backup og meta

11 Posisi Penyusuan Untuk Mama Pilih Semasa Menyusukan Bayi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/07/2022

11 Posisi Penyusuan Untuk Mama Pilih Semasa Menyusukan Bayi

Cara menyusu bayi dengan betul adalah rahsia untuk menjadikan penyusuan perkara yang menggembirakan ibu dan si manja. Jom ketahui 11 posisi menyusukan bayi yang mungkin akan menjadi kegemaran kalian!

Cara menyusu bayi dengan betul

Tiada cara yang betul atau salah dalam posisi penyusuan. 

Paling penting adalah untuk ibu dan si manja mendapatkan posisi menyusukan bayi yang boleh membuatkan kalian berasa selesa.

Mengetahui beberapa posisi dan cara menyusu bayi dengan betul pasti dapat membantu ibu untuk melakukan penyusuan eksklusif lebih baik.

Tetapi apakah teknik penyusuan susu ibu yang boleh dicuba?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyusuan sila dapatkannya di sini.

11 posisi menyusukan bayi

Setiap ibu akan mempunyai pilihan posisi menyusukan bayi yang tersendiri. 

Sekiranya anda masih tidak pasti apakah posisi kegemaran, berikut antara 11 posisi dan teknik penyusuan susu ibu yang boleh dicuba:

#1. Laid-back 

Dikenali sebagai posisi santai atau biological nurturing.

Posisi ini akan mengaplikasikan refleks semula jadi si kecil, iaitu melibatkan kemampuannya untuk bergerak ke arah sumber makanannya – payudara ibu.

Ia bukan sahaja sesuai untuk bayi baru lahir, tetapi teknik penyusuan susu ibu ini juga boleh dicuba oleh bayi pada mana-mana peringkat usia. 

Teknik ini sangat berguna untuk bayi yang tidak suka disentuh semasa menyusu, berdepan kesukaran untuk lekap pada payudara apabila didukung atau jika buah dada besar.

cara menyusu bayi dengan betul

Cara menyusu bayi dengan betul #2. Cradle hold

Merupakan posisi menyusukan bayi klasik yang sering dilakukan kebanyakan ibu.

Untuk teknik penyusuan ini, anda perlu duduk tegak dan bahagian atas bayi: kepala dan leher, dibaringkan pada lengan. Manakala badannya setentang dengan perut anda.

Penggunaan bantal atau kusyen pada bahagian belakang dan lengan amat digalakkan untuk memberikan sokongan serta keselesaan sepanjang tempoh penyusuan

#3. Cross-cradle hold

Sekali imbas seakan sama seperti teknik penyusuan susu ibu cradle hold. Tetapi ia sedikit berbeza di mana badan bayi dibaringkan pada bahagian lengan sebelah lain. 

Tujuannya adalah untuk memberikan sokongan pada leher dan bahu serta membolehkannya untuk memusingkan kepala bagi mendapatkan teknik lekapan yang betul. 

Ia sesuai untuk digunakan pada bayi baru lahir, berbadan kecil serta si manja yang mengalami masalah penyusuan.

Baca juga:

#4. Rugby ball hold

Untuk cara menyusu bayi dengan betul ini, si manja akan berada pada kedudukan di bawah lengan.

Badan bayi akan berada pada sisi anda, manakala bahagian kaki ke arah belakang kerusi.

Posisi menyusukan bayi ini amat sesuai untuk ibu yang menjalani pembedahan caesaeran, mempunyai bayi kembar atau bayi pramatang.

Bagi ibu dengan payudara besar juga mungkin akan menyukai teknik penyusuan ini.

Cara menyusu bayi dengan betul #5. Side-lying

Posisi ini sesuai untuk penyusuan pada waktu malam atau semasa berbaring. Teknik ini juga boleh mendatangkan keselesaan buat ibu yang menjalani C-Sec. 

Anda akan berada pada kedudukan mengiring dan bayi akan berbaring bersebelahan.

#6. Laid-back selepas C-Sec

Teknik ini boleh mendatangkan keselesaan buat ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean. 

Ibu akan berbaring manakala tubuh bayi akan berada di bahu tanpa berat atau tekanan pada luka. 

cara menyusu bayi dengan betul
sumber @ milkology

#7. Upright 

Turut dikenali dengan nama koala hold.

Jika anda berminat mencuba posisi menyusukan bayi ini, si manja perlu duduk pada bahagian paha dengan kedudukan belakang badan dan kepala tegak semasa menyusu. 

Teknik penyusuan susu ibu ini boleh dilakukan pada bayi baru lahir jika anda dapat memberikan sokongan pada badan mereka.

Sudah tentu cara menyusu bayi dengan betul ini amat sesuai pada bayi yang boleh duduk tanpa bantuan.

Cara menyusu bayi dengan betul #8. Dangle

Untuk kaedah penyusuan ini bayi akan berbaring manakala anda akan membongkokkan badan ke atas si manja sambil memegang puting ke dalam mulutnya.

Teknik ini dikatakan sesuai untuk tempoh penyusuan jangka pendek. Ia amat membantu ibu yang mempunyai masalah payudara bengkak seperti mastitis dan tidak mahu payudara disentuh. 

9. Menyusu menggunakan sling

Bagi ibu yang ingin mencuba teknik ini, ia mungkin memerlukan sedikit latihan. 

Kaedah penyusuan ini amat praktikal apabila berada di luar atau perlu melakukan pekerjaan lain yang menggunakan tangan. 

Ia juga berguna jika si manja ingin berdukung dan kerap menyusu. 

Teknik ini paling berkesan jika si kecil sudah mahir menghisap susu dan mampu mengangkat kepalanya sendiri tanpa sokongan.

cara menyusu bayi dengan betul

10. Double rugby ball hold

Cara menyusu ini adalah sesuai untuk bayi kembar. 

Ini kerana anda boleh menyusukan bayi secara serentak dan dalam masa yang sama, tangan bebas untuk bergerak. 

Tetapi anda mungkin memerlukan bantal penyusuan kembar yang direka khas untuk posisi menyusukan bayi ini, terutamanya selepas bersalin. 

11. Dancer hand

Jika bayi mempunyai kesukaran untuk melakukan lekapan pada payudara, khususnya bayi pramatang atau bayi Sindrom Down, maka teknik ini amat sesuai.

Ia dapat memberikan sokongan kepada kepala si manja dan payudara anda. 

Caranya:

  1. Pegang bahagian bawah payudara menggunakan sebelah tangan
  2. Gunakan ibu jari dan jari telunjuk membentuk ‘U’, manakala baki 3 jari yang lain terus memegang payudara (sebagai sokongan)
  3. Pangku rahang bayi dengan lembut menggunakan jari yang membentuk ‘U’ semasa penyusuan

Teruskan mencari cara menyusu bayi dengan betul

Cabaran penyusuan eksklusif merupakan pengalaman yang berharga untuk seorang ibu. 

Apabila anda mendapat posisi yang sesuai, pastinya penyusuan akan berjalan lancar.

Jika masih mencari cara menyusu bayi dengan betul, bereksperimenlah dengan pelbagai posisi dan kaedah sehingga anda berasa selesa.

Percayalah, menyusukan bayi dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan si manja.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breastfeeding position. https://milkology.org/content/breastfeeding-position. Accessed 8 April 2021 
  2. Positioning. https://www.llli.org/breastfeeding-info/positioning/Accessed 8 April 2021 
  3. Breastfeeding. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/multimedia/breast-feeding/sls-20076017. Accessed 8 April 2021  
  4. Positioning your baby for breastfeeding. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Positioning-Your-Baby-For-Breastfeeding.aspx. Accessed 8 April 2021  
  5. Nursing positions. https://kidshealth.org/en/parents/nursing-positions.html. Accessed 8 April 2021  

 

 

 

Versi Terbaru

01/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah

Adakah artikel ini bermanfaat?


Artikel Berkaitan

Si Manja Kerap Bangun Malam? Apa Kata Mommy Cuba Tip Ini, Sungguh BERKESAN!

9 Bahagian Badan Si Manja Ini SANGAT Sensitif! Ibu Kena Lebih Berhati-hati, Ya?