Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Apa maksud ayam potong 8, 10 atau 12?

Jika anda ke pasar basah atau mana-mana pasar raya, individu yang menyiang ayam pasti akan bertanya kepada anda sama ada ayam yang hendak dibeli itu mahu dipotong berapa.
Biasanya peniaga akan menyebut mahu dipotong lapan, 10 atau 12. Ia sebenarnya merujuk kepada berapa bahagian ayam yang hendak dipotong.
Jika anda menyebut ayam dipotong lapan, maka peniaga akan memotong ayam kepada lapan potongan atau bahagian dan begitulah seterusnya.
Jadi, potongan manakah yang anda perlu pilih? Mudah sahaja, ia bergantung kepada jenis masakan yang anda mahu sediakan dengan ayam tersebut.
Jika anda mahu menyediakan hidangan untuk ahli keluarga yang agak ramai, potongan ayam yang kecil lebih sesuai. Sama ada dipotong 10, 12 atau 14.
Jika ahli keluarga tidak begitu ramai atau rata-ratanya orang dewasa, mungkin ayam boleh dipotong lapan atau 10 potongan sahaja supaya bahagian ayam tersebut lebih besar.
Namun, jika anda berasa lebih puas menyiang ayam sendiri di rumah, katakan sahaja kepada peniaga bahawa ayam tersebut tidak perlu dipotong.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen