buah ini adalah larut dalam air.

Apabila buah ini telah masak, kadar pektin larut air bertambah, yang merupakan salah satu sebab utama mengapa buah ini menjadi lembut apabila ia semakin matang dan masak.

Vitamin dan mineral di dalam pisang

Pisang adalah sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral, terutama potasium, vitamin B6, dan vitamin C.

  • Potasium. Buah ini adalah sumber potasium yang baik. Diet yang tinggi dengan kandungan potasium dapat menurunkan tekanan darah pada individu yang mempunyai tahap tekanan yang tinggi selain memberi manfaat kepada kesihatan jantung.
  • Vitamin B6. Pisang tinggi dengan kandungan vitamin B6. Satu buah ini yang bersaiz sederhana boleh memberikan sehingga 33% daripada Nilai harian (DV) vitamin B6 ini.
  • Vitamin C. Seperti kebanyakan buah yang lain, buah ini adalah sumber vitamin C yang baik.

Sebatian lain di dalam pisang

pisang

  • Dopamin. Walaupun ia adalah neurotransmitter penting di otak anda, dopamin yang diperoleh daripada buah ini tidak bertindak berlebihan sebagai halangan otak-darah untuk mempengaruhi mood. Sebaliknya, ia bertindak sebagai antioksidan.
  • Catechin. Beberapa flavonoid antioksidan terdapat dalam kandungan buah ini, terutamanya catechins. Ianya telah dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuklah mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kebaikan pisang yang terbukti secara saintifik kepada tubuh manusia

#1 Pisang mengandungi nutrien yang mengawal tahap gula darah

pisang

Pisang kaya dengan kandungan pektin, sejenis serat yang memberikan isi buah ini bentuk strukturnya yang berspan.

Pisang yang masih tidak matang mengandungi resistant starch, yang bertindak seperti serat larut dan mengelakkan daripada proses pencernaan.

Kedua-dua pektin dan resistant starch boleh menurunkan kadar gula darah selepas anda makan dan mengurangkan nafsu makan dengan melambatkan pengosongan perut anda.

#2 Pisang memperbaiki kesihatan pencernaan

Serat pemakanan telah dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan, termasuk memperbaiki pencernaan yang lebih baik.

Pisang bersaiz sederhana mempunyai kira-kira 3 gram serat, menjadikan buah ini sebagai sumber serat yang cukup baik. Pisang mengandungi dua jenis serat utama:

  • Pektin: akan berkurangan sebaik buah ini mulai masak.
  • Resistant starch: Ditemui dalam buah ini yang belum masak.

#3 Pisang menggalakkan kesihatan jantung

Potasium adalah mineral yang penting untuk kesihatan jantung – terutamanya untuk mengawal tekanan darah.

Pisang adalah sumber potasium yang cukup baik. Sebiji buah ini yang bersaiz sederhana (118 gram) mengandungi 9% potasium daripada pengambilan harian yang dicadangkan.

Pisang mengandungi sejumlah kecil sterol seperti sitosterol, campesterol, dan stigmasterol.

Oleh kerana sterol ini kelihatan seperti struktur yang sama dengan kolesterol, ia boleh menyekat penyerapan kolesterol diet dan dengan itu mengurangkan risiko kardiovaskular.

#4 Khasiat pisang membantu anda berasa lebih kenyang

Resistant starch adalah sejenis karbohidrat yang tidak dapat dicerna – ditemui dalam buah ini yang belum masak dan makanan lain – yang berfungsi seperti serat larut dalam tubuh anda.

Anda boleh menganggarkan bahawa lebih hijau warna pisang, maka lebih tinggi kandungan resistant starch dalam pisang tersebut.

Sebaliknya, pisang kuning yang telah masak mengandungi jumlah resistant starch yang lebih rendah dan jumlah serat – tetapi jumlah yang lebih tinggi bagi serat larut.

Kedua-dua pektin dan resistant starch memberikan kesan yang mampu mengurangkan selera makan dan meningkatkan rasa kenyang selepas makan.

#5 Pisang memberikan manfaat ketika anda bersenam

Pisang sering dirujuk sebagai makanan yang sempurna untuk atlet, sebahagian besarnya disebabkan oleh kandungan mineral dan karbohidratnya yang mudah dicerna.

Makan buah ini boleh membantu mengurangkan kekejangan dan kesakitan otot yang berkaitan dengan senaman, yang menjejaskan sehingga 95% daripada populasi awam.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

13 Foods That Have More Potassium Than a Banana https://www.prevention.com/food-nutrition/a20466110/13-foods-that-have-more-potassium-than-a-banana/ Accessed May 24, 2018.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/271157.php

https://www.healthline.com/nutrition/foods/bananas#bottom-line

https://www.healthline.com/nutrition/11-proven-benefits-of-bananas

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 19/02/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung