backup og meta

Ini 7 Sebab Parents Patut Elak Beri Biskut Baby Pada Si Manja, #4 Paling BAHAYA!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    Ini 7 Sebab Parents Patut Elak Beri Biskut Baby Pada Si Manja, #4 Paling BAHAYA!

    Apabila bayi sudah boleh mengambil makanan pejal, pastinya anda terfikir untuk memberikan mereka biskut baby 6 bulan. Ia tampak seperti snek sihat kerana lembut dan mudah larut dalam susu, betul tak?

    Tetapi adakah biskut ini benar-benar baik untuk si manja? Baca artikel ini untuk mengetahui jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Boleh ke berikan si manja biskut?

    Rasa biskut memang sedap. Malah pada masa kini, biskut ditawarkan dalam pelbagai jenis perisa, warna dan tekstur. Ia boleh dijadikan snek ketika minum petang atau sebagai kudapan ketika berasa lapar.

    Namun, ia hanyalah sesuai kepada individu dewasa. Ini kerana biskut bukanlah pengganti yang sihat kepada makanan sebenar untuk si kecil. Bahkan ia sebenarnya tidak baik untuk bayi dan kanak-kanak.

    7 sebab mengapa ibu ayah perlu elak berikan biskut baby 6 bulan

    Kenapa biskut tidak baik untuk bayi dan anak kecil? Ini penjelasannya:

    biskut baby

    1. Mengandungi tepung gandum ditapis

    Komponen utama biskut adalah tepung gandum halus atau ditapis yang tidak mengandungi nutrisi. Ia mengambil masa lama untuk dihadam, menyukarkan sistem pencernaan walaupun kepada individu dewasa.

    Secara amnya, sistem pencernaan dan usus bayi masih belum matang dan perlukan lebih banyak masa untuk mencerna tepung gandum ditapis ini.

    2. Biskut baby 6 bulan mengandungi lemak trans

    Lemak trans adalah sejenis lemak yang digunakan dalam makanan diproses untuk mengekalkan bentuk, rasa dan konsistensinya.

    Pun begitu, ia bukan sahaja tidak bernutrien tetapi turut boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius. 

    Lemak ini boleh menjadi punca ketidakseimbangan paras kolesterol baik dan buruk dalam tubuh. Ia diketahui menyebabkan masalah penglihatan, gangguan saraf, keadaan alahan, diabetes dan obesiti.

    Banyak jenama biskut tidak menyebut mengenai lemak trans dalam produk mereka. Tetapi selalunya akan ada sejumlah kecil dalam kandungan biskut tersebut dan ini boleh menjadi masalah kepada si manja.

    Baca juga:

    3. Tiada khasiat pemakanan

    Kebanyakan biskut di pasaran tidak mempunyai nutrisi kepada bayi. Ini kerana pada asasnya biskut-biskut ini mengandungi tepung gandum ditapis, lemak tidak sihat, natrium, kalium dan pelbagai bahan sintetik berbahaya.

    Biskut boleh membantu menghilangkan rasa lapar bayi, tetapi ia tidak berkhasiat. Keadaan ini juga sama seperti makanan lain, contohnya gula-gula, minuman ringan dan sebagainya.

    Produk makanan ini biasanya dikenali sebagai makanan kalori kosong (zero calorie) kerana ia membekalkan tenaga untuk fungsi asas tubuh tetapi tidak ada nutrisi yang lain. 

    Bahaya biskut baby #4. Mengandungi bahan aditif

    Produk makanan diproses turut akan mengandungi bahan tambahan yang boleh memudaratkan bayi.

    Ini kerana biskut mengandungi bahan yang boleh rosak, jadi ia memerlukan bahan pengawet seperti butylated hydroxyanisole (BHA) dan butylated hydroxytoluene (BHT). Bahan kimia ini telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

    Biskut juga memerlukan agen penaik semasa proses membakar seperti baking soda yang boleh menyebabkan masalah perut seperti refluks asid pada bayi dan kanak-kanak.

    Agen pengemulsi seperti glycerol monostearate turut digunakan untuk mengekalkan bahan berlemak dan air bersama dalam produk makanan. Ia dikatakan boleh mempengaruhi bakteria usus, sekali gus mengakibatkan masalah dengan sistem penghadaman.

    Selain itu, biskut juga mempunyai agen perisa sebagai salah satu kandungan di dalamnya.

    5. Punca sembelit

    Biskut baby 6 bulan hampir tidak mempunyai serat makanan di dalamnya. Ini boleh menyebabkan sembelit teruk pada si manja dan membawa kepada komplikasi bahaya seperti fisur dubur, muntah, najis berdarah dan sebagainya.

    biskut baby

    6. Kandungan gula tinggi

    Makanan diproses seperti biskut dan soda mempunyai jumlah gula halus yang sangat tinggi dan boleh menyebabkan ketagihan ringan.

    Di samping itu, gula yang sering digunakan dikenali sebagai inverted sugar dan ia jauh lebih manis daripada glukosa. Ia digunakan kerana saiz kristalnya lebih kecil, membolehkan komposisi seragam.

    Gula terbalik adalah higroskopik – ia boleh menahan lembapan dengan baik, menghalang biskut daripada kering apabila bersentuhan dengan udara, sekali gus meningkatkan jangka hayat produk.

    7. Mencetuskan reaksi alahan

    Biskut mengandungi bahan alergen seperti gluten dan lesitin soya di dalamnya. Ia boleh menimbulkan reaksi alahan pada bayi

    Antara tindak balas ringan yang mungkin dialami si manja adalah seperti ruam kulit atau kesan berbahaya seperti kesukaran bernafas akibat keradangan paru-paru.

    2 pilihan biskut baby untuk si manja

    Walaupun biskut adalah makanan tidak lengkap bagi bayi, tetapi sekiranya anda ingin memberikan biskut kepada mereka, dicadangkan untuk mempertimbangkan alternatif yang lebih sihat, seperti:

    biskut baby

    • Biskut buatan sendiri – Anda boleh membuat biskut di rumah menggunakan bahan yang sihat, seperti oat, badam, kismis dan lain-lain. Pelbagai resipi boleh anda perolehi di internet
    • Biskut gandum penuh – Jenis biskut ini tidak mempunyai tepung gandum halus di dalamnya. Ia dapat dibeli di pasaran atau anda boleh membuatnya sendiri

    Sekiranya bayi telah mula mengambil makanan pejal, pelbagai pilihan makanan sihat dan lazat boleh anda berikan kepadanya selain daripada biskut baby 6 bulan, seperti buah-buahan dan sayuran segar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan